Wanita hamil mesti menjaga pengambilan makanannya sebaik mungkin supaya kesihatannya dan bayi sentiasa optimal. Namun, fasa mengidam mungkin membuatkan ibu teringin makan jenis makanan yang berlemak seperti daging kambing, ikan, pizza, dan sebagainya. Bolehkah ibu makan makanan berlemak waktu hamil?
Ibu hamil mesti mengambil pelbagai makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, gandum, protein dan makanan yang mengandungi asid lemak untuk menyokong perkembangan bayinya. Adakah makanan berlemak tidak baik untuk dimakan waktu hamil?
Sebenarnya tak salah pun ibu hamil makan makanan yang berlemak tetapi dalam kuantiti yang berpada-pada. Ini kerana ada sesetengah makanan yang berlemak memang diperlukan oleh ibu hamil untuk persiapan tenaga ketika hendak bersalin dan penghasilan susu ibu.
Akan tetapi, ini bukan bermakna ibu hamil boleh bebas makan banyak makanan tinggi lemak waktu hamil. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Endocrinology menyatakan bahawa terlalu banyak makan makanan berlemak waktu hamil boleh mengganggu perkembangan otak bayi.
Pengambilan lemak yang terlalu tinggi dari makanan dapat menurunkan kadar serotonin pada bayi. Serotonin adalah zat kimia semula jadi dalam otak yang mengatur situasi hati. Jika kadar serotoninnya rendah, maka bayi akan mudah mengalami kemurungan waktu dewasa nanti.
Semakin banyak kuantiti makanan berlemak diambil waktu hamil, maka semakin tinggi pula kalorinya. Ini dapat menyebabkan proses metabolisme bayi terganggu seterusnya berat badan bayi waktu lahir berisiko lebih rendah dari berat normal.
Walaupun ibu hamil tetap disarankan untuk mengambil makanan berlemak, anda tetap kena pilih jenis lemak yang baik untuk kesihatan. Sebaiknya, pilihlah makanan yang mengandung lemak tak tepu yang kaya EPA dan DHA, dua jenis omega-3 yang bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan kecerdasan bayi.
Contoh makanan sumber lemak tak tepu adalah avokado, ikan salmon, kacang almond dan minyak jagung. Bagaimapaun ia tetap perlu diambil dalam kuantiti yang bersederhana untuk kesihatan ibu dan bayi.
Artikel Berkaitan

Wanita Hamil Dengan Masalah Pelvik
Bayi mungkin akan susah untuk dilahirkan jika pelvik seseorang wanita mengandung bermasalah. Bagaimanapun, bukan semua wanita hamil menghadapi masalah pelvik, hanya segelintir sahaja yang mengalaminya iaitu: 1. Ketinggian kurang daripada 145 sentimeter. 2. Mengandung bagi kali kedua dan untuk kandungan pertama ia dilakukan secara pembedahan. 3. Kandungan songsang. PELVIK TIDAK NORMAL. Pelvik berkemungkinan besar mengalami keadaan tidak normal. Antaranya disebabkan oleh: 1. Penyakit pada tulang seperti tubercolosis atau osteomyelitis (jangkitan kuman pada tulang) 2. Trauma iaitu wanita yang mempunyai sejarah…

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Rangsa...
Pada minggu ke-19, berat badan ibu semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan bayi. Saiz perut ibu yang semakin membesar juga boleh menyebabkan mudah rasa pedih ulu hati. Ibu juga akan mula merasa tendangan pertama bayi dalam perut. Jangan terkejut kerana lama-kelamaan ibu akan seronok merasai nikmat tendangan dan pergerakan si kecil.…

Bolehkah Ibu Hamil Lakukan Apa Yang D...
Trimester kedua adalah waktu paling stabil ketika hamil. Anda semakin sihat, meskipun masih ada ketidakselesaan yang kecil namun rata-rata wanita hamil rasa bersemangat dan aktif. Jangan berlebihan dalam apa jua perkara kerana anda sedang hamil. Ada aktiviti yang perlu difikirkan beberapa kali sebelum melakukannnya dan ada aktiviti yang perlu dijauhi ketika ini. Beberapa aktiviti yang digalakkan atau tidak digalakkan untuk dilakukan oleh wanita hamil. * Mengangkat barang berat Tidak kira sama ada mengalihkan sebuah kotak, mengangkat beg membeli belah atau…