Melangkah ke trimester kedua bukan bermakna anda sudah terselamat daripada sebarang perubahan. Ketika ini bermulanya fasa pembesaran sebenar sama ada diri sendiri mahupun bayi dalam kandungan.
Semuanya membesar, tanda regangan juga mula kelihatan pada sesetengah wanita. Tahi lalat yang ada mula membesar, pinggang mula melebar dan sesetengah wanita merasakan betapa berbezanya tubuh badannya sejak hamil.
Rahim juga mula membesar hingga setinggi pusat anda. Kulit perut yang mengembang mula terasa gatal. Uri biasanya mencapai tempat kekalnya ketika trimester pertama dan rahim keseluruhan mengembang daripada tapak asas semaiannya.
Anda akan merasai kesakitan di bawah perut semasa pengembangan rahim berlaku. Jantung akan berdegup pantas. Anda memerlukan tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.
Jika terasa penat di waktu siang, jangan paksa diri untuk terus bertahan. Anda mungkin boleh mendapat kekejangan terutama di waktu malam, sekiranya anda kurang mendapat kalsium. Pada penghujung trimester kedua, jangan terkejut jika menimbang berat badan dan mendapati telah naik antara 8 hingga 9 kg.
Pertumbuhan bayi akan membuatkan anda kerap lapar sepanjang masa. Keinginan makan makanan tertentu atau mengidam begitu meningkat sekali pada minggu ini. Tangan dan kaki mula membengkak tetapi ini adalah simptom normal yang berlaku.
Apabila bayi semakin membesar dan berkembang di dalam rahim ibu maka rasa sakit belakang akan dialami. Namun ada cara betul untuk melegakannya. Oleh kerana tekanan pada bahagian urat hidung seterusnya menyebabkan sakit di bahagian itu.
Ibu juga mula mengalami kekejangan kaki. Untuk itu, jangan lupa minum air supaya tetap dehidrasi.Ibu mungkin akan mula merasakan sakit punggung. Jangan bimbang, ini salah satu gejala kehamilan yang normal. Bagaimanapun biasanya kesakitan ini disebabkan oleh keadaan berikut.
Pertama, sepanjang kehamilan, sendi pinggul mulai melonggar untuk memudahkan bayi keluar dari tubuh ketika proses melahirkan. Kedua, perut akan lebih keras, sehingga mengurangi kemampuan ibu dalam menyeimbangkan badan.Tanpa disedari, anda akan cenderung menolak bahu ke belakang, punggung dan leher tegak lurus ke atas dengan perut yang ditolak ke depan untuk mendapatkan keseimbangan yang lebih baik. Hasilnya, punggung bawah ibu terpaksa menahan terlalu lama, otot-otot punggung akan meregang dan terasa sakit. Keadaan tersebut yang menyebabkan ibu hamil kerap mengalami sakit punggung sepanjang kehamilan.
Artikel Berkaitan

Kandungan Membesar Sakit Bahagian Pun...
Sakit pada bahagian punggung akan mula dirasai kebanyakan ibu hamil tatkala kehamilan berusia 18 minggu ke atas. Semakin besar kandungan, makin kerap rasanya. Adakalanya kesakitan ini boleh mengundang air mata! PENGEMBANGAN PELVIK Apakah faktor penyebabnya dan bagaimana untuk melegakan rasa sakit ini? Kadar denyutan jantung dan tekanan darah turut meningkat sehingga 30 peratus ketika hamil. Dan ketika itu, sejenis hormon yang dikenali sebagai relaxin mula dikeluarkan untuk membolehkan tulang pelvik mengembang. Atas sebab inilah, senaman perlu diteruskan walaupun anda hamil.…

Kerap Lapar, Diet Bagaimana Yang Ibu ...
Pada minggu ke-18 kehamilan, ibu perlu mengawal diet yang diambil. Oleh kerana ibu hamil kerap mengidam makanan tertentu ketika minggu kehamilan ini, cuba elakkan daripada makan terlalu kerap makanan pedas dan berempah. Ini kerana anda berisiko untuk mengalami sakit perut jika terlalu kerap makan makanan pedas kerana sistem penghadaman yang kurang efisien akibat perubahan hormone dalam badan. Elakkan daripada makan terlalu banyak makanan laut terutama yang belum dimasak. Ini kerana ada sesetengah makanan laut mengandungi asid beracun termasuk merkuri yang…

Kerap Terkencing Semasa Batuk, Bersin...
Senaman yang perlu buat ibu hamil ialah senaman lantai pelvik. Untuk pengetahuan anda lantai pelvik merupakan susunan otot-otot yang menyokong usus, pundi kencing dan rahim. Semasa hamil, otot-otot ini menjadi lembut dan mudah regang. Dan ketika itu, bayi anda semakin berat sehingga menekan otot ini ke bawah. Semua ini akan melemahkan otot dan menyebabkan anda rasa berat dan tidak selesa. Akibatnya, anda akan mudah terkencing semasa batuk, bersin atau ketawa. Untuk mengelakkan masalah ini, anda perlulah menguatkan lantai pelvik dengan…