Pada awal kehamilan, rasa stres mungkin terjadi. Embrio yang sedang membesar dan suasana baru selepas berbadan dua, anda perlu bijak menanganinya.
Merasa stres sewaktu kehamilan adalah normal. Adalah penting untuk menangani stres sebelum membahayakan kandungan. Terdapat beberapa tips untuk menangani stres sewaktu kehamilan:
- Luahkan perasaan dengan seseorang. Anda mungkin tidak mahu membebankan pasangan atau kawan anda dengan masalah anda tetapi ia lebih membantu berbanding menahan perasaan. Cuba untuk meluahkan perasaan dengan seseorang. Anda akan merasa lebih baik selepas itu.
- Relaks. Meditasi dan teknik relaksasi dapat membantu. Anda boleh mengubat diri dengan meminum teh panas atau membaca buku kegemaran anda.
- Dengar muzik. Muzik ialah cara yang bagus untuk mengawal kadar kortisol anda.
- Kerapkan bersenam. Sertai kelas yoga pranatal, kelas renang, atau berjalan. Senaman ini dapat membantu anda menangani stres di samping menyediakan badan anda untuk proses kehamilan. Anda juga mungkin akan merasakan burst mood dan energi.
Artikel Berkaitan

Setompok Darah Keluar Terus Berhenti?...
Pendarahan dari vagina mungkin hanya dianggap sebagai tanda haid. Tapi tahukah anda jika pendarahan tersebut mungkin salah satu tanda kehamilan atau disebut implantasi. Pendarahan implantasi adalah pendarahan yang terjadi ketika sel telur yang telah disenyawakan dan menempel pada dinding rahim. Implantasi terjadi sekitar seminggu setelah ovulasi atau sekitar 6 hingga 12 hari setelah persenyawaan. Kenapa ia menyebabkan pendarahan? Ini kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada dinding rahim dan sedikit gesekan yang mengakibatkan keluarnya darah. Biasanya, pendarahan…

Keputusan Negatif Atau Masih Belum Te...
Setelah semua usaha dijalankan, namun belum berhasil atau masih tidak mendapat keputusan positif dengan tepat, di sinilah kita perlu kembali menyerahnya kepada Allah. Allah yang menjadikan segala sesuatu. Tidak putus asa untuk terus berusaha dan berdoa. Dalam hal ini contohilah Nabi Zakaria yang sentiasa berdoa untuk mendapatkan zuriat, walaupun dirinya sudah tua dan isterinya pula mandul. Doa Nabi Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah aku di sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Ali-Imran 38). Allah telah…

Tanda Kehamilan Setiap Ibu Berlainan....
Ibu mula merasakan kelainan pada diri. Istilah paling mudah ialah ‘tak sedap badan.’ Cuba rasakan perubahan yang berlaku pada tubuh & tahap kesihatan diri. Selalunya bakal ibu tidak dapat lari daripada beberapa petanda ini. a)Perubahan pada payudara Jika terjadi kehamilan payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Payudara akan terasa makin lembut menyebabkan rasa sensitif yang lebih tinggi, hingga payudara akan terasa sakit atau nyeri bila dipegang. Puting susu membesar pula dan warnanya akan…