Khidmat nasihat golongan prosfesional penting untuk ibu hamil bagi memastikan rawatan terbaik dapat diberikan secara konsisten. Biasanya rawatan dari pakar perubatan ini melibatkan kes-kes tertentu yang memerlukan pemerhatian menyeluruh sehingga proses bersalin nanti.
Antara pakar yang terlibat untuk anda dan bayi seperti:
PAKAR PERBIDANAN SAKIT PUAN ATAU O&G
Pakar perbidanan merupakan doktor yang mempunyai kepakaran dalam penjagaan wanita sepanjang kehamilan dan sewaktu kelahiran. Jika anda bercadang melahirkan bayi di hospital, perunding kesihatan yang biasa anda temui sewaktu pemeriksaan antenatal berkemungkinan akan menjadi bidan semasa anda melahirkan nanti.
Manakala doktor pakar sakit puan atau lebih dikenali sebagai pakar ginekologi pula, merupakan doktor yang arif dalam merawat pelbagai jenis penyakit yang sering dihadapi oleh wanita hamil. Mereka akan memberikan rawatan rapi bagi mengatasi masalah kesihatan berkaitan wanita. Jika anda hadapi sebarang masalah berhubung kompilasi kehamilan, orang pertama yang seharusnya anda temui ialah ginekologi. Tertera adalah antara bidang tugas pakar O&G. Kebanyakan tugas mereka meliputi:
• Mengenal pasti dan merawat sebarang penyakit yang dihadapi oleh wanita hamil.
• Menjalankan pembedahan jika perlu.
• Memeriksa tahap kesihatan wanita hamil.
• Terlibat dalam proses kelahiran bayi.
• Memeriksa perkembangan kehamilan.
• Penasihat perancang keluarga.
• Menasihati dalam soal pencegahan penyakit kelamin.
BIDAN DAN JURURAWAT DESA
Di zaman serba moden ini, tugas bidan dan jururawat desa masih penting. Sama seperti bidan dan juru rawat beberapa tahun dahulu, mereka masih menyambut kelahiran bayi. Kebanyakan mereka ditugaskan di klinik kesihatan. Bagi ibu hamil yang tinggal di kawasan luar bandar, mereka biasanya menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh klinik berkenaan.
Perlu diketahui, bidan dan juru rawat desa adalah tenaga kerja terlatih yang mempunyai kepakaran dalam soal kehamilan dan istimewanya, mereka akan menjaga anda daripada saat mengetahui diri hamil hinggalah setelah anda melahirkan.
Antara perkhidmatan percuma yang disediakan oleh klinik kesihatan ialah pemeriksaan kesihatan ibu hamil, bayi dan kanak-kanak; penjagaan ibu bersalin, ujian pemeriksaan pangkal rahim, pemberian imunisasi, mempromosikan kesihatan melalui kempen cara hidup sihat, ceramah, demonstrasi dan banyak lagi.
PAKAR KANAK-KANAK
Doktor ini pula arif dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak. Bayi yang dilahirkan akan diperiksa pakar kanakkanak sebaik sahaja bayi dilahirkan. Doktor berkenaan akan melakukan beberapa rutin pemeriksaan asas bagi memastikan kesihatan bayi yang lahir tersebut berada dalam keadaan yang memuaskan.
Antara siri pemeriksaan yang biasanya dijalankan termasuklah pemeriksaan fizikal dan skor Apgar. Dalam pada itu, bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan sepanjang perkembangan mereka perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak.
DOKTOR BIASA
Selain daripada profesional perubatan yang lain, doktor biasa iaitu doktor yang menawarkan perkhidmatan di klinik-klinik swasta pun boleh mengesahkan kehamilan. Walaupun mereka mempunyai kepakaran dalam bidang yang lain, namun mereka turut memiliki pengetahuan tentang kehamilan di samping penjagaan bayi dan kanak-kanak.
Artikel Berkaitan

Kandungan Makin Besar, Ibu Dah Mula B...
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda rasa teruja melihat perut yang makin membesar. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan. Dalam minggu ini, simptom alahan makin berkurangan. Anda akan mula mendapat lebih banyak tenaga dan berasa lebih aktif seperti diri anda yang dulu. Walaupun anda masih mengalami loya dan keletihan, simptom-simptom ini akan berkurang dalam minggu-minggu seterusnya. Bagaimanapun, ini…

Alahan Beransur Hilang, Mula Berseler...
Memasuki trimester kedua adalah fasa yang paling menyeronokkan. Ini kerana bagi ibu yang mempunyai alahan, menjelang minggu ke-13, semua alahan ini hilang sendiri. Ibu dah mula berselera makan. Tempoh ini jangan terlalu mengikut nafsu sebaliknya pilih makanan tinggi protein, zat besi, omega dan DHA yang baik untuk perkembangan otak anak. Ibu juga harus mengelak mengambil makanan berkalori tinggi, berlemak, banyak gula dan garam. Makanan segera dan snek ringan yang tidak bernutrisi seharusnya dielakkan. Jika ingin mengunyah cari kudapan sihat seperti…