Persediaan menghadapi kontraksi memerlukan informasi yang lebih saat berdepan dengannya. Teknik pernafasan yang tepat antara yang disarankan saat berdepan dengan masalah kontraksi.
Apa bakal ibu boleh lakukan adalah:
1. Terus bergerak ketika alami kontraksi. Selain dapat mengendalikan kesakitan dengan baik, cara ini dapat mengurangkan rasa gemuruh menanti kelahiran kelak.
2. Cuba berdiri setegak mungkin supaya kepala bayi berada tetap di atas serviks. Keadaan ini menjadikan kontraksi lebih kuat dan berkesan.
3. Tumpuan perlu juga diberikan kepada cara pernafasan. Caranya adalah dengan bernafas secara tetap. Oksigen masuk dari mulut dan lepaskannya melalui mulut. Sekiranya kontraksi berada pada tahap kemuncak, cuba bernafas menggunakan mulut sahaja. Tetapi jangan lakukan terlalu lama, kerana kaedah ini boleh membuat anda sedikit pening.
4. Latihlah diri anda supaya tidak malu. Ketika berada di dalam bilik bersalin, anda boleh menyanyi, mengerang dan mengeluh kerana semua itu dapat memberi kelegaan kepada anda. Pada usia kandungan ini, anda perlu tahu kemungkinan-kemungkinan yang anda bakal rasai sebelum bersalin.
5. Tarik nafas dalam dan panjang kemudian lepaskan perlahan-lahan diikuti oleh pernafasan pendek-pendek dan kerap ketika kontraksi. Teknik ini amat melegakan ibu.
6. Selain menarik nafas, anda boleh menggerakkan tangan dan menggenggamnya dengan kuat dan tarik nafas dalam, sambil memejamkan kepala. Nafas akan menjadi semakin baik.
Artikel Berkaitan

Posisi Bersalin, Anda Pilih Yang Mana?
Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di Malaysia, ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas. Namun terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi, sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut. 1. Duduk tegak Posisi ini adalah posisi popular di kalangan ibu hamil. Ia mudah. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan…

Nikmati Hujung Kehamilan Dengan Gembi...
Masuk sahaja minggu ke 32 ini anda boleh menetapkan minda anda untuk bersalin pada tempoh waktu terdekat. Usia lapan bulan kehamilan adalah waktu yang cukup mendebarkan ibu hamil. Jika anda bekerja, mulakan cuti yang agak panjang sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. Elakkan bekerja lebih masa atau kerja keras di hujung minggu. Set kan minda anda untuk berehat sebanyak mungkin sebelum menghadapi bulan terakhir kehamilan. Tip santai yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:…

Redakan Kontraksi Dengan Posisi Tepat...
Memasuki minggu ke 32, anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin. Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung. Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin. Tidak akan timbul masalah “tak tahu,” dan “tak bersedia.” Yang penting, persediaan awal ini boleh mengurangkan rasa gementar bila berada di bilik bersalin. Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari dan lebih. Oleh…