Pada minggu ke 31 ini juga keadaan fizikal bayi anda juga lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat.
Bayi juga mula merasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Dan inilah yang membuatkan ibu semakin merasa tidak selesa dengan pergerakkannya yang kerap dan aktif. Berat bayi anda kini sudah pun menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.
Keadaan tubuh anda pula semakin baik. Sesak nafas dan mudah penat adalah perkara biasa. Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi cara terbaik adalah dengan banyakkan berehat.
Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. Dapatkan posisi yang tepat dan selesa.
Artikel Berkaitan

Tubuh Makin Penat & Tidak Selesa, Pay...
Memasuki minggu ke 31 menjadikan anda semakin tidak selesa. Semakin membesar bayi dalam perut, rasa kurang selesa mulai bertambah. Bukan itu sahaja, hormon anda juga mungkin akan berubah. Pada minggu-minggu ini, antara rasa tidak selesa yang bakal anda alami adalah seperti berikut: 1. Bayi pada usia kandungan 31 minggu sudah semakin membesar. Bentuk sebegini akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas kerana bayi mulai menghimpit jantung dan paru-paru. Begitu juga pada buah pinggang dan pangkal rahim. Setiap pergerakan bayi sama ada…

Gangguan Braxton Hicks, Awas Jangan T...
Minggu ke 31 membuatkan kehidupan anda semakin tidak selesa. Banyak gangguan dan rasa tidak selesa berlaku. Selain penat melampau, tidur yang terganggu dan payudara yang semakin menegang, kontraksi awal juga menjadi gangguan dan tanda tanya buat anda. Braxton Hicks Jangan sangka tidak akan berlaku kontraksi walaupun tarikh jangkaan bersalin 9 minggu lagi. Hal ini kerana, trimester ke tiga, anda sudah boleh merasa kontraksi awal (tidak terlalu sakit) secara beransur-ansur. Keadaan ini dinamakan sebagai kontraksi Braxton Hicks yang mana kontraksi berlaku…

Cara Rehatkan Diri Paling Berkesan, T...
Jangan biarkan rasa tidak selesa ini mengganggu perjalanan kehamilan anda yang indah. Cuba sebaiknya untuk mengawal rasa tidak selesa ini dengan cara yang tepat. Keadaan tidak selesa ini boleh dikawal dengan merehatkan diri dengan banyak dan tepat. Mungkin sebahagian pilihan ini boleh anda ikuti untuk mendapatkan waktu rehat yang sebaiknya. Cara Rehatkan Diri 1. Mengendurkan badan Kendurkan badan dengan cara berbaring menggunakan beberapa biji bantal yang diletakkan di belakang sebagai menyokong tubuh dan perut. Letak juga bantal di bahagian bawah…