Banyakkan berehat dan lakukan aktiviti yang anda minati pada ketika ini. Jika anda suka bersenam, buatlah mengikut kemampuan tubuh. Banyakkan pengambilan air kosong pada waktu siang bagi mengelakkan rasa haus ketika lewat malam.
Sekiranya ada mengalami bintik-bintik merah pada peha, punggung dan perut, anda mungkin mengalami Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy (PUPPP). Banyak ibu hamil mengalami keadaan ini tetapi ia tidak merbahaya. Jika anda merasa tidak selesa, segeralah berjumpa doktor.
Artikel Berkaitan

Rezeki Hamil Di Lewat Usia, Apakah Ri...
Sekiranya anda hamil ketika usia menjangkau 35 tahun ke atas, anda boleh digolongkan sebagai ibu hamil berisiko. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Oleh yang demikian, ujian dan pengawasan khusus perlu dilakukan sepanjang kehamilan. Salah satu ujian yang wajib ibu ambil adalah ujian amniocentesis. Ujian ini adalah untuk mengesan sebarang masalah atau kemungkinan berkaitan kelainan kromosom yang boleh berlaku pada janin. Proses amniocentesis melibatkan pengambilan sedikit contoh air ketuban dengan menggunakan jarum yang ditusuk pada perut ibu. Biasanya, ujian ini dilakukan pada…

Pandangan Jadi Kabur, Tapi Bukan Masa...
Penglihatan mulai kabur kerana gangguan hormon. Penghasilan air mata yang semakin menurun akan menyebabkan iritasi pada mata serta ia menjadi kering terutamanya jika anda mengenakan kanta lekap. Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah rabun, mungkin anda akan merasa lebih selesa untuk memakai cermin mata dari kanta lekap. Seorang wanita yang tidak rabun ketika hamil (pada usia kandungan ini), berpotensi untuk mengalami masalah rabun dekat ataupun jauh. Masalah kabur penglihatan ini bukanlah sesuatu yang serius. Biasanya akan hilang selepas proses…