Anemia Atau Hb Rendah Mula Dikesan, Mama Mesti Pulihkan Segera

Anemia, lebih kerap disebut kurang darah, kadar sel darah merah (hemoglobin atau Hb) di bawah jumlah normal. Penyebab penyakit ini biasanya berpunca daripada kekurangan zat gizi untuk pembentukan darah misalnya zat besi, asid folat dan vitamin B 12. Walau bagaimanapun, kekurangan zat besi adalah faktor penyebab paling kerap. Proses kekurangan zat besi sehingga menjadi anemia perlu melalui beberapa tahap. Peringkat awal, ibu hamil akan mengalami penurunan jumlah zat besi. Apabila jumlah zat ini semakin sedikit akan timbul gejala anemia disertai…

0
Read More

Jangan Tangguh Pemeriksaan Antenatal, Penting Memantau Kehamilan

Bermula daripada saat ini, anda akan menjadi pengunjung setia klinik atau hospital sehinggalah anda melahirkan bayi anda. Pemeriksaan antenatal pertama anda seharusnya dijalankan pada minggu 8 hingga minggu 12. Pemeriksaan pertama ini biasanya dirujuk kepada hospital yang anda pilih untuk melahirkan anak nanti. Pada pemeriksaan tersebut, anda akan ditanya dengan pelbagai jenis soalan. Antaranya yang berkaitan soal kesihatan, sejarah perubatan keluarga dan kadang kala menyentuh soal kerjaya anda dan pasangan di samping gaya hidup yang anda dan suami amalkan. Kesemua…

0
Read More

Loya & Mual Makin Kuat, Mama Perlu Jaga Pemakanan

Rasa loya boleh membuatkan anda berasa letih. Kekuatan mental sahaja tak cukup. Apa yang merisaukan ialah loya ini selalunya akan membawa kepada mual dan muntah. Berikut adalah beberapa tips berguna untuk menguruskan rasa loya anda: Pilih makanan dengan teliti. Pilih makanan berkarbohidrat, rendah lemak dan mudah untuk dihadam. Makanan ringan seperti gula-gula halia kadangkala sangat berguna. Anda harus mengelakkan makan makanan yang berminyak, pedas dan berlemak.   Makan makanan ringan atau hidangan dengan kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap. Anda…

0
Read More

Nikmati Hujung Kehamilan Dengan Gembira, Sedia Untuk Berehat!

Masuk sahaja minggu ke 32 ini anda boleh menetapkan minda anda untuk bersalin pada tempoh waktu terdekat. Usia lapan bulan kehamilan adalah waktu yang cukup mendebarkan ibu hamil. Jika anda bekerja, mulakan cuti yang agak panjang sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. Elakkan bekerja lebih masa atau kerja keras di hujung minggu. Set kan minda anda untuk berehat sebanyak mungkin sebelum menghadapi bulan terakhir kehamilan. Tip santai yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:…

0
Read More

Posisi Bersalin, Anda Pilih Yang Mana?

Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di Malaysia, ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas. Namun terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi, sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut. 1. Duduk tegak Posisi ini adalah posisi popular di kalangan ibu hamil. Ia mudah. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan…

0
Read More

Mengantuk & Letih Mula Menyerang, Peningkatan Hormon Progesteron Jadi Sebab

Adakah anda berasa lebih letih? Hormon kehamilan yang dipanggil progesteron, bertanggungjawab untuk membuat anda berasa mengantuk. Apabila anda berasa letih, anda patut mengambil masa untuk berehat. Tidur sekejap dapat membantu memberikan tenaga yang anda perlukan untuk melalui hari-hari anda. Jangan cuba untuk membebankan badan anda. Perhatikan isyarat badan anda dan ingat bahawa badan anda bekerja keras untuk menyokong anda dan bayi anda. Payudara anda sudah mula membengkak dan menjadi lembut. Dalam beberapa kes, ia mungkin menjadi amat menyakitkan. Bra anda…

0
Read More

Bantu Diri Sendiri Ketika Kontraksi, Ayuh Cuba!

Persediaan menghadapi kontraksi memerlukan informasi yang lebih saat berdepan dengannya. Teknik pernafasan yang tepat antara yang disarankan saat berdepan dengan masalah kontraksi. Apa bakal ibu boleh lakukan adalah: 1. Terus bergerak ketika alami kontraksi. Selain dapat mengendalikan kesakitan dengan baik, cara ini dapat mengurangkan rasa gemuruh menanti kelahiran kelak. 2. Cuba berdiri setegak mungkin supaya kepala bayi berada tetap di atas serviks. Keadaan ini menjadikan kontraksi lebih kuat dan berkesan. 3. Tumpuan perlu juga diberikan kepada cara pernafasan. Caranya adalah…

0
Read More

Redakan Kontraksi Dengan Posisi Tepat, 5 Posisi Perlu Tahu!

Memasuki minggu ke 32, anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin. Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung. Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin. Tidak akan timbul masalah “tak tahu,” dan “tak bersedia.” Yang penting, persediaan awal ini boleh mengurangkan rasa gementar bila berada di bilik bersalin. Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari dan lebih. Oleh…

0
Read More

Bayi Lengkap Sempurna Pada Minggu Ke 31, Ibu Makin Tidak Selesa Bergerak!

Pada minggu ke 31 ini juga keadaan fizikal bayi anda juga lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula merasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Dan inilah yang membuatkan ibu semakin merasa tidak selesa dengan pergerakkannya yang kerap dan aktif. Berat bayi anda kini sudah pun menjangkau 1.4…

0
Read More

Cara Rehatkan Diri Paling Berkesan, Take Note!

Jangan biarkan rasa tidak selesa ini mengganggu perjalanan kehamilan anda yang indah. Cuba sebaiknya untuk mengawal rasa tidak selesa ini dengan cara yang tepat. Keadaan tidak selesa ini boleh dikawal dengan merehatkan diri dengan banyak dan tepat. Mungkin sebahagian pilihan ini boleh anda ikuti untuk mendapatkan waktu rehat yang sebaiknya. Cara Rehatkan Diri 1. Mengendurkan badan Kendurkan badan dengan cara berbaring menggunakan beberapa biji bantal yang diletakkan di belakang sebagai menyokong tubuh dan perut. Letak juga bantal di bahagian bawah…

0
Read More