Semasa hamil, penjagaan kesihatan dan keselamatan diri sangat penting. Dalam tempoh ini, sedikit kesilapan mungkin akan menyebabkan masalah yang besar.
Anda mungkin pernah dengar orang berkata, semasa hamil, hidup kita semakin berisiko. Segala-gala yang dilakukan perlulah dengan berhati-hati. Sebenarnya, dalam menjalani kehidupan seharian, banyak risiko yang terpaksa kita tempoh. Namun, hal ini jarang diambil berat.
Cuma, bagi wanita hamil, sesuatu keadaan itu akan jadi lebih berisiko kerana kini mereka bukan seorang diri tetapi turut bersama anak dalam kandungan. Ini termasuklah mereka yang bekerja atau terdedah kepada bahan kimia atau sering melakukan tugas-tugas berat semasa di tempat kerja. Jika anda hamil dan bidang tugas memerlukan anda mengendalikan bahan kimia ataupun anda perlu mengangkat benda-benda berat setiap masa, beritahu majikan lebih awal tentang kehamilan anda.
Dengan cara ini mudahlah bagi mereka untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi anda. Majikan mungkin akan carikan tugas lain yang lebih sesuai dengan anda ataupun menukarkan anda ke mana-mana bahagian lain yang lebih terjamin keselamatannya.
Selain itu, ibu hamil yang hanya duduk menaip di depan komputer sepanjang hari juga dikatakan berisiko. Hal ini kerana dipercayai duduk terlalu lama berdekatan dengan komputer akan mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bayi.
Walaupun kajian terkini menunjukkan bahawa tidak ada bukti sahih tentang perkara yang telah disebutkan tadi. Akan tetapi, ibu hamil sangatlah digalakkan bergerak selalu untuk elakkan diri daripada mengalami masalah sakit belakang.
Artikel Berkaitan

Jangan Pandang Ringan Penjagaan Gigi ...
Masuk minggu ke-15 kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding di awal kehamilan. Selain itu, anda mungkin menyedari gusi anda menjadi lebih sensitif apabila diberus. Ini mungkin tanda masalah gusi yang dipanggil gingivitis. Ia adalah perkara biasa dan biasanya disebabkan oleh hormon kehamilan anda. Penting untuk anda menjaga gigi lebih daripada…

Ibu Hamil Pilih Makanan Sihat Dimasak...
Sebenarnya ketika hamil, banyak makanan perlu anda elakkan. Semua ini adalah demi untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Semasa memilih menu, anda perlulah elakkan diri daripada memilih makanan yang telah diproses seperti makanan dalam tin dan makanan ringan. Hal ini kerana biasanya makanan yang sudah diproses mengandungi gula dan garam yang berlebihan di samping kandungan lemaknya yang tinggi. Selain itu, makanan tersebut selalunya mengandungi bahan pengawet dan perwarna tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan. PILIH MAKANAN PANAS Anda perlu elakkan…

Memandangkan kini anda sudah masuk ke trimester kedua, cuba amalkan tidur mengiring berbanding tidur menelentang. Tidur pada sebelah kiri adalah yang terbaik untuk bayi anda. Anda dah tak boleh tidur ikut keselesaan gaya tidur seperti sebelum mengandung. Posisi ini membantu pengaliran darah dan zat kepada uri. Ia juga membantu buah pinggang anda untuk menyingkirkan sisa buangan dan cecair daripada badan anda. Ini seterusnya membantu mengurangkan bengkak pada buku lali, kaki dan tangan anda (oedema). Sekiranya anda selalu mengalami masalah pedih…