Pemakanan berkhasiat penting dalam tempoh kandungan ini untuk memastikan janin membesar dengan sihat. Pengambilan makanan yang lengkap dengan nutrisi sangat digalakkan.
Jika ibu masih lagi mengalami masalah loya, pilihlah buah-buahan sebagai kudapan. Elak ambil asam atau jeruk. Biasa berlaku kebanyakan ibu nak makan makanan yang masam untuk elak loya tetapi sebaiknya fikirkan bayi dalam kandungan.
Dalam setiap hidangan pastikan cukup sumber nutrisi supaya ibu kekal bertenaga sepanjang masa. Makanan segera, minuman yang tinggi kandungan gulan sebaiknya dielakkan dari awal. Boleh mulakan minum susu untuk bagi cukup kalsium pada anda dan bayi.
Suami juga perlu pastikan isteri mengambil makanan yang berkhasiat kerana bayi akan menyerap segala zat makanan untuk membesar.
Artikel Berkaitan

Pening Kepala, Panas Dan Berpeluh Sim...
Anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti pening kepala atau rasa panas dan berpeluh. Ini adalah perkara biasa. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang tidak hamil mempunyai kira-kira 100ml darah mengalir melalui arteri rahim. Semasa awal kehamilan, aliran darah anda akan meningkat kepada kira-kira 120 ml per minit dan secara beransur-ansur akan meningkat kepada 350 ml per minit apabila semakin dekat dengan tarikh bersalin. Apabila anda berasa pening kepala, anda perlu berbaring dan berehat. Ingat, jangan paksa diri. Mungkin orang…

Gusi Ibu Jadi Sangat Sensitif, Mudah ...
Berat ibu mula bertambah sedikit demi sedikit mengikut pembesaran bayi dalam kandungan. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi. Dalam tempoh ini juga, mungkin orang sekeliling perasan wajah anda kelihatan berseri. Pendapat ini mungkin betul. Untuk menyokong bayi anda, badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah dan meningkatkan aliran darah. Ini boleh menyebabkan darah segera ke kulit…

Penting Pemeriksaan Kesihatan Dari Awal
Anda mungkin perlu menjalani ujian tambahan sebagai sebahagian daripada rutin pemeriksaan antenatal. Dalam keadaan tertentu seperti bayi berkeadaan tidak normal, doktor akan melakukan beberapa ujian khas. Jika masalah yang dialami oleh anda dan kandungan dapat dikesan pada peringkat awal, kemungkinan anda melahirkan bayi dengan selamat adalah tinggi. UJIAN AFP (PENYARINGAN SERUM) Kebanyakan wanita hamil digalakkan menjalani ujian darah pada minggu 16 untuk mengetahui kemungkinan anda menghadapi risiko melahirkan anak sindrom Down atau kecacatan tiub neural terbuka seperti spina bifida. Bagi…