Seharusnya pada usia kandungan begini, anda telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan untuk bersalin pada bila-bila masa. Sediakan beg barangan keperluan ibu dan anak di dalam kereta. Pastikan buku merah juga sentiasa ada dengan anda untuk rujukan doktor sekiranya tiba waktu bersalin secara tiba-tiba.

Lengkapkan diri dengan pengetahuan untuk bersalin dan banyakkan membuat senaman pernafasan. Keraplah menaiki tangga dan berjalan untuk membuka jalan dan menyediakan tubuh untuk bersalin.

Barang kelengkapan iu yang harus ada untuk dibawa ke hospital adalah selipar, stoking tebal, tuala wanita khas untuk bersalin serta baju kain kapas yang selesa.