Biarpun trimester kedua kelihatan begitu relaks buat ibu hamil, anda masih tidak boleh lari daripada hakikat kehamilan sebenar. Oleh yang demikian, pemeriksaan kesihatan secara teratur sangat penting.

Bertanyalah doktor jika anda rasa ada yang tak kena pada diri. Contohnya masalah tidur atau apa saja yang berkaitan. Jika ibu tak dapat rehat yang cukup dan sentiasa memikirkan sesuatu masalah, boleh jadi tekanan darah anda tak stabil dan membahayakan diri serta bayi.

Rehat yang cukup penting lagi-lagi buat ibu yang bekerja. Stres di tempat kerja atau dengan orang sekelilng juga bahaya dan kesannya boleh menganggu bayi dalam kandungan. Jika anda rasa perlu berkongsi masalah, carilah peneman yang boleh menjadi pendengar dan dapat selesaikan permasalahan anda.