Jika anda mula merasai kekejangan pada bahagian perut, ia boleh jadi salah satu tanda yang anda sudah bersedia untuk bersalin. Kontraksi juga sudah mulai terasa, sekiranya rasa sakit itu melampau anda boleh segera ke hospital.

Perhatikan juga jika anda sudah mulai merasai perut yang mengeras. Selain itu, mungkin anda akan terlihat ada tompokan coklat pada seluar dalam.

Apa yang boleh anda buat adalah banyakkan berehat dan dapatkan tidur yang secukupnya bagi memastikan anda bersedia untuk bersalin. Sekiranya suami tiada di rumah kerna kekangan bekerja di luar kawasan dan sebagainya, pastikan ada yang menemani anda. Sekiranya berasa lapar, makan dan minum dibenarkan. Pilihlah makanan yang menenangkan seperti coklat untuk membantu anda mengawal emosi.