Apa yang akan anda alami pada minggu ke-20? Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar.
Berat badan ibu mungkin naik dalam setengah kilo seminggu.
Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing. Masalah ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak. Makanan yang terlalu pedas bergoreng pun perlu dikawal pengambilannya.
Masalah keletihan dan morning sickness ibu juga perlahan-lahan akan menghilang. Ada sesetengah wanita hamil akan mengalami keputihan berlebihan ketika ini. Adakalanya masalah ini akan berterusan hingga habis tempoh kehamilan.
Pada trimester kedua, anda patut berasa lebih sihat dan bertenaga. Melangkah ke pertengahan dan akhir trimester, anda mula merasakan pergerakan bayi. Anda juga mula merasai kesakitan berkaitan dengan pembesaran rahim seperti pedih ulu hati, sembelit, sakit belakang, pelupa dan kesukaran mencari pososi selesa ketika tidur. Bayi mengalami tumbesaran paling pesat dan terbentuk sempurna sepenuhnya. Bayi telah menggunakan kesemua derianya : rasa, sentuh, bau, dengar dan lihat. Elakkan tekanan keterlaluan ketika ini membolehkan anda melahirkan bayi yang mudah diurus dan senang tidur.
Artikel Berkaitan

Bolehkah Ibu Hamil Makan Sayur-Sayura...
Sayur-sayuran mengandungi serat, vitamin, dan mineral yang penting untuk kesihatan ibu sekaligus menyokong pertumbuhan bayi dalam rahim. Itulah sebabnya ibu hamil tidak boleh kekurangan pengambilan sayur-sayuran waktu hamil. Terdapat banyak cara untuk mengolah cara masakan sayur-sayuran. Anda boleh menikmatinya dengan cara tumis, rebus, dibuat sup atau dipanggang. Selain membuatkan tekstur sayur lebih empuk, memasak sayuran juga boleh mengubah kandungan tertentu di dalamnya sehingga menjadi lebih mudah dihadam. Namun, bagaimanakah dengan sayur mentah? Bolehkah ibu hamil makan sayur mentah? Selain menjaga…

Rahim ibu adalah persekitaran paling penting untuk merangsang perkembangan bayi. Aktiviti tidak pernah berhenti dan bayi anda tidak pernah terasing. Sentuhan, rasa, bau, dengar dan lihat, dan semua pengalaman kehidupan seorang manusia bermula dari dalam rahim. 1. Sentuhan dalam rahim Menurut kajian, sensitiviti sentuhan jelas kelihatan sebelum lapan minggu usia kehamilan. Mencecah 17 minggu, semua bahagian abdomen dan punggung semakin sensitif. Kulit fetus sangat mengagumkan, mengandungi beratus sel yang sangat sensitif pada kepanasan, sejuk, tekanan dan kesakitan. 2. Rasa dan…

Carta Kiraan Pergerakan Bayi Dalam Ka...
Kebanyakan bakal ibu tidak mengalami pergerakan janiin sehingga minggu ke-18 atau 20. Tetapi bagi ibu yang telah mempunyai anak, mereka akan lebih peka dan mungkin sudah mengesannya pada minggu ke-16. Ada pelbagai tanggapan tentang cara bayi bergerak seperti sentakan, denyutan atau tendangan yang tibatiba daripada beberapa bahagian. Jika yang anda alami itu berlaku selama dua atau tiga hari berturut-turut di bahagian yang sama, mungkin itu memang pergerakan janin. Setelah mengalami pergerakan pertama janin, anda lebih peka untuk mengalami pergerakan seterusnya…