Jangan bimbang jika anda mendapati anda kerap ke bilik air. Perkara ini biasa berlaku disebabkan hormon kehamilan, HCG, yang menyebabkan rasa kerap ingin membuang air kecil. Ia meningkatkan aliran darah ke buah pinggang agar bahan kumuh dapat disingkirkan daripada anda dan bayi anda.
Jadi, anda pergi ke bilik air bukan hanya kerana diri anda tetapi bayi anda juga. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda menguruskannya.
- Condongkan badan ke hadapan apabila anda membuang air kecil. Ini membantu mengosongkan pundi kencing dengan lebih baik. Apabila anda telah selesai kencing, cuba untuk kencing lagi. Ini memastikan bahawa pundi kencing anda dikosongkan sepenuhnya setiap masa, jadi anda tidak perlu kerap kali ke bilik air.
- Teruskan minum. Jangan mengurangkan pengambilan cecair kerana menyangka ini akan mengurangkan kekerapan anda ke tandas. Badan anda dan bayi anda memerlukan bekalan cecair yang berterusan semasa kehamilan anda – serta dehidrasi boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing.
- Hadkan pengambilan kafein. Kurangkan pengambilan kafein kerana kafein hanya menambah kekerapan membuang air kencing dan boleh meningkatkan kadar degupan jantung anda. Anda disyorkan untuk mengehadkan pengambilan kopi kepada kurang daripada 200 mg kafein sehari, iaitu kira-kira 355ml (12 oz) secawan kopi.
- Kerap membuang air kecil mungkin menjengkelkan, tetapi ia akan membantu anda dan bayi anda membuang semua bahan kumuh daripada badan.
Artikel Berkaitan

Rasa Kejang Pada Ari-Ari Selalu Terja...
Pendarahan dan rasa kejang pada ari-ari adalah tanda-tanda awal kehamilan. Selain itu ada 4 lagi tanda-tanda lain yang sebenarnya tanda awal diri berbadan dua tetapi selalunya mama tak perasan. Pengesanan awal kehamilan boleh membantu mama untuk mengambil langkah awal seperti memulakan pemakanan yang sihat (jika sebelum ini tidak mengamalkan pemakanan sihat), menghindari aktiviti lasak, mengelakkan rawatan kecantikan yang melibatkan bahan kimia di mana sesetengahnya boleh menggugat perkembangan awal janin. Pendek kata, pengesanan awal adalah lebih baik kerana risiko keguguran dapat…

Demam Petanda Awal Hamil? Ada Sebabny...
Badan terasa agak hangat atau demam adalah salah satu tanda umum yang juga sering muncul pada awal masa hamil. Perubahan tubuh selama kehamilan gejalanya seakan-akan sama dengan demam. Selain demam, beberapa gejala lain yang biasanya menyertai juga kemudian muncul. Selama kehamilan, seorang wanita mungkin lebih mudah terkena jangkitan selesema. Kehamilan yang terjadi boleh melemahkan sistem kekebalan tubuh. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa tubuh tidak melawan perkembangan janin. Namun jika anda mencurigai bahawa demam yang muncul adalah tanda hamil, ada…