Sebagai ibu yang menanti untuk saat melahirkan, seharusnya anda bersedia daripada pelbagai sudut. Ada beberapa situasi yang perlu anda awasi dan fahami sebelum melahirkan. Perkara di bawah ini adalah simptom-simptom awal kelahiran:

  • Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi mungkin berlaku secara tiba-tiba.
  • Cirit birit dan diikuti dengan memulas pada bahagian perut.
  • Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu.
  • Sakit seperti senggugut di bawah perut.
  • Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit. Kontraksi berlaku makin kerap.