Masuk minggu ke-15 kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat.

Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding di awal kehamilan. Selain itu, anda mungkin menyedari gusi anda menjadi lebih sensitif apabila diberus. Ini mungkin tanda masalah gusi yang dipanggil gingivitis. Ia adalah perkara biasa dan biasanya disebabkan oleh hormon kehamilan anda.

Penting untuk anda menjaga gigi lebih daripada sebelum waktu kehamilan. Anda disyorkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari tetapi memberus 3 kali sehari selepas setiap hidangan adalah lebih baik. Pencegahan dan kebersihan gigi yang baik adalah kunci kepada gigi yang sihat.