Pastikan anda berada di ruangan yang selesa dan luas. Pada usia kandungan begini, anda akan sering diserang sakit kepala. Bukan masalah besar, tetapi mungkin anda akan mengalami masalah sering terlupa. Sebelum melahirkan, anda mungkin akan banyak terlupa. Memandangkan tubuh sudah bersedia untuk melahirkan, anda mungkin akan mengalami kontraksi Braxton Hicks. Perut terasa mengeras dan menimbulkan rasa kurang selesa.

Semasa menggosok gigi, anda mungkin akan mendapati gusi anda berdarah. Untuk menguatkan gusi, amalkan pengambilan sumber vitamin C. Minum banyak air kosong atau boleh tambahkan buah beri dan tomato dalam diet harian anda.

Ruam kulit juga perkara biasa sekiranya anda sedang hamil. Ia tidak berbahaya kepada si ibu mahupun bayi dalam kandungan. Anda berkemungkinan akan merasa kurang selesa kerana ruam ini menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal-gatal. Untuk melegakan kegatalan, anda boleh oleskan gel aloe vera selepas mandi.