Sayur-sayuran mengandungi serat, vitamin, dan mineral yang penting untuk kesihatan ibu sekaligus menyokong pertumbuhan bayi dalam rahim. Itulah sebabnya ibu hamil tidak boleh kekurangan pengambilan sayur-sayuran waktu hamil.
Terdapat banyak cara untuk mengolah cara masakan sayur-sayuran. Anda boleh menikmatinya dengan cara tumis, rebus, dibuat sup atau dipanggang.
Selain membuatkan tekstur sayur lebih empuk, memasak sayuran juga boleh mengubah kandungan tertentu di dalamnya sehingga menjadi lebih mudah dihadam.
Namun, bagaimanakah dengan sayur mentah? Bolehkah ibu hamil makan sayur mentah?
Selain menjaga tekstur sayur tetap segar, membiarkannya mentah juga dapat memelihara kandungan nutrisi tertentu dalam sayur supaya tidak rosak atau hilang ketika masak.
Jadi, makan sayur mentah meningkatkan peluang ibu hamil mendapat khasiat daripada sayur dengan lebih banyak tetapi perlu berhati-hati.
Menurut di Amerika Syarikat (FDA), buah-buahan dan sayur-sayuran mentah meningkatkan risiko kehadiran bakteria tertentu masih hidup dan tidak hilang, terutama jika tidak dicuci bersih.
Sebuah kajian pada tahun 2014 juga melaporkan bahawa bayi yang terdedah pada bakteri berisiko mengalami jangkitan dan kematian.
Biarpun kajian tersebut tidak meneliti secara langsung kesan bakteria yang masuk ke dalam badan daripada sayur-sayuran mentah, kesan yang berlaku boleh menjadi peringatan bahawa jangkitan bakteria sangat berbahaya kepada ibu hamil.
Jadi pastikan sayur-sayuran dan buah-buah mentah yang dimakan dicuci bersih dengan cara menggunakan air yang mengalir dari paip bukan direndam dalam bekas.
Pastikan bahagian kulit buah, sayur, termasuk akarnya dikupas dan dibuang.
Jangan gunakan produk pembersih (sabun) untuk mencuci sayur-sayuran. Cukup sekadar gosok permukaan sayur dan buah dengan air mengalir.
Buang bahagian sayur dan buah yang sudah rosak atau busuk.
Elakkan makan sayur taugeh yang belum dimasak. Biarpun selamat, FDA menyarankan yang tidak semua sayur mentah boleh dimakan ibu hamil terutama, lobak, kacang hijau dan taugeh.
Jenis sayur-sayuran tersebut diketahui boleh dicemari bakteria hingga ke bahagian dalam. Bakteria dapat masuk hingga ke biji melalui celah kulit yang terbuka sebelum tanaman tumbuh.
Jika sudah masuk ke biji, cara menghilangkan bakteria dengan mencucinya sahaja tidak akan berkesan.
Untuk itu, selain dicuci hingga bersih, sayur-sayuran jenis tersebut perlu dimasak betul supaya suhu panas dapat membunuh bakteria.
Artikel Berkaitan

Rahim ibu adalah persekitaran paling penting untuk merangsang perkembangan bayi. Aktiviti tidak pernah berhenti dan bayi anda tidak pernah terasing. Sentuhan, rasa, bau, dengar dan lihat, dan semua pengalaman kehidupan seorang manusia bermula dari dalam rahim. 1. Sentuhan dalam rahim Menurut kajian, sensitiviti sentuhan jelas kelihatan sebelum lapan minggu usia kehamilan. Mencecah 17 minggu, semua bahagian abdomen dan punggung semakin sensitif. Kulit fetus sangat mengagumkan, mengandungi beratus sel yang sangat sensitif pada kepanasan, sejuk, tekanan dan kesakitan. 2. Rasa dan…

Carta Kiraan Pergerakan Bayi Dalam Ka...
Kebanyakan bakal ibu tidak mengalami pergerakan janiin sehingga minggu ke-18 atau 20. Tetapi bagi ibu yang telah mempunyai anak, mereka akan lebih peka dan mungkin sudah mengesannya pada minggu ke-16. Ada pelbagai tanggapan tentang cara bayi bergerak seperti sentakan, denyutan atau tendangan yang tibatiba daripada beberapa bahagian. Jika yang anda alami itu berlaku selama dua atau tiga hari berturut-turut di bahagian yang sama, mungkin itu memang pergerakan janin. Setelah mengalami pergerakan pertama janin, anda lebih peka untuk mengalami pergerakan seterusnya…

Kawal Kuantiti Makanan Dapat Mengelak...
Apa yang akan anda alami pada minggu ke-20? Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Berat badan ibu mungkin naik dalam setengah kilo seminggu. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing. Masalah ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid…