Perut anda selalu kembung dan bergas. Kerisauan akan menyebabkan masalah kembung perut ini bertambah teruk. Selain itu, anda mungkin juga akan mengalami sembelit. Banyakkan pengambilan buah-buahan kering dan segar serta sayur. Tambahkan juga menu bijirin penuh dalam diet anda. Sebelum mengambil sebarang ubat untuk merawat sembelit, sila rujuk masalah anda kepada doktor.
Seperti mana kandungan anda semakin membesar, anda akan mendapati masalah keputihan juga semakin meningkat. Hormon kehamilan iaitu estrogen meningkatkan aliran darah ke kawasan pelvik dan mengaktifkan membran mukus. Pakailah seluar dalam dari material kapas untuk kekal kering. Jangan risau jika anda mulai sakit belakang atau mengalami kekejangan kaki. Ini adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil.
Pada ketika ini, anda akan mendapati kesan regangan semakin banyak. Kaki dan buku lali juga semakin membengkak atau dikenali sebagai edema. Untuk melegakan kaki yang semakin membengkak, pakailah stoking atau selipar dengan tapak yang lembut. Perhatikan rerambut pada tubuh seperti di bawah lengan dan kemaluan anda. Biarpun sudah dicukur, ia mudah tumbuh. Masalah insomnia dan sesak nafas juga adalah normal ketika ini.
Satu lagi perkara yang boleh anda perhatikan adalah kemunculan kolostrum. Ia akan keluar melalui puting tetapi tidaklah sehingga kebocoran, cuma sebagai tanda bahawa susu badan anda sudah ada.
Artikel Berkaitan

Nak Bayi Sihat & Kehamilan Lancar, Ib...
Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda berada dalam keadaan sihat begitu juga dengan bayi yang bakal anda kandung. Semua makanan yang anda makan, akan menjadi makanan untuknya juga. Dan bahan yang anda simpan sebelum kehamilan adalah penting untuk perkembangan awal sewaktu organ utama terbentuk. Antara zat yang penting ialah: a. Asid folik Asid folik, salah satu unsur daripada vitamin B membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir. Adalah dicadangkan kepada…

Kaki Mulai 'Bengkak', Keputihan Juga ...
Anda sudah mulai tidak larat dan mudah letih. Perut juga semakin memberat. Sesekali ketika tidur, anda mungkin mengalami mimpi dan akan menjadi mudah terkejut. Perhatikan jika keputihan semakin banyak, rujuklah masalah kepada doktor. Tetapi jika keputihan disertai dengan darah, ia mungkin menjadi petanda anda hampir melahirkan. Kaki semkain membengkak dan mungkin juga muka turut nampak ‘tembam’.

Kuasa Tuhan, Proses Pembentukan Janin...
Perjalanan benih lelaki ke telur wanita merupakan satu fenomena yang unik dan mengasyikkan. Ketahuilah tentang kejadian “buah cinta” anda berdua ini. SEPANJANG kehamilan, bayi akan berkembang daripada satu sel sehingga menjadi janin yang kelihatan seperti bentuk manusia dan seterusnya lahir sebagai bayi yang comel dan sihat. Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang minggu-minggu ini. Ketahui fakta-fakta menarik tentang minggu-minggu pertama kehamilan anda. SPERMA Pengeluaran sperma atau air mani ditentukan oleh testis. Jika testis berukuran baik dan sempurna, setiap pancutan air…

Letih Melampau Awal Kehamilan, Lakuka...
Jangan memaksa diri. Jika anda berasa letih, ini bermakna anda perlu berehat. Ringankan beban anda dan sedarilah tanda-tanda yang ditunjukkan badan anda. Jangan cuba untuk memaksa diri. Meminta bantuan Anda tidak perlu cuba menjadi bakal ibu yang hebat. Biarkan pasangan anda tahu perasaan anda, supaya dia boleh membantu menyokong anda. Jika rakan-rakan atau keluarga anda ingin membantu, terimalah bantuan mereka! Menerima bantuan orang lain membolehkan anda menyimpan tenaga untuk perkara lain. Dapatkan tidur yang mencukupi Jika anda sentiasa mengantuk, cuba…

Tak Suka Bau Suami & Mengidam Pelik-P...
Rasa mengidam masa mengandung, datang tanpa dirancang. Bau badan suami pun rasa makin tak boleh hidu. Adakah ia spontan atau ada punca disebalik situasi sebegini? SAMA KEADAANNYA KETIKA HAID Sebahagian wanita hamil akan mengalami suatu keadaan di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing. Atas sebab perubahan hormon jugalah, ia menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain. Keadaan…