Anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti pening kepala atau rasa panas dan berpeluh. Ini adalah perkara biasa. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang tidak hamil mempunyai kira-kira 100ml darah mengalir melalui arteri rahim.

Semasa awal kehamilan, aliran darah anda akan meningkat kepada kira-kira 120 ml per minit dan secara beransur-ansur akan meningkat kepada 350 ml per minit apabila semakin dekat dengan tarikh bersalin.

Apabila anda berasa pening kepala, anda perlu berbaring dan berehat. Ingat, jangan paksa diri. Mungkin orang ingat anda mengada-ngada tetapi hakikat ini akan dilalui akibat perubahan hormon.

Ada juga ibu yang bekerja akan mengambil cuti tanpa gaji beberapa bulan kerana mengalami masalah alahan yang teruk hingga tak boleh nak uruskan diri dengan baik. Anda jangan bimbang kerana keadaan ini akan beransur baik pada trimester berikutnya.