Rahim ibu adalah persekitaran paling penting untuk merangsang perkembangan bayi. Aktiviti tidak pernah berhenti dan bayi anda tidak pernah terasing. Sentuhan, rasa, bau, dengar dan lihat, dan semua pengalaman kehidupan seorang manusia bermula dari dalam rahim.
1. Sentuhan dalam rahim
Menurut kajian, sensitiviti sentuhan jelas kelihatan sebelum lapan minggu usia kehamilan. Mencecah 17 minggu, semua bahagian abdomen dan punggung semakin sensitif. Kulit fetus sangat mengagumkan, mengandungi beratus sel yang sangat sensitif pada kepanasan, sejuk, tekanan dan kesakitan.
2. Rasa dan bau dalam rahim
Struktur rasa mula terbentuk kira-kira 14 minggu. Ujian menunjukkan tahap menelan meningkat dengan rasa yang manis dan berkurangan pada rasa yang masam dan pahit. Ujian yang dilakukan ketika lahir mendedahkan bayi memiliki diskriminasi rasa yang elok dan kecenderungan yang pasti.
Terdapat bukti yang dilakukan oleh pengkaji mengenai kemampuan menghidu sejak dalam rahim. Apa yang dimakan atau diminum oleh ibu sampai kepada bayi menerusi plasenta dan aliran darah dalam kapilari hidung. Dalam satu eksperimen dilakukan, fetus didapati mengubah pernafasan dan degup jantungnya apabila ibu minum air kopi, sebagai satu tindak balas sama ada ia minuman berkafein atau tidak.
Bayi baru lahir tertarik pada bau susu ibu walaupun mereka tidak berpengalaman merasainya. Pengkaji berpendapat ia mungkin berdasarkan apa yang dipelajari dari kehidupan sebelum lahir.
3. Mendengar dalam rahim
Banyak kajian dilakukan pasti bahawa suara boleh sampai hingga ke dalam rahim dan bukan ditenggelami oleh bunyi bising yang dihasilkan oleh ibu dan plasenta. Intonasi, corak nada suara, tekanan dan irama termasuk muzik sampai pada fetus tanpa sebarang ubah suai.
Suara ibu sangat berkuasa kerana ia dihantar ke rahim menerusi badan anda dan sampai ke fetus dalam bentuk yang kukuh berbanding bunyi-bunyi dari luar.
* Pendengaran adalah saluran maklumat utama bayi anda, yang beroperasi kira-kira 24 minggu sebelum lahir.
* Banyakkan membaca/memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran, terutamanya surah Maryam, Yusuff, Yunus, Ibrahim, Al-Kaffi, Yasin, Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain, insya Allah ia mampu merangsang pertumbuhan otak janin.
4. Penglihatan dalam rahim
Penglihatan menjadi deria kita yang paling dominan selepas lahir. Ia berkembang perlahan-lahan ketika kehamilan tetapi sukar untuk diterangkan. Menghampiri detik kelahiran, penglihatan fokus dari 20 ke 30 cm (8-12 inci), iaitu jarak ke arah wajah ibu ketika menyusu badan.
• Ruangan yang sempit di dalam rahim membuatkan bayi tidak perlu melihat pada jarak jauh. Lagipun, matanya masih belum terbuka sehingga berakhirnya trimester kedua.
• Walaupun kelopak mata kekal tertutup sehingga kira-kira minggu ke 26, fetus sangat sensitif pada cahaya dalam rahim.
• Pada usia ke 20 minggu, kembar dalam rahim tidak mempunyai masalah untuk mengesan tempat masing-masing, menyentuh muka atau berpegangan tangan.
Artikel Berkaitan

Bolehkah Ibu Hamil Makan Sayur-Sayura...
Sayur-sayuran mengandungi serat, vitamin, dan mineral yang penting untuk kesihatan ibu sekaligus menyokong pertumbuhan bayi dalam rahim. Itulah sebabnya ibu hamil tidak boleh kekurangan pengambilan sayur-sayuran waktu hamil. Terdapat banyak cara untuk mengolah cara masakan sayur-sayuran. Anda boleh menikmatinya dengan cara tumis, rebus, dibuat sup atau dipanggang. Selain membuatkan tekstur sayur lebih empuk, memasak sayuran juga boleh mengubah kandungan tertentu di dalamnya sehingga menjadi lebih mudah dihadam. Namun, bagaimanakah dengan sayur mentah? Bolehkah ibu hamil makan sayur mentah? Selain menjaga…

Kawal Kuantiti Makanan Dapat Mengelak...
Apa yang akan anda alami pada minggu ke-20? Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Berat badan ibu mungkin naik dalam setengah kilo seminggu. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing. Masalah ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid…

Carta Kiraan Pergerakan Bayi Dalam Ka...
Kebanyakan bakal ibu tidak mengalami pergerakan janiin sehingga minggu ke-18 atau 20. Tetapi bagi ibu yang telah mempunyai anak, mereka akan lebih peka dan mungkin sudah mengesannya pada minggu ke-16. Ada pelbagai tanggapan tentang cara bayi bergerak seperti sentakan, denyutan atau tendangan yang tibatiba daripada beberapa bahagian. Jika yang anda alami itu berlaku selama dua atau tiga hari berturut-turut di bahagian yang sama, mungkin itu memang pergerakan janin. Setelah mengalami pergerakan pertama janin, anda lebih peka untuk mengalami pergerakan seterusnya…