Memandangkan kini anda sudah masuk ke trimester kedua, cuba amalkan tidur mengiring berbanding tidur menelentang.
Tidur pada sebelah kiri adalah yang terbaik untuk bayi anda. Anda dah tak boleh tidur ikut keselesaan gaya tidur seperti sebelum mengandung.

Posisi ini membantu pengaliran darah dan zat kepada uri. Ia juga membantu buah pinggang anda untuk menyingkirkan sisa buangan dan cecair daripada badan anda.

Ini seterusnya membantu mengurangkan bengkak pada buku lali, kaki dan tangan anda (oedema).

Sekiranya anda selalu mengalami masalah pedih ulu hati, cuba gunakan beberapa biji bantal untuk membantu mendapatkan posisi yang lebih sesuai, di mana bahagian kepala ditinggikan dengan cara yang selesa.

Selain itu, anda juga boleh cuba mendapatkan bantal kehamilan yang direka khas untuk membantu ibu hamil tidur lena. Nampak sangat selesa!