Pada minggu ke 25 juga bayi semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Malah pergerakkannya di dalam perut juga semakin bertambah aktif. Ketika ini ibu perbanyakkanlah bercakap dengan bayi. Hati semakin terasa gembira dan tenang bila dapat berkomunikasi dengan bayi. Teruskan.
Bukan itu sahaja malah sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulangnya juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka.
Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh mengalami masalah sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm. Bukan itu sahaja malah dia semakin aktif bergerak.
Ibu harus memperbanyakkan rehat dan ambil seberapa banyak makanan yang sihat dalam menu harian. Lebihkan air kosong setiap hari bagi melancarkan lagi perjalanan tubuh. Sentiasa berfikiran positif untuk menyambut bayi kelak.
Artikel Berkaitan

Wajah Ibu Makin Berseri-Seri Di Mingg...
Perjalanan ibu hamil menjadi semakin indah bila memasuki usia 25 minggu. Ketika ini banyak perubahan yang bakal berlaku pada diri anda. Emosi makin stabil kerana perjalanan darah yang semakin lancar. Bukan itu sahaja, paling menarik pada minggu ini anda juga kelihatan lebih berseri-seri dari biasa. Muka semakin bercahaya malah kulit muka juga tidak mengalami sebarang masalah. Cantik sempurna. Semuanya kerana adanya peningkatan dalam peredaran darah di bawah kulit bakal ibu. Darah berjalan lebih lancar ke seluruh tubuh. Proses kerap ke…

Bersedia Proses Menyusukan Bayi, Inga...
Pada minggu ke 25, selain set minda untuk proses menyusu yang bakal berlangsung tidak lama lagi, bakal ibu juga sentiasa beringat bahawa susu yang bakal dikeluarkan sebenarnya mencukupi untuk bayi kita. Jangan stress bila susu tidak banyak. Bimbang susu tidak mencukupi buat bayi kita. Adakah cukup untuk menampung keperluan bayi ataupun tidak? Ketahuilah bahawa dengan pengurusan laktasi yang baik, pengeluaran susu ibu cukup untuk menampung keperluan bayi sehingga mereka berusia enam bulan. Oleh sebab itulah, WHO (Badan Kesihatan Dunia) dan…

Mula Set Minda Untuk Menyusu Bayi, Ma...
Pengalaman menyusukan si kecil buat pertama kalinya adalah detik pengalaman terindah dalam hidup ibu. Jadi awal-awal bakal ibu harus tetapkan pada minda untuk menyusukan anak. Sentiasa berfikiran positif untuk menempuh harinya. Menurut Journal Of The American Medical Association (Jama), bayi yang minum susu ibu akan memiliki IQ lebih tinggi berbanding bayi lain. Inilah masa yang sesuai untuk anda mula fikirkan tentang kaedah penyusuan buat bayi yang bakal lahir. Sama ada anda akan memberi anak minum susu badan ataupun formula, terpulanglah.…