Apabila anda telah menjalani rutin pemeriksaan antenatal, anda akan diberikan buku pink atau buku pemeriksaan kesihatan (jika check up di pihak swasta) yang menandakan anda telah mula melakukan rutin pemeriksaan berkala. Buku tersebut berfungsi untuk mencatat setiap keputusan ujian yang anda jalani.

Anda perlu menyimpan buku berkenaan dan pastikannya sentiasa ada di dalam beg tangan atau atau bawa saja ke mana anda pergi. Buku ini penting kerana ia ibarat kad pengenalan untuk anda selama 9 bulan kandungan.

Jika sebarang perkara berlaku pada anda sepanjang tempoh kehamilan itu akan memudahkan pegawai perubatan untuk mengetahui apa masalah yang berlaku kerana semua direkodkan dalam buku tersebut. Segala tindakan lanjut bergantung kepada maklumat kesihatan yang tercatat dalam kad catatan tersebut.