Kebanyakan bakal ibu tidak mengalami pergerakan janiin sehingga minggu ke-18 atau 20. Tetapi bagi ibu yang telah mempunyai anak, mereka akan lebih peka dan mungkin sudah mengesannya pada minggu ke-16.
Ada pelbagai tanggapan tentang cara bayi bergerak seperti sentakan, denyutan atau tendangan yang tibatiba daripada beberapa bahagian. Jika yang anda alami itu berlaku selama dua atau tiga hari berturut-turut di bahagian yang sama, mungkin itu memang pergerakan janin. Setelah mengalami pergerakan pertama janin, anda lebih peka untuk mengalami pergerakan seterusnya berulang setiap hari. Pergerakan seterusnya perlu diteliti setiap hari sehingga minggu 24.
Pada minggu 28 anda akan mendapati pergerakan berlaku lebih kerap sepanjang hari. Pergerakan janin merupakan satu tanda positif menunjukkan keadaan kandungan yang sihat. Kajian menunjukkan purata bilangan pergerakan janin mulai minggu 20 ialah 200 kali (seminggu). Kekerapan ini meningkat ke tahap maksimum sebanyak 575 kali pada minggu 32. Sebelum menurun semula kepada 282 kali pada minggu 40.
Kajian lain pula mendapati pergerakan janin normal adalah empat kali atau lebih setiap jam pada minggu 32. Pergerakan akan berkurangan ke 10 hingga 4 kali pada minggu-minggu akhir kehamilan.
Kekerapan pergerakan janin sangat aktif pada waktu malam, bermula dalam jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi. Waktu pergerakan janin ini berkait-rapat dengan pengambilan makanan pada waktu malam. Glukosa, kandungan gula semula jadi yang terdapat dalam makanan boleh merangsang janin bergerak aktif. Pada waktu siang, kesibukan anda bekerja menyebabkan janin terlena dibuai pergerakan yang anda lakukan. Maka, ketika anda sedang berehat pada waktu malam, janin pun mula bergerak kerana dia tidak “dibuai” lagi.
Janin memerlukan rehat seperti tidur selama 20 minit dalam masa dua jam. Jadi, jika dia kurang bergerak, mungkin dia sedang berehat. Anda boleh mengira sendiri kestabilan pergerakan janin. Dalam masa 12 jam, anda perlu mengira pergerakan sebanyak 10 kali.
Jika kurang daripada itu, anda perlu berjumpa doktor untuk memeriksa keadaan janin. Selalunya carta pergerakan (kick chart) akan diberikan kepada ibu yang bermasalah seperti, darah tinggi, kencing manis dan overdue. Namun, ada klinik yang memberikan semua bakal ibu carta ini.
CARA MENGGUNAKAN CARTA
Cuba jadualkan kiraan pergerakan (tendangan) janin pada masa ia sangat aktif. Tetapi anda perlu memilih masa yang sesuai untuk anda rekodkan tendangannya sekurang-kurangnya empat jam sehari. Anda dikehendaki merekodkan tendangan itu pada masa yang sama setiap hari. Biasanya anda dinasihatkan agar makan dahulu sebelum mula mengira kerana makanan boleh membuatkan bayi aktif. Jika tidak, lakukan aktiviti akternatif seperti bersenam atau berjalan beberapa minit. Kemudian, berehat atau baring di atas sofa yang memudahkan anda melihat jam.
Perhatikan gerakan bayi dan rekodkan minit semasa tendangan dikira. Kiraan tendangan adalah pelbagai bergantung kepada doktor yang merawat anda. Biasanya anda diminta merekodkan 10 tendangan/ pergerakan dalam masa sejam keenam jam. Bila bayi selesai melakukan tendangan pada jumlah yang diperlukan pada masa yang telah ditentukan, tanda X dalam kotak yang telah disediakan.
PEMERIKSAAN
Jika pergerakan janin perlahan, doktor akan memeriksa kandungan untuk memastikan tiada masalah yang berlaku. Pertama, doktor akan memeriksa denyutan jantung janin. Kemudian, ultrasound dan ujian CTG (cardiotocogram) digunakan untuk melihat kedudukan janin. Ujian ini dilakukan untuk memastikan air ketuban mencukupi dan jika tidak, induksi perlu dilakukan.
Artikel Berkaitan

Kawal Kuantiti Makanan Dapat Mengelak...
Apa yang akan anda alami pada minggu ke-20? Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Berat badan ibu mungkin naik dalam setengah kilo seminggu. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing. Masalah ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid…

Bolehkah Ibu Hamil Makan Sayur-Sayura...
Sayur-sayuran mengandungi serat, vitamin, dan mineral yang penting untuk kesihatan ibu sekaligus menyokong pertumbuhan bayi dalam rahim. Itulah sebabnya ibu hamil tidak boleh kekurangan pengambilan sayur-sayuran waktu hamil. Terdapat banyak cara untuk mengolah cara masakan sayur-sayuran. Anda boleh menikmatinya dengan cara tumis, rebus, dibuat sup atau dipanggang. Selain membuatkan tekstur sayur lebih empuk, memasak sayuran juga boleh mengubah kandungan tertentu di dalamnya sehingga menjadi lebih mudah dihadam. Namun, bagaimanakah dengan sayur mentah? Bolehkah ibu hamil makan sayur mentah? Selain menjaga…

Rahim ibu adalah persekitaran paling penting untuk merangsang perkembangan bayi. Aktiviti tidak pernah berhenti dan bayi anda tidak pernah terasing. Sentuhan, rasa, bau, dengar dan lihat, dan semua pengalaman kehidupan seorang manusia bermula dari dalam rahim. 1. Sentuhan dalam rahim Menurut kajian, sensitiviti sentuhan jelas kelihatan sebelum lapan minggu usia kehamilan. Mencecah 17 minggu, semua bahagian abdomen dan punggung semakin sensitif. Kulit fetus sangat mengagumkan, mengandungi beratus sel yang sangat sensitif pada kepanasan, sejuk, tekanan dan kesakitan. 2. Rasa dan…