Ketika memasuki trimester ketiga, banyak kemungkinan berlaku. Pertama anak mungkin dilahirkan ketika masih belum cukup bulan. Kedua, anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kencing manis dan darah tinggi.

Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu:

1. Kawal makanan bergula, garam dan berkarbohidrat tinggi.
Makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan pengambilan protein dan serat khususnya sayur-sayuran hijau. Diet yang betul ini dapat memastikan anda tidak dihinggapi penyakit kencing manis dan darah tinggi atau lain-lain.

2. Ketika “berperang” di bilik bersalin, anda sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, anda digalakkan membina stamina dengan melakukan beberapa aktiviti fizikal.

Misalnya bersenam, banyakkan berjalan atau lebih mudah melakukan banyak kerja-kerja rumah. Bagi anda yang gemar bersenam, ikutilah beberapa kelas senaman khas untuk ibu-ibu hamil. Selalunya kelas-kelas senaman termasuk kelas persediaan menyambut “orang baru” dijalankan di kebanyakan hospital swasta.

3. Ingin ditekankan di sini bahawa bersenam tidak menjamin bersalin awal tetapi berhasil untuk memudahkan proses bersalin.