Salah satu risiko kehamilan dan masalah yang membahayakan ibu hamil adalah berkaitan masalah uri. Uri di bawah, terkeluar dan sebagainya amat merbahayakan ibu. Kenal pasti tiga masalah uri ini. Risiko bayi dilahirkan secara pembedahan adalah sangat tinggi.
Masalah kedudukan plasenta atau uri (placenta praevia)
Kadangkala berlaku kepada ibu hamil yang sudah mempunyai beberapa orang anak. Kedudukan uri berada di bawah selari dengan pintu rahim dan ia boleh menghalang proses kelahiran bayi. Apabila janin bergerak, uri akan tertekan dan menyebabkan kesakitan.
Ada kalanya, berlaku pendarahan pada bila-bila masa selepas minggu 28. Jika perkara ini berlaku, anda perlu mendapatkan rawatan dan rehat di hospital sehingga bayi dilahirkan. Jika keadaan ini tidak berubah, kemungkinan bayi anda dilahirkan secara pembedahan.
Uri terkeluar (abruptio placenta)
Sebahagian daripada uri terkeluar melalui dinding rahim hingga menyebabkan kesakitan pada perut dan pendarahan. Anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Hal ini kerana, situasi tersebut boleh mendatangkan kemudaratan pada bayi. Jika bahagian uri yang terkeluar semakin banyak, bekalan oksigen dan makanan tidak akan cukup untuk bayi dalam kandungan.
Jika perlu, darah akan dimasukkan sebagai jaminan darah dalam badan mencukupi. Jika perkara ini berlaku ketika kandungan hampir tarikh matang, pembedahan terpaksa dilakukan. Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah uri yang terkeluar sedikit, anda hanya perlu berehat dengan berbaring sehingga pendarahan berhenti.
Uri tidak normal (placental insufficiency)
Terjadi apabila uri tidak menjalankan fungsinya secara efisien. Keadaan ini menyebabkan perkembangan dan pembesaran fetus (bayi) menjadi lembap akibat kekurangan zat. Sekiranya ia terjadi, anda akan diarahkan supaya banyak berehat agar darah dapat mengalir dengan baik dari uri ke bayi.
Ujian air kencing juga perlu dilakukan untuk melihat sama ada kesihatan bayi dalam kandungan tidak terjejas atau perlukan bantuan khusus ketika proses bersalin.
Artikel Berkaitan

Risiko Kencing Manis & Darah Tinggi D...
Satu hal yang cukup ditakuti adalah masalah kencing manis dan darah tinggi dihujung kehamilan. Kencing manis misalnya akan memudaratkan saiz dan kesihatan bayi di dalam kandungan. Manakala darah tinggi pula mengancam nyawa ibu hamil. Hati-hati. Ada perkara bakal ibu harus tahu mengenai dua perkara ini. Kencing manis (diabetes) Adalah penyakit biasa yang dihidapi oleh ibu hamil walaupun mereka sihat sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone meningkat dengan begitu tinggi sehingga kandungan gula dalam…

Alami Anemia & Jangkitan Buah Pinggan...
Sekiranya anda didapati mengalami beberapa masalah kesihatan, anda perlu mendapatkan penjagaan khas. Jika masalah ini berlarutan sehingga usia kandungan memasuki minggu ke 40, anda mungkin mengalami komplikasi ketika bersalin. Jika anda disahkan mempunyai masalah, jangan terlalu risau kerana doktor akan membuat pemerhatian dan pemeriksaan yang kerap sepanjang kehamilan sehingga anda bersalin. Ujian imbasan atau ultrabunyi mungkin akan dibuat berulang kali untuk melihat keadaan kesihatan, kedudukan dan pergerakan bayi dalam perut. Turut diperhatikan pada waktu ini adalah kedudukan uri sama ada…

Perut Mengeras Di Minggu Ke 29, Bayi ...
Pada minggu ke 29 ini, anda akan berasa pergerakan bayi yang lebih kerap dan aktif di dalam kandungan. Perut juga akan terasa mengeras dan meregang. Bayi juga akan mula mengeraskan badannya sekali sekala. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring. Jaga pemakanan dengan menu dan diet yang sihat dan lengkap nutrisinya supaya mampu membekalkan nutrisi yang sebaiknya kepada bayi di dalam kandungan. Biarkan bayi aktif dengan pemakanan yang tepat. Bayi anda di dalam kandungan juga…