Apabila kandungan semakin besar, ini bermakna ibu hamil sudah boleh ambil apa sahaja jenis makanan kerana selera makan dah ada. Akan tetapi, makanan yang diambil itu perlulah kaya dengan protein, kalsium dan zat besi agar kesihatan mereka dan janin berada dalam keadaan yang baik.
Sebaiknya kurangkan pengambilan makanan berproses terlalu kerap serta makanan yang tinggi kandungan gula dan garam.
Minum banyak air putih dalam 8 gelas sehari untuk elak dehidrasi dan bagus untuk tubuh. Amalkan minum susu kerana penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi dalam rahim.
Elak makan makanan manis, makanan berminyak dan kandungan garam yang tinggi. Lebihkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan.
Artikel Berkaitan

Selamat Tinggal Morning Sickness!
Rasa tidak selesa yang menghantui diri sejak awal kehamilan kini makin beransur-ansur berkurangan. Waktu ini bolehlah dianggap saat yang paling membahagiakan sebelum fasa kehamilan jadi bertambah sukar apabila kandungan makin besar. Ini ibarat tempoh bertenang untuk ibu dan boleh merehatkan diri sekejap. Masuk sahaja ke trimester kedua, ibu hamil biasanya akan jadi lebih bersemangat. Dah boleh lupakan masalah morning sickness. Bagaimanapun ada juga sesetengah ibu hamil yang masih lagi rasa loya khususnya pada waktu pagi walaupun kandungan sudah pun berusia…

Bahaya Stres! Dapatkan Rehat Cukup
Biarpun trimester kedua kelihatan begitu relaks buat ibu hamil, anda masih tidak boleh lari daripada hakikat kehamilan sebenar. Oleh yang demikian, pemeriksaan kesihatan secara teratur sangat penting. Bertanyalah doktor jika anda rasa ada yang tak kena pada diri. Contohnya masalah tidur atau apa saja yang berkaitan. Jika ibu tak dapat rehat yang cukup dan sentiasa memikirkan sesuatu masalah, boleh jadi tekanan darah anda tak stabil dan membahayakan diri serta bayi. Rehat yang cukup penting lagi-lagi buat ibu yang bekerja. Stres…

Perubahan Ketara Pada Ibu Terutama Ba...
Pada trimester kedua ini, fizikal ibu hamil akan berada dalam keadaan yang paling sempurna. Jadi, mereka bebas untuk bersenam dan salah satu senaman yang digalakkan ialah senaman kegel kerana senaman ini berfungsi untuk menguatkan otot sekitar punggung. Walaupun fizikal berada dalam keadaan terbaik, emosi ibu hamil kadang kala terganggu. Dan ketika inilah, suami perlu sentiasa ada di sisi untuk redakan tekanan yang dialami. Untuk pengetahuan semua, pada trimester kedua ini, janin dalam kandungan anda akan mengalami tumbesaran yang begitu pesat.…