Setiap bahagian badan ibu akan mengalami perubahan semasa hamil. Pinggang ramping semakin menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan.
Payudara semakin membesar, kira-kira dua kali ganda daripada biasa. Atas dasar inilah para ibu hamil perlu ambil berat tentangnya. Pastikan payu dara disokong sepenuhnya menggunakan coli yang sesuai. Ketika ini di sekitar puting payudara akan kelihatan beberapa benjolan kecil yang sebenarnya merupakan kelenjar-kelenjar yang merembeskan minyak pelincir.
Sepanjang tempoh kehamilan, puting payudara akan menjadi bertambah lembut dan dengan urutan lembut sentiasa, puting akan bersedia untuk menyusukan bayi. Untuk pengetahuan, puting senang berkerak terutamanya jika cecair kuning pekat yang dikenali sebagai kolostrum keluar. Oleh yang demikian, ibu hamil perlulah rajin membersihkannya sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Kuku adalah antara bahagian tubuh yang sering terjejas kualitinya ketika seseorang wanita itu hamil. Hal ini terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Jadi, tindakan anda menjaganya agar sentiasa pendek dan kemas adalah yang terbaik. Selain kuku, kulit wanita hamil pun sering bermasalah. Akibat pertambahan berat badan secara mendadak, kulit jarang dapat menampungnya. Oleh yang demikian, wujudlah rekahan kulit di sekitar tubuh anda terutamanya di bahagian perut, paha, payudara dan lengan. Jika ini masalah anda,tidak banyak yang boleh membantu. Yang dicadangkan ialah sapukan krim pelembap di sekitar kawasan yang berpotensi untuk merekah. Dan dalam masa yang sama, pastikan berat badan anda tidak naik terlalu banyak.
Artikel Berkaitan

Ketahui Simptom Biasa Ibu Hamil, Tapi...
Hampir semua ibu hamil akan mengalami masalah yang sama. Ada yang tidak lagi mempunyai tenaga yang banyak untuk berjalan lebih lama dan lebih jauh dan ada yang mempunyai perubahan pada kulit. Ini simptom biasa yang akan dialami ibu-ibu hamil. Namun, jangan ambil mudah jika gusi berdarah kerana ia mungkin menjejaskan bayi dalam kandungan. 1. Vericose veins adalah masalah biasa bagi ibu hamil. Vericose veins terjadi akibat kegagalan darah yang berada di bahagian kaki untuk kembali ke jantung mengikut kadar biasa.…

Penjagaan Rapi Untuk Kekal Sihat & Be...
Ramai ibu hamil mengalami masalah seperti tidak boleh berdiri terlalu lama mahupun pigmentasi yang lebih teruk berbanding sebelum hamil. Jangan risau, ada cara untuk mengatasinya. 1. Untuk ibu hamil yang mengalami sakit kaki, seboleh-bolehnya elakkan daripada berdiri lama. Jika terpaksa, semasa berdiri gerak-gerakkanlah kaki dan jari-jari kaki agar darah dapat mengalir dengan sempurna tanpa sebarang rintangan. Dan semasa berbaring, tinggikan sedikit kaki daripada kepala. Cara ini dapat melancarkan peredaran darah seterusnya mengurangkan masalah yang dihadapi ini. Untuk pengetahuan anda, berkasut…

Susah Cari Pakaian Sesuai? Ini Tip & ...
Soal berpakaian tidak boleh dipandang remeh walaupun ketika hamil. Selain perlu tampil berkeyakinan dan bergaya, keselesaan juga perlu diberi keutamaan. Pakaian yang biasa digunakan sudah tidak lagi sesuai. Kini, hanya pakaian yang besar dan longgar padan dengan anda. Bagi yang bekerja, soal pakaian lebih memeningkan. Setiap pagi, banyak masa dihabiskan semata-mata untuk menentukan pakaian mana yang ingin dipakai. • Pakailah pakaian yang buat anda rasa selesa dan bukan yang menyakitkan. • Janganlah menganggap anda perlu memakai pakaian hamil seawal usia…