Menginjak usia kehamilan 39 minggu, anda akan merasa sukar untuk tidur. Kurang tidur akan menyebabkan anda letih dan menjadi tidak aktif. Pun begitu, jika ibu kurang tidur ia tidak akan mengganggu bayi dalam kandungan.

Sekiranya anda penghidap migrain sebelum hamil, kemungkinan untuk mendapat sakit kepala dalam tempoh ini adalah tinggi. Jangan risau, anda boleh makan ubat paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit itu. Dapatkan nasihat daripada doktor dan dapatkan jumlah dos yang selamat untuk anda ambil.

Jangan ambil ubat aspirin atau ibuprofen untuk migrain tanpa merujuk kepada doktor. Sebaiknya, sebelum anda membuat keputusan untuk ambil sebarang ubat atau suplemen, dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.