Anda mungkin bertambah berat badan berlebihan pada peringkat awal kehamilan. Ini adalah sebahagiannya kerana anda berfikir yang anda makan untuk dua orang, tetapi sebenarnya janin yang sedang membesar tidak memerlukan sebegitu banyak keperluan pemakanan.

Anda juga mungkin mengidamkan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula. Untuk mengawal berat badan anda, anda boleh membuat perancangan makanan. Anda boleh berunding dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nutrien terbaik. Diet anda berkemungkinan besar terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan lemak yang sihat seperti kacang.

Pengambilan vitamin penting

Semasa mengandung, salah satu keutamaan yang perlu diberi perhatian adalah membekalkan nutrien yang mencukupi untuk bayi anda. Vitamin dan nutrien yang diperlukan termasuklah asid folik, vitamin B1 dan zat besi, yang semuanya diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah.

Perlu ingat, jika anda tidak mengambil sebarang suplemen, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk masalah anemia dan tanda-tanda ini seperti keletihan, pucat dan lemah. Sentiasa bincang dengan doktor dari semasa ke semasa. Pencegahan dari awal lebih baik.