Seronoknya bila disahkan mengandung! Tapi yang tak seronoknya bila berat badan naik berlebihan masa mengandung sampai ibu jadi stres dan susah hati.
Kadangkala ada bakal ibu jadi teruja dan berselera sampai tak sedar dia makan apa sahaja yang diinginkan ketika mengandung. Lebih-lebih lagi jenis makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula.
Tak kira sama ada anda berada di trimester pertama atau ketiga, kena ikut tip ini kalau tak nak berat badan naik berlebihan sepanjang kehamilan.
Apa yang dijangkakan?
Semua ibu hamil akan mengalami penambahan berat badan. Kenaikan berat antara 11 kg hingga 15 adalah normal sekiranya berat anda normal sebelum mengandung.
Bagi ibu yang kekurangan berat badan sebelum hamil, penambahan berat badan dijangkakan sehingga 18 kg, dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sebelum hamil pula sepatutnya hanya bertambah sebanyak 7-11.5kg sahaja.
Bagi mereka yang obes sebelum hamil, julat penambahan berat badan hanya 5-9 kg sahaja.
Makan untuk dua orang
Jangan risau bayi dalam kandungan akan kelaparan sehingga anda mengambil kesempatan makan secara berlebihan. Ketika mengandung, anda hanya perlukan tambahan 150 kalori sehari sahaja ketika awal kehamilan dan 300 kalori sehari di akhir kehamilan.
Makanan sumber karbohidrat yang mengandungi tinggi serat seperti bijirin penuh seperti roti gandum penuh, oat, jagung dan ubi keledek mampu membekalkan tenaga dan berasa kenyang untuk jangka masa panjang. Amalkan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengelakkan rasa lapar yang boleh menyebabkan anda teringin snek tinggi kalori.
Bagaimana puaskan keinginan?
Setiap kali anda makan ia akan memberikan khasiat pada badan dan membantu tumbesaran sihat bayi dalam kandungan.
Jika anda kerap memilih makanan tinggi gula dan lemak sahaja, ia mungkin boleh memberi kesan buruk pada tumbesaran janin.
Jadi penting untuk ibu hamil mendapatkan alternatif yang berkhasiat terhadap makanan yang diinginkan (jika ia makanan kurang berkhasiat yang tinggi gula dan lemak).
Tip elak penambahan berat badan berlebihan ketika mengandung
1. Mulakan fasa kehamilan dengan berat badan yang sihat.
Jangan jadikan alasan mengandung untuk anda makan apa sahaja sampai berat badan naik mendadak sedangkan sebelum hamil anda mempunyai berat badan yang ideal.
2. Makan secara bersederhana dan kerap.
Memang normal ibu hamil cepat rasa lapar. Sebaiknya lapar makan secara bersederhana tetapi kerap. Pastikan hanya makanan atau snek yang berkhasiat sahaja dimakan.
3. Banyak minum air masak.
Walaupun anda akan kerap pergi ke tandas membuang air kecil tetapi sentiasa pastikan ibu minum banyak air masak untuk mengelakkan masalah sembelit.
4. Jika mengidam sesuatu makanan (kurang berkhasiat) cukup sekadar merasa sedikit sahaja.
Tak salah ibu teringin makan sesuatu tetapi kalau yang diinginkan adalah makanan kurang berkhasiat, cukuplah sekadar rasa sedikit sahaja bukannya makan sebanyak-banyaknya.
5. Mulakan rutin senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari.
Walapun hamil, bakal ibu pun kena juga buat sedikit senaman. Paling mudah senaman berjalan kaki di sekitar rumah yang dilakukan secara konsisten dan perlahan-lahan mengikut kemampuan diri sendiri.
Artikel Berkaitan

Mengidam & Alah Bau Suami Berpunca Da...
Rasa mengidam masa mengandung, datang tanpa dirancang. Bau badan suami pun rasa makin tak boleh hidu. Adakah ia spontan atau ada punca disebalik situasi sebegini? SAMA KEADAANNYA KETIKA HAID Sebahagian wanita hamil akan mengalami suatu keadaan di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing. Atas sebab perubahan hormon jugalah, ia menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain. Keadaan sebegini, sama…

Kandungan 20 Minggu Masih Muntah Teru...
Setiap kali makan dan minum mama mesti akan terus muntah. Jangan main-main, kalau keadaan ini dibiarkan berlanjutan lama tanpa rawatan badan boleh alami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia juga boleh sebabkan kematian! Morning sickness atau alahan mengandung selalunya melibatkan rasa mual dan muntah. Namun jika ia berlaku sepanjang kehamilan bukan sesuatu yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya meski hamil untuk kali kedua dan seterusnya. Namun, mabuk atau alahan mengandung yang berlebihan atau Hyperemesis…

4 Perubahan Tubuh Ibu Semasa Hamil, B...
Mama perlu memahami perubahan pada tubuh. Perubahan hormon yang terjadi tatkala hamil menimbulkan pelbagai kelainan. Bukan, anda tidak bertukar menjadi hodoh! Anda masih cantik. Perjalanan menjadi seorang ibu membuatkan diri anda kelihatan unik. Ia hanya bersifat sementara. Hampir semua daripadanya tidak boleh dielakkan kerana ia terbentuk disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan saat hamil ini. KULIT JADI GELAP Terdapat tompok-tompok kelabu di sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil chloasma atau sebagai topeng mengandung. Perubahan kulit disebabkan oleh melanosit yang…