Sekiranya masih belum bersalin dan turun tanda, inilah perubahan fizikal yang mungkin anda alami:

Kaki dan buku lali membengkak. Tetapi jika bengkak keterlaluan dapat dilihat di tangan dan muka, sila rujuk kepada doktor. Hati-hati dengan simptom praeklampsia seperti sakit kepala, pandangan kabur, pening, muntah dan sakit pada bahagian abdomen. Segera ke hospital jika ada tanda-tanda ini.

Payudara akan membengkak dan mengeluarkan kolostrum. Bahagian vagina pula akan rasa tidak selesa kerana bayi sudah semakin turun ke pelvis anda.