Pada minggu ke 25, selain set minda untuk proses menyusu yang bakal berlangsung tidak lama lagi, bakal ibu juga sentiasa beringat bahawa susu yang bakal dikeluarkan sebenarnya mencukupi untuk bayi kita. Jangan stress bila susu tidak banyak.
Bimbang susu tidak mencukupi buat bayi kita. Adakah cukup untuk menampung keperluan bayi ataupun tidak? Ketahuilah bahawa dengan pengurusan laktasi yang baik, pengeluaran susu ibu cukup untuk menampung keperluan bayi sehingga mereka berusia enam bulan.
Oleh sebab itulah, WHO (Badan Kesihatan Dunia) dan UNICEF (Dana PBB Untuk Kanak-Kanak) menyarankan agar susu ibu diberikan secara eksklusif untuk tempoh tersebut.
Hasilkan Susu 600ml Sehari
Untuk pengetahuan anda, pada bulan pertama seseorang ibu itu menyusukan anaknya, kira-kira sejumlah 600ml susu ibu akan dihasilkan dalam tempoh sehari.
Dan jumlah ini meningkat menjadi 800ml sehingga 1000ml sehari pada bulan keenam. Kuantiti susu ibu ini juga tidak akan berkurangan selepas enam bulan. Walau bagaimanapun, selepas berusia enam bulan, keperluan bayi semakin meningkat.
Oleh yang demikian, selepas enam bulan bayi perlukan makanan tambahan selain daripada terusnya memberi mereka susu ibu. Walaupun susu ibu baik untuk anak, tidak semua ibu dapat memberikannya pada anak.
Ada segelintir ibu langsung tidak berkesempatan memberikan anak susu badan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seperti air susu tidak keluar dan masalah puting tenggelam. Kegagalan memberi anak susu bukan bererti anda langsung tidak berpeluang menerima zat yang terkandung dalam susu ibu.
Susu Ibu Mengandungi Galactis
Pada masa ini ada banyak makanan tambahan yang boleh diambil oleh bayi untuk mencapai jumlah zat yang hampir sama dengan zat yang terkandung dalam susu ibu. Salah satunya ialah galactis+. Galactis+ mengandungi ramuan yang terdiri daripada fosfolipid telur, pati minyak tumbuhan dan hidupan laut.
Setelah dikaji dan diteliti secara saintifik didapati bahan tersebut mengandungi khasiat yang sama seperti yang terdapat dalam susu ibu.
Kajian turut mendapati 10ml galactis+ yang diambil oleh anak mengandungi fosfolipid yang dilengkapkan dengan semua Asid Lemak Perlu (EFA) terpilih. Asid lemak ini penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan mata anak. Jumlah tersebut juga mencukupi untuk keperluan anak kerana menyamai 250 ml susu ibu yang diketahui baik untuk perkembangan dan tumbesaran mereka.
Artikel Berkaitan

Wajah Ibu Makin Berseri-Seri Di Mingg...
Perjalanan ibu hamil menjadi semakin indah bila memasuki usia 25 minggu. Ketika ini banyak perubahan yang bakal berlaku pada diri anda. Emosi makin stabil kerana perjalanan darah yang semakin lancar. Bukan itu sahaja, paling menarik pada minggu ini anda juga kelihatan lebih berseri-seri dari biasa. Muka semakin bercahaya malah kulit muka juga tidak mengalami sebarang masalah. Cantik sempurna. Semuanya kerana adanya peningkatan dalam peredaran darah di bawah kulit bakal ibu. Darah berjalan lebih lancar ke seluruh tubuh. Proses kerap ke…

Bayi Makin Aktif Belajar Bernafas, Ib...
Pada minggu ke 25 juga bayi semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Malah pergerakkannya di dalam perut juga semakin bertambah aktif. Ketika ini ibu perbanyakkanlah bercakap dengan bayi. Hati semakin terasa gembira dan tenang bila dapat berkomunikasi dengan bayi. Teruskan. Bukan itu sahaja malah sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulangnya juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi…

Mula Set Minda Untuk Menyusu Bayi, Ma...
Pengalaman menyusukan si kecil buat pertama kalinya adalah detik pengalaman terindah dalam hidup ibu. Jadi awal-awal bakal ibu harus tetapkan pada minda untuk menyusukan anak. Sentiasa berfikiran positif untuk menempuh harinya. Menurut Journal Of The American Medical Association (Jama), bayi yang minum susu ibu akan memiliki IQ lebih tinggi berbanding bayi lain. Inilah masa yang sesuai untuk anda mula fikirkan tentang kaedah penyusuan buat bayi yang bakal lahir. Sama ada anda akan memberi anak minum susu badan ataupun formula, terpulanglah.…