Berikut antara tanda preeklampsia pada ibu hamil yang perlu diperhatikan:

1.Tekanan darah tinggi

Tanda preeklampsia ini biasanya paling umum dan mudah dikesan. Keadaan ini dikesan dengan bacaan tekanan darah mencecah 140/90 bahkan lebih. Jika keadaan ini terjadi di minggu ke-20 kehamilan dan ibu tiada sejarah darah tinggi, maka kena buat pemeriksaan lanjut.

2.Adanya protein di dalam air kencing

Proteinuria atau kewujudan protein di dalam air kencing juga biasanya menunjukkan keadaan preeklampsia. Ini kerana, preeklampsia boleh merosakkan buah pinggang yang berfungsi menyaring cairan dalam tubuh.

Akhirnya, protein yang sepatutnya diserap dalam darah untuk dialirkan ke seluruh badan masuk ke dalam air kencing hingga akhirnya dikeluarkan dari badan. Akibatnya, banyak protein yang berguna hilang daripada badan.

3.Bengkak

Pembengkakan memang keadaan yang sangat normal sepanjang hamil. Biasanya ia menyerang kaki sehingga kelihatan lebih besar berbanding biasa.

Tetapi sekiranya muka, mata, dan tangan turut membengkak, maka anda perlu bimbang kerana ia adalah tanda preeklampsia. Jika mengalami keadaan ini, segera berjumpa dengan doktor.

4.Sakit kepala

Sakit kepala sama ada yang ringan atau berat, berdenyut mungkin menjadi salah satu gejala preeklampsia yang tidak boleh dipandang ringan apatah lagi jika keadaan ini kerap berlaku pada minggu ke-20 kehamilan.

Jika sakit kepala tidak juga hilang setelah anda berbaring bahkan disertai dengan perubahan penglihatan serta sensitif terhadap cahaya maka segera berjumpa doktor.

4.Kenaikan berat badan secara tiba-tiba

Berat badan yang meningkat secara tiba-tiba sebanyak satu kilogram dalam seminggu boleh menjadi salah satu ciri anda mengalami preeklampsia. Ini kerana, pembuluh darah yang rosak memungkinkan air bocor dan masuk ke berbagai jaringan badan dan tidak masuk ke buah pinggang untuk seharusnya dikeluarkan melalui air kencing.