Pada minggu ke-19, berat badan ibu semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan bayi.
Saiz perut ibu yang semakin membesar juga boleh menyebabkan mudah rasa pedih ulu hati.
Ibu juga akan mula merasa tendangan pertama bayi dalam perut. Jangan terkejut kerana lama-kelamaan ibu akan seronok merasai nikmat tendangan dan pergerakan si kecil.
Kekerapan dan frekuensi gerakan bayi akan berbeza-beza, tetapi jika ibu merasa gerakan si kecil semakin berkurangan setiap hari, segera rujuk pada doktor.
Perkembangan bayi pada minggu ke-19 minggu menunjukkan dia akan aktif bergerak dalam satu hari tapi hari berikutnya pergerakan bayi kurang aktif. Jika ini terjadi, jangan cemas. Apa yang penting anda masih boleh merasakan gerakan bayi biarpun hanya sesekali. Biasanya gerakan bayi lebih konsisten ketika kehamilan sudah masuk usia 28 minggu.
Walaupun gerakan bayi masih belum teratur, ibu boleh melakukan rangsangan sederhana untuknya. Ibu boleh berbaring dalam satu atau dua jam pada waktu malam selepas minum segelas susu atau makan snack sihat. Aktiviti ini dapat merangsang bayi bergerak dengan segera. Sekiranya cara ini tidak berjaya anda boleh cuba lagi selepas beberapa jam.
Semakin perut membesar, pusat graviti akan beralih dan anda mendapati diri semakin tidak tangkas bergerak. Berhati-hati dengan setiap langkah. Ketika ini anda juga tidak mahu melakukan sebarang senaman yang memerlukan posisi berbaring menelentang.
Oleh kerana saiz rahim semakin membesar, posisi baring menelentang boleh memberi tekanan pada ‘inferior vena cava’- urat besar yang menggerakkan ukuran abdomen anda dan bertanggungjawab mengembalikan darah ke jantung.
Perkembangan kehamilan membuatkan badan mengeluarkan hormon dipanggil ‘relaxin’, yang bertanggungjawab melonggarkan sendi-sendi sebagai persediaan tumbesaran bayi dan kelahiran. Apabila sendi-sendi semakin longgar, anda berisiko untuk tergeliat dan ketegangan.
Peningkatan berat badan dan perubahan pusat graviti menyebabkan anda hilang kawalan selain berisiko tinggi untuk sebarang kecederaan. Untuk alasan ini, elakkan daripada latihan yang melibatkan regangan ekstrem atau aktiviti lasak seperti aerobik, berlari yang menyebabkan tekanan pada sendi dan anda berisiko untuk terjatuh.
Artikel Berkaitan

Bolehkah Ibu Hamil Makan Makanan Berl...
Wanita hamil mesti menjaga pengambilan makanannya sebaik mungkin supaya kesihatannya dan bayi sentiasa optimal. Namun, fasa mengidam mungkin membuatkan ibu teringin makan jenis makanan yang berlemak seperti daging kambing, ikan, pizza, dan sebagainya. Bolehkah ibu makan makanan berlemak waktu hamil? Ibu hamil mesti mengambil pelbagai makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, gandum, protein dan makanan yang mengandungi asid lemak untuk menyokong perkembangan bayinya. Adakah makanan berlemak tidak baik untuk dimakan waktu hamil? Sebenarnya tak salah pun ibu hamil makan…

Bolehkah Ibu Hamil Lakukan Apa Yang D...
Trimester kedua adalah waktu paling stabil ketika hamil. Anda semakin sihat, meskipun masih ada ketidakselesaan yang kecil namun rata-rata wanita hamil rasa bersemangat dan aktif. Jangan berlebihan dalam apa jua perkara kerana anda sedang hamil. Ada aktiviti yang perlu difikirkan beberapa kali sebelum melakukannnya dan ada aktiviti yang perlu dijauhi ketika ini. Beberapa aktiviti yang digalakkan atau tidak digalakkan untuk dilakukan oleh wanita hamil. * Mengangkat barang berat Tidak kira sama ada mengalihkan sebuah kotak, mengangkat beg membeli belah atau…

Wanita Hamil Dengan Masalah Pelvik
Bayi mungkin akan susah untuk dilahirkan jika pelvik seseorang wanita mengandung bermasalah. Bagaimanapun, bukan semua wanita hamil menghadapi masalah pelvik, hanya segelintir sahaja yang mengalaminya iaitu: 1. Ketinggian kurang daripada 145 sentimeter. 2. Mengandung bagi kali kedua dan untuk kandungan pertama ia dilakukan secara pembedahan. 3. Kandungan songsang. PELVIK TIDAK NORMAL. Pelvik berkemungkinan besar mengalami keadaan tidak normal. Antaranya disebabkan oleh: 1. Penyakit pada tulang seperti tubercolosis atau osteomyelitis (jangkitan kuman pada tulang) 2. Trauma iaitu wanita yang mempunyai sejarah…