Mama perlu memahami perubahan pada tubuh. Perubahan hormon yang terjadi tatkala hamil menimbulkan pelbagai kelainan. Bukan, anda tidak bertukar menjadi hodoh!
Anda masih cantik. Perjalanan menjadi seorang ibu membuatkan diri anda kelihatan unik. Ia hanya bersifat sementara. Hampir semua daripadanya tidak boleh dielakkan kerana ia terbentuk disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan saat hamil ini.
KULIT JADI GELAP
Terdapat tompok-tompok kelabu di sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil chloasma atau sebagai topeng mengandung.
Perubahan kulit disebabkan oleh melanosit yang menyebabkan warna kulit menjadi lebih gelap. Hampir 70 peratus wanita hamil akan mengalami perubahan kulit ini.
Sekiranya terdedah kepada matahari secara berpanjangan,warna tompokan ini akan menjadi lebih jelas serta gelap.
Oleh itu, ibu-ibu harus mengehadkan pendedahan muka pada matahari sekiranya tidak mahu tompokan ini menjadi lebih jelas kelihatan. Sekiranya perlu berada di bawah sinaran matahari untuk suatu jangka masa yang panjang, lindungi kulit dengan sapuan krim sunblock sekurang-kurangnya SPF15.
Perubahan kulit ini juga tidak berkekalan dan lazimnya akan hilang dan pudar selepas anak dilahirkan.
Sekiranya masih terjadi tompok kegelapan tersebut, segeralah berjumpa doktor untuk nasihat dan ujian lanjut.
GARISAN PADA PERUT
Saat perut menegang dan membesar, muncul garisan kecoklatan di perut. Ia bermula dari pusat hingga ke arah bawah yang disebut linea nigra.
Garisan ini sememangnya sudah ada sebelum ini tetapi hanya lebih jelas kelihatan ketika mengandung.
KEHITAMAN PADA TUBUH
Selain itu sering juga terjadinya kecoklatan pada wajah dan tubuh yang disebut chloasma atau topeng kehamilan.
Ia selalunya berlaku pada payudara, puting dan juga di celah kangkang.
Ini adalah kerana paras melanin yang meningkat iaitu komponen yang memberikan warna pada rambut dan juga kulit.
Kira-kira 90 peratus wanita mengandung akan mengalami tompok-tompok kehitaman ini sementara mereka yang berkulit gelap akan menunjukkan kesan-kesan melanin dengan lebih jelas.
KULIT BERMINYAK
Semasa hamil, perubahan kulit menjadi lebih berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat.
Peningkatan hormon androgen iaitu progesteron selama kehamilan menyebabkan kelenjar sebasea di kulit menjadi lebih besar sehingga meningkatkan penghasilan sebum (minyak). Sebum yang berlebihan ini bercampur dengan sel kulit mati akan menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan menyebabkan tumbuhnya jerawat.
Wanita hamil harus membersihkan kulit untuk mengelakkan minyak pada kulit. Bersihkan wajah dua hingga tiga kali sehari dan bilas dengan Basuh wajah dengan air suam
Keringkan wajah dengan cara menepuk-nepuk, jangan mengeringkan dengan cara menggosok untuk mengelakkan kelembapan semula jadi kulit hilang.
Artikel Berkaitan

Kandungan 20 Minggu Masih Muntah Teru...
Setiap kali makan dan minum mama mesti akan terus muntah. Jangan main-main, kalau keadaan ini dibiarkan berlanjutan lama tanpa rawatan badan boleh alami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia juga boleh sebabkan kematian! Morning sickness atau alahan mengandung selalunya melibatkan rasa mual dan muntah. Namun jika ia berlaku sepanjang kehamilan bukan sesuatu yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya meski hamil untuk kali kedua dan seterusnya. Namun, mabuk atau alahan mengandung yang berlebihan atau Hyperemesis…

Mengidam & Alah Bau Suami Berpunca Da...
Rasa mengidam masa mengandung, datang tanpa dirancang. Bau badan suami pun rasa makin tak boleh hidu. Adakah ia spontan atau ada punca disebalik situasi sebegini? SAMA KEADAANNYA KETIKA HAID Sebahagian wanita hamil akan mengalami suatu keadaan di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing. Atas sebab perubahan hormon jugalah, ia menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain. Keadaan sebegini, sama…

Elak Berat Badan Naik Berlebihan, Lak...
Seronoknya bila disahkan mengandung! Tapi yang tak seronoknya bila berat badan naik berlebihan masa mengandung sampai ibu jadi stres dan susah hati. Kadangkala ada bakal ibu jadi teruja dan berselera sampai tak sedar dia makan apa sahaja yang diinginkan ketika mengandung. Lebih-lebih lagi jenis makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula. Tak kira sama ada anda berada di trimester pertama atau ketiga, kena ikut tip ini kalau tak nak berat badan naik berlebihan sepanjang kehamilan. Apa yang dijangkakan? Semua ibu…