Sepanjang kehamilan, kuantiti air ketuban akan meningkat. Apabila usia bayi mencecah 34 minggu, dianggarkan bahawa air ketuban mencapai 800 ml. Kemudian jumlahnya semakin berkurangan minggu berikutnya. Apabila usia kehamilan memasuki 40 minggu, kuantiti air menurun kepada 600 ml.
Air ketuban ini kebanyakannya dari air kencing bayi itu sendiri. Air ini kemudian diminum atau ditelan oleh bayi. Air kencing yang ada dalam perut bayi itu tadi masuk ke dalam pengaliran darah dan dibawa ke buah pinggang. Seterusnya mengalir masuk ke pundi kencing sebelum keluar sebagai air kencing.
MASALAH BERKAITAN AIR KETUBAN
A. Polyhydramnios – adalah masalah air ketuban yang berlebihan. Antara penyebabnya adalah:
- Kandungan kembar dua, tiga dan seterusnya.
- Bayi atau uri yang lebih besar. Lebih-lebih lagi jika ibu menghadapi kencing manis.
- Bayi yang dikandungi mengalami masalah:
– Spina bifida.
– Anencephaly (dilahirkan tanpa tempurung kepala).
– Esophageal atresia (bayi yang tidak boleh menelan masuk air ketuban).
– Bayi kerdil (achondroplasia)
Ibu hamil yang mengalami masalah ini akan merasa kurang selesa kerana kandungan besar dan berat. Ibu sukar bernafas. Bayi pula boleh lahir sebagai bayi pra matang.
B. Oligohydramnios – adalah keadaan yakni air ketuban di dapati kurang daripada jumlah yang sepatutnya. Kemungkinan berlaku sekiranya:
- Selaput ketuban pecah dan air keluar walaupun belum ada tanda-tanda untuk bersalin.
- Bayi mengalami masalah tumbesaran atau (intra-uterine growth restriction).”
- Bayi mengalami masalah buah pinggang (renal agenesis)
- Kandungan berada di luar rahim atau “abdominal pregnancy”.
AIR KETUBAN PECAH?
Pecahnya air ketuban berlaku pada tahap pertama daripada tiga tahap bersalin. Ketika itu pintu rahim sedang membuka. Bayi terdorong menonjol ke lubang rongga pinggul, memberi tekanan pada pundi kencing dan saluran buang air besar. Ketika serviks tertarik sepenuhnya, ada satu dorongan besar menolak.
Air ketuban akan pecah pada saat ini. Serviks terbuka selebar 10 sm dalam diameter pada bukaan penuh. Ketika serviks memendek dan meregang, jalan lahir melengkung dengan vagina terbentuk untuk memudahkan bayi keluar.
Artikel Berkaitan

Pakai Baju Yang Selesa, Elakkan Memak...
Elakkan daripada membeli pakaian hamil yang terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan rasa tidak selesa dan kulit gatal. Jika anda mempunyai suami yang berbadan besar daripada anda, pertimbangkan untuk meminjam kemeja mereka. Selain bergaya, ia sangat selesa dipakai ibu hamil. Fabrik yang sesuai untuk busana ibu hamil adalah material kapas dan likra. Fabrik ini boleh meregang dan sesuai dipakai sepanjang tempoh kehamilan. Kaki juga akan membengkak dan mungkin memerlukan anda membeli kasut dengan saiz yang lebih besar dari biasa. Elakkan…

Perut Makin 'Penuh', Makan Pun Jadi T...
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. Jika anda merasa gatal pada kawasan sekitar perut, ia adalah perkara normal. Perut akan terasa seperti ‘penuh’ dan anda tidak mampu untuk menghabiskan makanan seperti dahulu. Sakit belakang semakin teruk dan mungkin mengalami masalah sembelit. Masalah keputihan semakin banyak (mungkin bercampur darah). Memandangkan bayi mulai turun, anda akan merasa kurang selesa pada…

Tak Boleh Banyak Ke Sana-Sini, Jangan...
Memandangkan perut semakin membesar, sebaiknya elakkan melakukan kerja berat. Pada ketika ini juga anda amat digalakkan untuk banyak berehat. Doktor akan menyarankan agar anda tidak banyak melancong pada usia kehamilan ini. Selain itu, anda juga tidak dibenarkan untuk ke luar negara menaiki kapal terbang. Sakit pinggul adalah normal pada ketika ini. Ketika duduk, sandarkan pinggul anda pada bantal. Elakkan duduk di kawasan yang keras tanpa lapik. Untuk melegakan kelenguhan, mandilah dengan air suam. Anda juga boleh melakukan beberapa latihan pelvik…