Semasa pemeriksaan kesihatan, jika anda rasa ada ada sesuatu yang meragukan beritahu doktor atau jururawat dengan segera.

Jangan anggap biasa-biasa kerana ia penting untuk anda dan perkembangan bayi dalam kandungan. Contohnya jika anda rasa  terdapat sebarang tanda-tanda kehamilan yang mengganggu anda seperti masih belum ada selera makan atau masalah tidur yang buatkan anda rasa sedikit terganggu.

Mendapat tidur yang cukup adalah sangat penting bagi anda dan bayi anda. Doktor boleh membantu mencari penyelesaian dan cara untuk menangani masalah tidur dan juga simptom-simptom lain yang menyebabkan ketidakselesaan.

Perlu makan ikut jadual dan pelbagaikan jenis makanan untuk elak rasa tidak berselera dari sumber yang sihat. Mesti ambil vitamin untuk pastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik.