Jangan biarkan rasa tidak selesa ini mengganggu perjalanan kehamilan anda yang indah. Cuba sebaiknya untuk mengawal rasa tidak selesa ini dengan cara yang tepat.

Keadaan tidak selesa ini boleh dikawal dengan merehatkan diri dengan banyak dan tepat. Mungkin sebahagian pilihan ini boleh anda ikuti untuk mendapatkan waktu rehat yang sebaiknya.

Cara Rehatkan Diri

1. Mengendurkan badan
Kendurkan badan dengan cara berbaring menggunakan beberapa biji bantal yang diletakkan di belakang sebagai menyokong tubuh dan perut. Letak juga bantal di bahagian bawah lutut untuk menambah keselesaan. Begitu juga dengan kaki. Dapatkan sokongan yang padu.

2. Baring dengan posisi mengiring juga boleh menimbulkan suasana selesa bagi ibu hamil. Caranya adalah dengan baring mengiring dan sebelah kaki di atas pula dibengkokkan. Letakkan bantal di bawah kaki yang dibengkokkan itu.

*AMARAN
Berbaring menelentang tanpa sebahagian badan tertentu diampu dengan sebarang bantal boleh menghalang pengedaran oksigen kepada bayi dan anda mungkin akan berasa ingin pitam. Jadi elakkan berbaring secara melentang.

3. Merehatkan minda
Sambil merehatkan badan, cuba tenangkan dan lapangkan fikiran. Tarik nafas secara perlahan dan seimbang. Jangan paksa. Kemudian lepaskan nafas juga secara perlahan.

Selain itu, anda juga boleh mencuba kaedah lain seperti mengulang satu perkataan atau bunyi-bunyian dengan senyap. Lakukannya berulang kali sepanjang anda merehatkan diri. Atau anda boleh mencuba cara ini. Ambil sebarang foto atau benda yang anda fikir menarik dan menyenangkan. Tatap atau bermain dengan barang yang anda pilih itu. Lakukan selama anda mampu kerana ia dapat merehatkan minda.