Preeklampsia adalah keadaan yang berlaku pada kehamilan yang masuk minggu ke-20. Keadaan ini dikesan dengan dengan tingginya bacaan tekanan darah walaupun ibu hamil tersebut tidak mempunyai sejarah hipertensi. Preeklampsia adalah salah satu daripada punca kematian utama para ibu di negara-negara membangun. Ia turut memberi kesan pada perkembangan bayi dalam kandungan.
Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi waktu hamil berisiko lebih tinggi untuk mengalami komplikasi kehamilan, kelahiran, dan ketika dalam pantang.
Kesan praeklampsia juga mempengaruhi fungsi buah pinggang ibu. Selain itu, preeklampsia juga boleh mencetuskan kekejangan pada ibu hamil, dan ini disebut sebagai eklampsia.
Ancaman lain dari masalah praeklampsia ibu hamil iaitu bayi mengalami gangguan pertumbuhan dalam kandungan, bahkan boleh lahir pramatang.
Bayi boleh mengalami kekurangan nutrisi akibat kekurangan pengaliran darah dan makanan ke dalam plasenta. Ia juga boleh meningkatkan risiko bayi meninggal dunia sebaik dilahirkan.
Kajian juga banyak menunjukkan praeklampsia pada ibu hamil meningkatkan risiko bayi terkena penyakit tertentu.
Artikel Berkaitan

Mula Merasai Kehadiran Si Manja
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat. Ibu juga semakin kerap buang air kecil kerana rahim berada betul-betul di atas pundi kencing. Ada ibu hamil juga mungkin mengalami masalah gusi atau hidung berdarah. Untuk mengelakkannya pastikan ibu amalkan kebersihan yang betul ini disebabkan hormone ibu semakin aktif, gusi akan…

5 Tanda Preeklampsia Pada Ibu Hamil
Berikut antara tanda preeklampsia pada ibu hamil yang perlu diperhatikan: 1.Tekanan darah tinggi Tanda preeklampsia ini biasanya paling umum dan mudah dikesan. Keadaan ini dikesan dengan bacaan tekanan darah mencecah 140/90 bahkan lebih. Jika keadaan ini terjadi di minggu ke-20 kehamilan dan ibu tiada sejarah darah tinggi, maka kena buat pemeriksaan lanjut. 2.Adanya protein di dalam air kencing Proteinuria atau kewujudan protein di dalam air kencing juga biasanya menunjukkan keadaan preeklampsia. Ini kerana, preeklampsia boleh merosakkan buah pinggang yang berfungsi…

Manfaat Jalan Kaki Semasa Hamil. Sala...
Rajin jalan kaki ketika hamil bukan hanya membantu mengekalkan kecergasan tetapi juga bagus untuk bayi dalam kandungan. 1.Mengurangkan masalah varicose vein Varicose vein muncul di bahagian kaki menyebabkan rasa sengal dan pedih terutama apabila sepanjang hari tersebut ibu melakukan banyak aktiviti atau berdiri terlalu lama. Rutin berjalan kaki sepanjang kehamilan membantu mengurangkan masalah pembengkakan yang terjadi akibat varicose vein, sehingga tidak kelihatan lagi pembuluh darah vena yang menonjol di kawasan betis. 2.Melancarkan penghadaman Jalan kaki termasuk senaman kardio yang…