Tahukah anda jantina anak anda boleh ditentukan pada waktu ini? Tetapi anda tidak akan mengetahuinya sehinggalah kehamilan mencapai 18 hingga 20 minggu. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana perkara ini berlaku. Biar kami jelaskan sekarang.

Setiap orang mempunyai 46 kromosom yang membentuk material genetik anda. Daripada 46 kromosom terdapat 2 kromosom yang menentukan jantina anda, yang dipanggil seks kromosom.

Satu kromosom datang daripada sperma dan satu lagi daripada ovum. Ovum hanya mempunyai 1 jenis kromosom, dipanggil kromosom X sementara sperma boleh membawa kromosom X atau kromosom Y.

Jika bayi disenyawakan dengan seks kromosom XX, bayi yang terbentuk adalah bayi perempuan. Jika seks kromosom yang terbentuk ialah XY, maka bayi yang terhasil ialah bayi lelaki.