Pada minggu ke-24 minggu ini, rahim ibu mungkin sudah mula berlatih kontraksi untuk melahirkan bayi. Kontraksi-kontraksi kecil akan mulai muncul kerana ‘melatih’ rahim supaya boleh memudahkan  bayi keluar.

Kontraksi ini disebut Braxton Hicks. Kontraksi tanpa rasa sakit ini umumnya akan terasa di bahagian atas rahim atau perut bahagian bawah dan pangkal paha. Kontraksi Braxton Hicks juga dikenali sebagai kontraksi palsu kerana sangat berbeza dengan kontraksi melahirkan yang sebenarnya.

Kontraksi Braxton Hicks terjadi pada waktu yang sangat panjang dan sela masa yang berbeza dengan kontraksi sebenar. Kontraksi ini akan terjadi semakin panjang dalam waktu yang lebih lama, lebih kuat, dan lebih dekat. Kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi melahirkan sebenarnya boleh mengelirukan ibu hamil.

Segera berjumpa dengan doktor anda jika mengalami kontraksi yang membimbangkan ibu terutama sekiranya kontraksinya menyakitkan atau lebih dari 6 kali dalam satu jam. Perbezaan terbesar antara kontraksi kelahiran dan Braxton Hicks adalah efek pada pintu rahim ibu.

Semasa kontraksi Braxton Hicks, pintu rahim tidak akan berubah seperti kontraksi bersalin yang sebenarnya hingga membuatkan pintu rahim mula membuka. Anda mungkin perlu berkonsultasi dengan doktor untuk menentukan dan mengenali jenis kontraksi yang berlaku.