Memasuki trimester kedua adalah fasa yang paling menyeronokkan. Ini kerana bagi ibu yang mempunyai alahan, menjelang minggu ke-13, semua alahan ini hilang sendiri. Ibu dah mula berselera makan.
Tempoh ini jangan terlalu mengikut nafsu sebaliknya pilih makanan tinggi protein, zat besi, omega dan DHA yang baik untuk perkembangan otak anak.
Ibu juga harus mengelak mengambil makanan berkalori tinggi, berlemak, banyak gula dan garam. Makanan segera dan snek ringan yang tidak bernutrisi seharusnya dielakkan. Jika ingin mengunyah cari kudapan sihat seperti kekacang, tidak bersalut coklat atau garam yang tinggi.
Begitu juga pengambilan makanan atau minuman yang boleh memudaratkan diri dan bayi seperti minuman beralkohol atau merokok seharusnya dihentikan. Ini kerana ia mungkin boleh mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan.
Artikel Berkaitan

Kandungan Makin Besar, Ibu Dah Mula B...
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda rasa teruja melihat perut yang makin membesar. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan. Dalam minggu ini, simptom alahan makin berkurangan. Anda akan mula mendapat lebih banyak tenaga dan berasa lebih aktif seperti diri anda yang dulu. Walaupun anda masih mengalami loya dan keletihan, simptom-simptom ini akan berkurang dalam minggu-minggu seterusnya. Bagaimanapun, ini…

Dapat Nasihat Pakar Perubatan Untuk P...
Khidmat nasihat golongan prosfesional penting untuk ibu hamil bagi memastikan rawatan terbaik dapat diberikan secara konsisten. Biasanya rawatan dari pakar perubatan ini melibatkan kes-kes tertentu yang memerlukan pemerhatian menyeluruh sehingga proses bersalin nanti. Antara pakar yang terlibat untuk anda dan bayi seperti: PAKAR PERBIDANAN SAKIT PUAN ATAU O&G Pakar perbidanan merupakan doktor yang mempunyai kepakaran dalam penjagaan wanita sepanjang kehamilan dan sewaktu kelahiran. Jika anda bercadang melahirkan bayi di hospital, perunding kesihatan yang biasa anda temui sewaktu pemeriksaan antenatal berkemungkinan…