
Letih Melampau Awal Kehamilan, Lakuka...
Jangan memaksa diri. Jika anda berasa letih, ini bermakna anda perlu berehat. Ringankan beban anda dan sedarilah tanda-tanda yang ditunjukkan badan anda. Jangan cuba untuk memaksa diri. Meminta bantuan Anda tidak perlu cuba menjadi bakal ibu yang hebat. Biarkan pasangan anda tahu perasaan anda, supaya dia boleh membantu menyokong anda. Jika rakan-rakan atau keluarga anda ingin membantu, terimalah bantuan mereka! Menerima bantuan orang lain membolehkan anda menyimpan tenaga untuk perkara lain. Dapatkan tidur yang mencukupi Jika anda sentiasa mengantuk, cuba…

Tak Suka Bau Suami & Mengidam Pelik-P...
Rasa mengidam masa mengandung, datang tanpa dirancang. Bau badan suami pun rasa makin tak boleh hidu. Adakah ia spontan atau ada punca disebalik situasi sebegini? SAMA KEADAANNYA KETIKA HAID Sebahagian wanita hamil akan mengalami suatu keadaan di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing. Atas sebab perubahan hormon jugalah, ia menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain. Keadaan…

Kaki Mulai 'Bengkak', Keputihan Juga ...
Anda sudah mulai tidak larat dan mudah letih. Perut juga semakin memberat. Sesekali ketika tidur, anda mungkin mengalami mimpi dan akan menjadi mudah terkejut. Perhatikan jika keputihan semakin banyak, rujuklah masalah kepada doktor. Tetapi jika keputihan disertai dengan darah, ia mungkin menjadi petanda anda hampir melahirkan. Kaki semkain membengkak dan mungkin juga muka turut nampak ‘tembam’.

Masalah Sakit Belakang, Keputihan, Ke...
Apabila perut makin besar, ibu akan mula rasa perubahan pada tubuh. Jangan bimbang ia adalah perkara biasa. Keadaan ini akan berterusan sehingga beberapa bulan. Cuma anda kena tahu cara untuk mengatasinya dan cuba dapatkan nasihat doktor. SAKIT BELAKANG Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sepanjang kehamilan anda. Biasanya anda akan mengalami sakit belakang akibat daripada bebanan kandungan yang terpaksa ditanggung. Ketika duduk, berat bayi dalam kandungan membuatkan anda bersandar yang kadang kala memberi tekanan pada otot dan sendi…

Kaki Dah Mula Membengkak, Kena Pakai ...
Perut anda selalu kembung dan bergas. Kerisauan akan menyebabkan masalah kembung perut ini bertambah teruk. Selain itu, anda mungkin juga akan mengalami sembelit. Banyakkan pengambilan buah-buahan kering dan segar serta sayur. Tambahkan juga menu bijirin penuh dalam diet anda. Sebelum mengambil sebarang ubat untuk merawat sembelit, sila rujuk masalah anda kepada doktor. Seperti mana kandungan anda semakin membesar, anda akan mendapati masalah keputihan juga semakin meningkat. Hormon kehamilan iaitu estrogen meningkatkan aliran darah ke kawasan pelvik dan mengaktifkan membran mukus.…

Jantina Bayi Ditentukan Seawal Minggu...
Tahukah anda jantina anak anda boleh ditentukan pada waktu ini? Tetapi anda tidak akan mengetahuinya sehinggalah kehamilan mencapai 18 hingga 20 minggu. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana perkara ini berlaku. Biar kami jelaskan sekarang. Setiap orang mempunyai 46 kromosom yang membentuk material genetik anda. Daripada 46 kromosom terdapat 2 kromosom yang menentukan jantina anda, yang dipanggil seks kromosom. Satu kromosom datang daripada sperma dan satu lagi daripada ovum. Ovum hanya mempunyai 1 jenis kromosom, dipanggil kromosom X sementara sperma boleh membawa…

Teringin Nak Makan Sesuatu Sama Macam...
Nafsu makan anda lebih daripada biasa. Adakalanya tanpa disedari anda berkeinginan untuk memakan sesuatu yang spesifik. Sama seperti ketika haid, perubahan selera makan ini disebabkan oleh pertambahan sesetengah jenis hormon selepas kehamilan. Pernahkah anda mengalami perubahan selera makan sebelum haid? Keadaan semasa awal kehamilan juga lebih kurang sama cuma kalau hamil ibu akan berubah untuk memakan sesetengah akanan secara tepat. Misalnya, tiba-tiba ingin minum jus jambu merah, nangka madu atau kurma daging. Padahal, anda tidak pernah makan atau tidak menyukainya.…

Lelehan Miss V Tiba-Tiba Muncul, Adak...
Ada juga ibu yang mengalami keluarga lelehan vagina pada awal kehamilan. Ia dipanggil leukorrhea iaitu sejenis cairan berwarna putih. Sekiranya ia didapati pada ibu pada sekitar tarikh melepasi kitaran haid, ia kemungkinan tanda kehamilan. Bagaimana pun lelehan ini juga turut dialami oleh wanita yang tidak hamil. Keadaan ini juga selalunya akan berlanjutan sepanjang kehamilan. Cairan keputihan ini biasanya cenderung keluar dalam kuantiti banyak pada trimester akhir kehamilan. Meski begitu, tidak semua wanita hamil akan mengalami keputihan. Ada beberapa ibu hamil…

Ujian Kehamilan Elok Buat Waktu Pagi....
Bila waktu paling sesuai untuk membuat ujian kehamilan? Bagi anda yang sedang menunggu berita hamil tentunya tidak sabar untuk membuat ujian kehamilan sendiri di rumah. Bilakah ujian ini memberikan jawapan yang lebih tepat? Ketika hamil, tubuh seorang wanita biasanya akan menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (HCG). Hormon inilah yang dikesan dan diperiksa kadarnya pada alat penguji kehamilan. Waktu terbaik untuk melakukan ujian ini ialah sehingga sampai haid seterusnya tiba. Jika sudah melebihi jadual haid, tapi ia belum kunjung tiba ia…

Keputusan Negatif Atau Masih Belum Te...
Setelah semua usaha dijalankan, namun belum berhasil atau masih tidak mendapat keputusan positif dengan tepat, di sinilah kita perlu kembali menyerahnya kepada Allah. Allah yang menjadikan segala sesuatu. Tidak putus asa untuk terus berusaha dan berdoa. Dalam hal ini contohilah Nabi Zakaria yang sentiasa berdoa untuk mendapatkan zuriat, walaupun dirinya sudah tua dan isterinya pula mandul. Doa Nabi Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah aku di sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Ali-Imran 38). Allah telah…

Awal Kehamilan Elak Stres. Ibu Cuba T...
Pada awal kehamilan, rasa stres mungkin terjadi. Embrio yang sedang membesar dan suasana baru selepas berbadan dua, anda perlu bijak menanganinya. Merasa stres sewaktu kehamilan adalah normal. Adalah penting untuk menangani stres sebelum membahayakan kandungan. Terdapat beberapa tips untuk menangani stres sewaktu kehamilan: Luahkan perasaan dengan seseorang. Anda mungkin tidak mahu membebankan pasangan atau kawan anda dengan masalah anda tetapi ia lebih membantu berbanding menahan perasaan. Cuba untuk meluahkan perasaan dengan seseorang. Anda akan merasa lebih baik selepas itu. Relaks. Meditasi…

Tanda Kehamilan Setiap Ibu Berlainan....
Ibu mula merasakan kelainan pada diri. Istilah paling mudah ialah ‘tak sedap badan.’ Cuba rasakan perubahan yang berlaku pada tubuh & tahap kesihatan diri. Selalunya bakal ibu tidak dapat lari daripada beberapa petanda ini. a)Perubahan pada payudara Jika terjadi kehamilan payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Payudara akan terasa makin lembut menyebabkan rasa sensitif yang lebih tinggi, hingga payudara akan terasa sakit atau nyeri bila dipegang. Puting susu membesar pula dan warnanya akan…

Setompok Darah Keluar Terus Berhenti?...
Pendarahan dari vagina mungkin hanya dianggap sebagai tanda haid. Tapi tahukah anda jika pendarahan tersebut mungkin salah satu tanda kehamilan atau disebut implantasi. Pendarahan implantasi adalah pendarahan yang terjadi ketika sel telur yang telah disenyawakan dan menempel pada dinding rahim. Implantasi terjadi sekitar seminggu setelah ovulasi atau sekitar 6 hingga 12 hari setelah persenyawaan. Kenapa ia menyebabkan pendarahan? Ini kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada dinding rahim dan sedikit gesekan yang mengakibatkan keluarnya darah. Biasanya, pendarahan…

Tinggalkan Tabiat Minum Kopi, Mula Pe...
Akhirnya, penantian anda untuk hamil berhasil. Meskipun rata-rata ibu akan berasa gembira dan teruja menantikan kehadiran cahaya mata, namun bakal ibu juga tidak lari daripada berasa takut dan bimbang menghadapi momen kehamilan dan bersalin. Bagi mempersiapkan anda dengan dunia kehamilan, setiap bakal ibu perlu menyediakan senarai perlu buat untuk memastikan anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang betul pada setiap peringkat kehamilan. Jika anda masih keliru, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh anda pertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam senarai perlu buat…

Ibu Kena Jaga Diri Di Tempat Kerja, B...
Sebagai seorang wanita hamil yang berkerjaya, anda masih boleh bekerja sehinggalah tarikh kelahiran bayi anda asalkan tempat kerja anda tidak melibatkan pendedahan kepada toksik dan bahan kimia ataupun tekanan yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka. Bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, ikuti tip-tip berikut; Sebarkan berita anda hamil secepat yang mungkin Kebanyakan wanita memilih untuk merahsiakan kehamilan mereka sehinggalah permulaan trimester kedua atau lebih lama lagi. Ini kerana mereka mahu memastikan kandungan mereka terjamin…

Telur Disenyawa Mula Melekat Pada Din...
Hanya seminggu selepas persenyawaan, perkembangan janin masih di peringkat awal, jadi untuk bercakap. Pada 4 minggu mengandung tubuh ibu akan mengalami perubahan drastik untuk menempuhi kehamilan. Kemungkinan anda tidak mengalami semua simptom. Walaupun sesetengah wanita mengalami gejala-gejala awal kehamilan awal seperti Pre Menstrual Syndrome-PMS (perubahan mood, kembung dan kekejangan pada perut). Telur yang disenyawakan dikenali sebagai blastosis anda akan melekatkan diri pada lapisan rahim. Sekitar 30 peratus dari pada ibu akan mengalami pendarahan implantasi akan berlaku apabila blastosis bergerak ke…

Tarikh Haid Terakhir Penting Tentukan...
Anda boleh gunakan carta ini untuk mengira tarikh jangkaan kelahiran. Apa yang anda perlukan ialah anda mesti mengingati tarikh haid terakhir anda. Sebagai rujukan, tarikh haid terakhir anda berwarna HITAM manakala tarikh jangkaan bersalin pula berwarna BIRU. Contohnya, jika tarikh akhir haid anda adalah pada 10 November maka tarikh jangkaan bersalin ialah pada 17 Ogos. Namun begitu, hanya lima peratus bayi yang lahir tepat mengikut tarikh jangkaan. Yang lainnya, mungkin dilahirkan tiga minggu sebelum tarikh jangkaan ataupun lewat dua…

4 Perubahan Tubuh Ibu Semasa Hamil, B...
Mama perlu memahami perubahan pada tubuh. Perubahan hormon yang terjadi tatkala hamil menimbulkan pelbagai kelainan. Bukan, anda tidak bertukar menjadi hodoh! Anda masih cantik. Perjalanan menjadi seorang ibu membuatkan diri anda kelihatan unik. Ia hanya bersifat sementara. Hampir semua daripadanya tidak boleh dielakkan kerana ia terbentuk disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan saat hamil ini. KULIT JADI GELAP Terdapat tompok-tompok kelabu di sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil chloasma atau sebagai topeng mengandung. Perubahan kulit disebabkan oleh melanosit yang…

Kandungan 20 Minggu Masih Muntah Teru...
Setiap kali makan dan minum mama mesti akan terus muntah. Jangan main-main, kalau keadaan ini dibiarkan berlanjutan lama tanpa rawatan badan boleh alami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia juga boleh sebabkan kematian! Morning sickness atau alahan mengandung selalunya melibatkan rasa mual dan muntah. Namun jika ia berlaku sepanjang kehamilan bukan sesuatu yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya meski hamil untuk kali kedua dan seterusnya. Namun, mabuk atau alahan mengandung yang berlebihan atau Hyperemesis…

Elak Berat Badan Naik Berlebihan, Lak...
Seronoknya bila disahkan mengandung! Tapi yang tak seronoknya bila berat badan naik berlebihan masa mengandung sampai ibu jadi stres dan susah hati. Kadangkala ada bakal ibu jadi teruja dan berselera sampai tak sedar dia makan apa sahaja yang diinginkan ketika mengandung. Lebih-lebih lagi jenis makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula. Tak kira sama ada anda berada di trimester pertama atau ketiga, kena ikut tip ini kalau tak nak berat badan naik berlebihan sepanjang kehamilan. Apa yang dijangkakan? Semua ibu…

Mengidam & Alah Bau Suami Berpunca Da...
Rasa mengidam masa mengandung, datang tanpa dirancang. Bau badan suami pun rasa makin tak boleh hidu. Adakah ia spontan atau ada punca disebalik situasi sebegini? SAMA KEADAANNYA KETIKA HAID Sebahagian wanita hamil akan mengalami suatu keadaan di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing. Atas sebab perubahan hormon jugalah, ia menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain. Keadaan sebegini, sama…

Jangan Tahan Kencing! Mama Akan Lebih...
Jangan bimbang jika anda mendapati anda kerap ke bilik air. Perkara ini biasa berlaku disebabkan hormon kehamilan, HCG, yang menyebabkan rasa kerap ingin membuang air kecil. Ia meningkatkan aliran darah ke buah pinggang agar bahan kumuh dapat disingkirkan daripada anda dan bayi anda. Jadi, anda pergi ke bilik air bukan hanya kerana diri anda tetapi bayi anda juga. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda menguruskannya. Condongkan badan ke hadapan apabila anda membuang air kecil. Ini membantu mengosongkan pundi…

Demam Petanda Awal Hamil? Ada Sebabny...
Badan terasa agak hangat atau demam adalah salah satu tanda umum yang juga sering muncul pada awal masa hamil. Perubahan tubuh selama kehamilan gejalanya seakan-akan sama dengan demam. Selain demam, beberapa gejala lain yang biasanya menyertai juga kemudian muncul. Selama kehamilan, seorang wanita mungkin lebih mudah terkena jangkitan selesema. Kehamilan yang terjadi boleh melemahkan sistem kekebalan tubuh. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa tubuh tidak melawan perkembangan janin. Namun jika anda mencurigai bahawa demam yang muncul adalah tanda hamil, ada…

Rasa Kejang Pada Ari-Ari Selalu Terja...
Pendarahan dan rasa kejang pada ari-ari adalah tanda-tanda awal kehamilan. Selain itu ada 4 lagi tanda-tanda lain yang sebenarnya tanda awal diri berbadan dua tetapi selalunya mama tak perasan. Pengesanan awal kehamilan boleh membantu mama untuk mengambil langkah awal seperti memulakan pemakanan yang sihat (jika sebelum ini tidak mengamalkan pemakanan sihat), menghindari aktiviti lasak, mengelakkan rawatan kecantikan yang melibatkan bahan kimia di mana sesetengahnya boleh menggugat perkembangan awal janin. Pendek kata, pengesanan awal adalah lebih baik kerana risiko keguguran dapat…

Morning Sickness Ibu Elak Makanan Ber...
Pada trimester awal, sebahagian daripada anda sering muntah dan loya. Keadaan ini dikenali sebagai morning sickness. Morning sickness biasanya “menyerang” hampir 80 peratus wanita hamil. Masalah ini dipercayai berpunca daripada beberapa faktor. Hal ini termasuklah perubahan fisiologi, tahap hormon yang tinggi, alahan kepada bau-bau tertentu dan sebagainya. Biasanya anda mudah rasa loya dan muntah di pagi hari. Namun ada juga segelintir daripada anda akan berkeadaan sebegini sepanjang hari. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang! Morning sickness yang anda alami akan…

Elak Muntah Minum Air Gula, Cuba 5 Ti...
Prosedur pemeriksaan gula dalam darah atau lebih biasa disebut ‘minum air gula’ oleh para ibu. Ramai yang bimbang melaluinya kerana takut termuntah! Mungkin bagi sesetengah ibu ia adalah perkara biasa. Namun ada juga yang menghadapi masalah untuk menghabiskannya. Terutama sekali apabila masih dalam keadaan alahan atau morning sickness. Apa sahaja yang masuk mudah dimuntahkan! Menurutnya, para ibu yang dikehendaki melalui prosedur Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) perlu berpuasa sekurang-kurangnya lapan jam sebelum prosedur. Sekiranya ibu berasa terlampau haus, air kosong dibenarkan untuk membasahkan…

Elak Menghadap Komputer Terlalu Lama ...
Sebaik sahaja tahu diri anda hamil, mama perlu berwaspada untuk mengelakkan pelbagai masalah pada kandungan. Anda mungkin mengalami pelbagai kebimbangan tentang kesihatan dan keselamatan anda dan bayi. Antaranya ialah dua perkara ini, jangan dianggap remeh. Ia perlu dititikberatkan. PENGGUNAAN KOMPUTER BERLEBIHAN Apabila pekerjaan anda memerlukan anda menghadap komputer sepanjang hari, anda mungkin bimbang tentang kemungkinan kesan bahaya kepada anda dan bayi anda. Selama bertahun-tahun, ada pendapat yang mengaitkan penggunaan komputer dalam wanita hamil untuk jangka masa panjang dan keguguran. …

Payudara Membengkak & Rahim Makin Mem...
Anda mungkin menyedari perubahan payudara anda. Hormon kehamilan kebiasaannya menyebabkan payudara anda membengkak dan menjadi lembut. Ini disebabkan peningkatan dalam aliran darah ke kawasan payudara dan juga pembentukan lemak. Anda juga akan mendapati puting anda semakin keluar dan kawasan gelap yang dikenali sebagai areola anda, mungkin akan kelihatan lebih gelap dan lebih besar. Ia akan berterusan menjadi semakin gelap dan besar sepanjang tempoh kehamilan. Semua perubahan ini adalah untuk menyediakan payudara untuk penyusuan. Ketika dalam trimester pertama, anda mungkin merasa…

Anemia Atau Hb Rendah Mula Dikesan, M...
Anemia, lebih kerap disebut kurang darah, kadar sel darah merah (hemoglobin atau Hb) di bawah jumlah normal. Penyebab penyakit ini biasanya berpunca daripada kekurangan zat gizi untuk pembentukan darah misalnya zat besi, asid folat dan vitamin B 12. Walau bagaimanapun, kekurangan zat besi adalah faktor penyebab paling kerap. Proses kekurangan zat besi sehingga menjadi anemia perlu melalui beberapa tahap. Peringkat awal, ibu hamil akan mengalami penurunan jumlah zat besi. Apabila jumlah zat ini semakin sedikit akan timbul gejala anemia disertai…

Jangan Tangguh Pemeriksaan Antenatal,...
Bermula daripada saat ini, anda akan menjadi pengunjung setia klinik atau hospital sehinggalah anda melahirkan bayi anda. Pemeriksaan antenatal pertama anda seharusnya dijalankan pada minggu 8 hingga minggu 12. Pemeriksaan pertama ini biasanya dirujuk kepada hospital yang anda pilih untuk melahirkan anak nanti. Pada pemeriksaan tersebut, anda akan ditanya dengan pelbagai jenis soalan. Antaranya yang berkaitan soal kesihatan, sejarah perubatan keluarga dan kadang kala menyentuh soal kerjaya anda dan pasangan di samping gaya hidup yang anda dan suami amalkan. Kesemua…

Loya & Mual Makin Kuat, Mama Perlu Ja...
Rasa loya boleh membuatkan anda berasa letih. Kekuatan mental sahaja tak cukup. Apa yang merisaukan ialah loya ini selalunya akan membawa kepada mual dan muntah. Berikut adalah beberapa tips berguna untuk menguruskan rasa loya anda: Pilih makanan dengan teliti. Pilih makanan berkarbohidrat, rendah lemak dan mudah untuk dihadam. Makanan ringan seperti gula-gula halia kadangkala sangat berguna. Anda harus mengelakkan makan makanan yang berminyak, pedas dan berlemak. Makan makanan ringan atau hidangan dengan kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap. Anda…

Mengantuk & Letih Mula Menyerang, Pen...
Adakah anda berasa lebih letih? Hormon kehamilan yang dipanggil progesteron, bertanggungjawab untuk membuat anda berasa mengantuk. Apabila anda berasa letih, anda patut mengambil masa untuk berehat. Tidur sekejap dapat membantu memberikan tenaga yang anda perlukan untuk melalui hari-hari anda. Jangan cuba untuk membebankan badan anda. Perhatikan isyarat badan anda dan ingat bahawa badan anda bekerja keras untuk menyokong anda dan bayi anda. Payudara anda sudah mula membengkak dan menjadi lembut. Dalam beberapa kes, ia mungkin menjadi amat menyakitkan. Bra anda…

Elak Pengambilan Asam Atau Jeruk Untu...
Pemakanan berkhasiat penting dalam tempoh kandungan ini untuk memastikan janin membesar dengan sihat. Pengambilan makanan yang lengkap dengan nutrisi sangat digalakkan. Jika ibu masih lagi mengalami masalah loya, pilihlah buah-buahan sebagai kudapan. Elak ambil asam atau jeruk. Biasa berlaku kebanyakan ibu nak makan makanan yang masam untuk elak loya tetapi sebaiknya fikirkan bayi dalam kandungan. Dalam setiap hidangan pastikan cukup sumber nutrisi supaya ibu kekal bertenaga sepanjang masa. Makanan segera, minuman yang tinggi kandungan gulan sebaiknya dielakkan dari awal. Boleh…

Penting Pemeriksaan Kesihatan Dari Awal
Anda mungkin perlu menjalani ujian tambahan sebagai sebahagian daripada rutin pemeriksaan antenatal. Dalam keadaan tertentu seperti bayi berkeadaan tidak normal, doktor akan melakukan beberapa ujian khas. Jika masalah yang dialami oleh anda dan kandungan dapat dikesan pada peringkat awal, kemungkinan anda melahirkan bayi dengan selamat adalah tinggi. UJIAN AFP (PENYARINGAN SERUM) Kebanyakan wanita hamil digalakkan menjalani ujian darah pada minggu 16 untuk mengetahui kemungkinan anda menghadapi risiko melahirkan anak sindrom Down atau kecacatan tiub neural terbuka seperti spina bifida. Bagi…

Pening Kepala, Panas Dan Berpeluh Sim...
Anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti pening kepala atau rasa panas dan berpeluh. Ini adalah perkara biasa. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang tidak hamil mempunyai kira-kira 100ml darah mengalir melalui arteri rahim. Semasa awal kehamilan, aliran darah anda akan meningkat kepada kira-kira 120 ml per minit dan secara beransur-ansur akan meningkat kepada 350 ml per minit apabila semakin dekat dengan tarikh bersalin. Apabila anda berasa pening kepala, anda perlu berbaring dan berehat. Ingat, jangan paksa diri. Mungkin orang…

Gusi Ibu Jadi Sangat Sensitif, Mudah ...
Berat ibu mula bertambah sedikit demi sedikit mengikut pembesaran bayi dalam kandungan. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi. Dalam tempoh ini juga, mungkin orang sekeliling perasan wajah anda kelihatan berseri. Pendapat ini mungkin betul. Untuk menyokong bayi anda, badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah dan meningkatkan aliran darah. Ini boleh menyebabkan darah segera ke kulit…

Pengambilan Makanan Sihat Penting Unt...
Dalam usia kandungan yang masih baru, simptom loya, tak larat, tiada selera makan akan membuatkan anda rasa cepat letih dan kurang bertenaga. Mungkin anda rasa kurang selera tetapi cuba juga untuk makan sikit-sikit ikut waktu makan. Pastikan pengambilan makanan sihat seperti bayam (sumber folat), buah-buahan (sumber vitamin dan serat), dan susu (sumber kalsium) untuk menjaga tubuh anda dalam keadaan baik. Selain menjaga pemakanan, aktiviti riadah santai juga boleh membantu anda untuk kekal bertenaga dan dapat kembali mood positif. Pasangan anda…

Buku Pink Ibarat Kad Pengenalan Ibu Y...
Apabila anda telah menjalani rutin pemeriksaan antenatal, anda akan diberikan buku pink atau buku pemeriksaan kesihatan (jika check up di pihak swasta) yang menandakan anda telah mula melakukan rutin pemeriksaan berkala. Buku tersebut berfungsi untuk mencatat setiap keputusan ujian yang anda jalani. Anda perlu menyimpan buku berkenaan dan pastikannya sentiasa ada di dalam beg tangan atau atau bawa saja ke mana anda pergi. Buku ini penting kerana ia ibarat kad pengenalan untuk anda selama 9 bulan kandungan. Jika sebarang perkara…

Perubahan Hormon Buat Mood Ibu Cepat ...
Hormon memainkan peranan penting sepanjang kehamilan dan kelahiran. Antara hormon yang sering kali dikaitkan dengan wanita hamil ialah ovari (awal kehamilan) dan plasenta yang berkembang di sekitar minggu 12. Hormon-hormon ini membantu ini janin berkembang dan bertanggung jawab kepada perubahan-perubahan yang berlaku kepada payu dara dan tubuh anda. Selain daripada itu, peranan hormon ialah memastikan kelahiran berlaku pada waktu yang sepatutnya. Dalam pada itu, perlu anda ketahui, hormon yang dikenali sebagai human chorionic gonadotrophin (HCG) wujud di dalam tubuh anda…

Saiz Rahim Sebesar Buah Limau Gedang
Jumlah darah yang mengalir dalam tubuh makin meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah limau gedang. Walaupun pakaian materniti mungkin tidak diperlukan, anda mungkin akan berasa tidak selesa dan ketat di bahagian dada. Sebab perut anda lebih besar mungkin disebabkan oleh berat badan yang bertambah sedikit dan perut mula besar. Jika anda keliru antara memakai pakaian biasa atau pakaian ibu mengandung, seluar dan skirt dengan bahan elastik (atau pinggang rendah di…

Beritahu Doktor Jika Rasa Ketidaksele...
Semasa pemeriksaan kesihatan, jika anda rasa ada ada sesuatu yang meragukan beritahu doktor atau jururawat dengan segera. Jangan anggap biasa-biasa kerana ia penting untuk anda dan perkembangan bayi dalam kandungan. Contohnya jika anda rasa terdapat sebarang tanda-tanda kehamilan yang mengganggu anda seperti masih belum ada selera makan atau masalah tidur yang buatkan anda rasa sedikit terganggu. Mendapat tidur yang cukup adalah sangat penting bagi anda dan bayi anda. Doktor boleh membantu mencari penyelesaian dan cara untuk menangani masalah tidur dan…

Pakaian Dah Mula Ketat Dan Tubuh Cepa...
Ibu mula rasa mengah bila berjalan pantas. Malah seluar atau kain anda pun sudah mula ketat. Tubuh anda cepat berpeluh dan rasa berlengas. Pasti anda perasan akan perubahan fizikal yang dialami. Anda tidak perlu risau. Kesemua perubahan yang sedang berlaku dan akan berlaku adalah sesuatu yang normal bagi ibu hamil. Jangan dirisaukan pada perut yang membuncit atau pada payu dara yang membesar. Kebanyakan perubahan yang dialami pasti dapat diatasi dan sepatutnya tidak meninggalkan kesan sampingan yang berpanjangan. Namun yang demikian,…

Bayi Cepat Membesar, Jangan Skip Ambi...
Anda mungkin bertambah berat badan berlebihan pada peringkat awal kehamilan. Ini adalah sebahagiannya kerana anda berfikir yang anda makan untuk dua orang, tetapi sebenarnya janin yang sedang membesar tidak memerlukan sebegitu banyak keperluan pemakanan. Anda juga mungkin mengidamkan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula. Untuk mengawal berat badan anda, anda boleh membuat perancangan makanan. Anda boleh berunding dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nutrien terbaik. Diet anda berkemungkinan besar terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan lemak yang sihat seperti…

Mula Nampak Baby Bump. Tandanya Bayi ...
Masuk minggu ke-12 kandungan, ada ibu yang mula risau dengan pertambahan berat. Jika bimbang tentang berat badan anda, bincanglah dengan doktor. Jika asyik rasa bimbang akan keadaan anda dan bayi ia boleh jejaskan kesihatan. Doktor boleh membantu atau mencadangkan anda. Jika anda tidak bertambah berat badan dengan mencukupi, ini mungkin berbahaya untuk bayi anda. Adalah penting untuk pastikan peningkatan berat badan pada kadar yang stabil untuk membekalkan nutrien yang mencukupi kepada bayi anda. Dalam tempoh ini, baby bump akan mula kelihatan.…

Tekanan Darah Kurang Stabil, Cepat Ra...
Aliran darah yang menghasilkan seri wajah anda juga boleh menyebabkan rasa pening. Hormon kehamilan anda, termasuk progesteron, menyebabkan saluran darah melebar. Ini membolehkan lebih banyak aliran darah mengalirkan nutrien penting untuk bayi anda. Ini boleh menyebabkan tekanan darah anda menurun dan aliran darah kurang ke otak, yang menyebabkan pening. Simptom anda berasa lebih pening akan lebih cepat bila berdiri terlalu lama atau bergerak terlalu cepat. Inilah sebabnya mengapa doktor akan mengesyorkan anda untuk jangan membebankan diri. Satu lagi sebab yang…

Alahan Beransur Hilang, Mula Berseler...
Memasuki trimester kedua adalah fasa yang paling menyeronokkan. Ini kerana bagi ibu yang mempunyai alahan, menjelang minggu ke-13, semua alahan ini hilang sendiri. Ibu dah mula berselera makan. Tempoh ini jangan terlalu mengikut nafsu sebaliknya pilih makanan tinggi protein, zat besi, omega dan DHA yang baik untuk perkembangan otak anak. Ibu juga harus mengelak mengambil makanan berkalori tinggi, berlemak, banyak gula dan garam. Makanan segera dan snek ringan yang tidak bernutrisi seharusnya dielakkan. Jika ingin mengunyah cari kudapan sihat seperti…

Dapat Nasihat Pakar Perubatan Untuk P...
Khidmat nasihat golongan prosfesional penting untuk ibu hamil bagi memastikan rawatan terbaik dapat diberikan secara konsisten. Biasanya rawatan dari pakar perubatan ini melibatkan kes-kes tertentu yang memerlukan pemerhatian menyeluruh sehingga proses bersalin nanti. Antara pakar yang terlibat untuk anda dan bayi seperti: PAKAR PERBIDANAN SAKIT PUAN ATAU O&G Pakar perbidanan merupakan doktor yang mempunyai kepakaran dalam penjagaan wanita sepanjang kehamilan dan sewaktu kelahiran. Jika anda bercadang melahirkan bayi di hospital, perunding kesihatan yang biasa anda temui sewaktu pemeriksaan antenatal berkemungkinan…

Kandungan Makin Besar, Ibu Dah Mula B...
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda rasa teruja melihat perut yang makin membesar. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan. Dalam minggu ini, simptom alahan makin berkurangan. Anda akan mula mendapat lebih banyak tenaga dan berasa lebih aktif seperti diri anda yang dulu. Walaupun anda masih mengalami loya dan keletihan, simptom-simptom ini akan berkurang dalam minggu-minggu seterusnya. Bagaimanapun, ini…

Amalkan Minum Banyak Air Putih Dalam ...
Apabila kandungan semakin besar, ini bermakna ibu hamil sudah boleh ambil apa sahaja jenis makanan kerana selera makan dah ada. Akan tetapi, makanan yang diambil itu perlulah kaya dengan protein, kalsium dan zat besi agar kesihatan mereka dan janin berada dalam keadaan yang baik. Sebaiknya kurangkan pengambilan makanan berproses terlalu kerap serta makanan yang tinggi kandungan gula dan garam. Minum banyak air putih dalam 8 gelas sehari untuk elak dehidrasi dan bagus untuk tubuh. Amalkan minum susu kerana penting untuk…

Bahaya Stres! Dapatkan Rehat Cukup
Biarpun trimester kedua kelihatan begitu relaks buat ibu hamil, anda masih tidak boleh lari daripada hakikat kehamilan sebenar. Oleh yang demikian, pemeriksaan kesihatan secara teratur sangat penting. Bertanyalah doktor jika anda rasa ada yang tak kena pada diri. Contohnya masalah tidur atau apa saja yang berkaitan. Jika ibu tak dapat rehat yang cukup dan sentiasa memikirkan sesuatu masalah, boleh jadi tekanan darah anda tak stabil dan membahayakan diri serta bayi. Rehat yang cukup penting lagi-lagi buat ibu yang bekerja. Stres…

Perubahan Ketara Pada Ibu Terutama Ba...
Pada trimester kedua ini, fizikal ibu hamil akan berada dalam keadaan yang paling sempurna. Jadi, mereka bebas untuk bersenam dan salah satu senaman yang digalakkan ialah senaman kegel kerana senaman ini berfungsi untuk menguatkan otot sekitar punggung. Walaupun fizikal berada dalam keadaan terbaik, emosi ibu hamil kadang kala terganggu. Dan ketika inilah, suami perlu sentiasa ada di sisi untuk redakan tekanan yang dialami. Untuk pengetahuan semua, pada trimester kedua ini, janin dalam kandungan anda akan mengalami tumbesaran yang begitu pesat.…

Selamat Tinggal Morning Sickness!
Rasa tidak selesa yang menghantui diri sejak awal kehamilan kini makin beransur-ansur berkurangan. Waktu ini bolehlah dianggap saat yang paling membahagiakan sebelum fasa kehamilan jadi bertambah sukar apabila kandungan makin besar. Ini ibarat tempoh bertenang untuk ibu dan boleh merehatkan diri sekejap. Masuk sahaja ke trimester kedua, ibu hamil biasanya akan jadi lebih bersemangat. Dah boleh lupakan masalah morning sickness. Bagaimanapun ada juga sesetengah ibu hamil yang masih lagi rasa loya khususnya pada waktu pagi walaupun kandungan sudah pun berusia…

Ibu Hamil Pilih Makanan Sihat Dimasak...
Sebenarnya ketika hamil, banyak makanan perlu anda elakkan. Semua ini adalah demi untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Semasa memilih menu, anda perlulah elakkan diri daripada memilih makanan yang telah diproses seperti makanan dalam tin dan makanan ringan. Hal ini kerana biasanya makanan yang sudah diproses mengandungi gula dan garam yang berlebihan di samping kandungan lemaknya yang tinggi. Selain itu, makanan tersebut selalunya mengandungi bahan pengawet dan perwarna tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan. PILIH MAKANAN PANAS Anda perlu elakkan…

Hadkan Kerja Berisiko. Buat Tugasan B...
Semasa hamil, penjagaan kesihatan dan keselamatan diri sangat penting. Dalam tempoh ini, sedikit kesilapan mungkin akan menyebabkan masalah yang besar. Anda mungkin pernah dengar orang berkata, semasa hamil, hidup kita semakin berisiko. Segala-gala yang dilakukan perlulah dengan berhati-hati. Sebenarnya, dalam menjalani kehidupan seharian, banyak risiko yang terpaksa kita tempoh. Namun, hal ini jarang diambil berat. Cuma, bagi wanita hamil, sesuatu keadaan itu akan jadi lebih berisiko kerana kini mereka bukan seorang diri tetapi turut bersama anak dalam kandungan. Ini termasuklah…

Memandangkan kini anda sudah masuk ke trimester kedua, cuba amalkan tidur mengiring berbanding tidur menelentang. Tidur pada sebelah kiri adalah yang terbaik untuk bayi anda. Anda dah tak boleh tidur ikut keselesaan gaya tidur seperti sebelum mengandung. Posisi ini membantu pengaliran darah dan zat kepada uri. Ia juga membantu buah pinggang anda untuk menyingkirkan sisa buangan dan cecair daripada badan anda. Ini seterusnya membantu mengurangkan bengkak pada buku lali, kaki dan tangan anda (oedema). Sekiranya anda selalu mengalami masalah pedih…

Jangan Pandang Ringan Penjagaan Gigi ...
Masuk minggu ke-15 kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding di awal kehamilan. Selain itu, anda mungkin menyedari gusi anda menjadi lebih sensitif apabila diberus. Ini mungkin tanda masalah gusi yang dipanggil gingivitis. Ia adalah perkara biasa dan biasanya disebabkan oleh hormon kehamilan anda. Penting untuk anda menjaga gigi lebih daripada…

Hamil bukan bererti anda tidak boleh melakukan hubungan kelamin. Malah hubungan ini perlu diteruskan walaupun berbadan dua kerana dipercayai kekerapan melakukannya boleh membantu memudahkan proses kelahiran. Sebenarnya rasa tidak selesa untuk melakukan hubungan kelamin ketika hamil adalah lumrah bagi kebanyakan wanita. Kesemua ini adalah akibat perubahan pelbagai hormon, emosi dan sistem dalam badan ekoran daripada proses kehamilan. Walau bagaimanapun, wanita perlu tahu bahawa hubungan kelamin adalah untuk kenikmatan bersama. Oleh yang demikian, tidak ada pihak yang patut rasa terpaksa ataupun…

Tiada Sejarah Kembar, Peluang Untuk D...
Secara semula jadi, jika anda mempunyai ahli keluarga kembar atau anda sendiri yang lahir kembar mungkin anda boleh mendapat anak kembar. Akan tetapi, faktor ini bukanlah satu-satunya sebab untuk anda hamilkan bayi kembar. Banyak lagi faktor lain yang boleh menjadi penyumbang kepada kehamilan unik ini. Dua faktor utamanya ialah faktor bantuan perubatan moden dan ketentuan Tuhan. Dewasa ini mempunyai bayi kembar terutama lebih daripada dua, bukan lagi merupakan perkara yang aneh. Bayi kembar boleh diperoleh secara normal ataupun melalui bantuan…

Ujian Ultrasound Boleh Kesan Kecacata...
Ketika kandungan berusia sekitar 16 hingga 20 minggu, ultrasound biasanya akan dilakukan. Inilah saat yang paling menyeronokkan bagi si ibu kerana buat pertama kali mereka berpeluang untuk melihat sendiri bayi yang dikandungnya itu. Yang menariknya tentang ujian ultrasound ini ialah anda boleh tahu banyak perkara tentang bayi anda. Antaranya ialah jantina anak. Walau bagaimanapun kadang kala jangkaan ini tidak tepat kerana semuanya bergantung pada posisi bayi ketika itu. Anda juga boleh tahu umur bayi dan jangkaan tarikh bersalin selain daripada…

Bayi Mula Bagi Hint Dengan Gerakan Pe...
Apabila usia kehamilan memasuki 4 bulan atau sekitar 17-20 minggu, biasanya anda akan kembali bertenaga dan sudah mula rasa pergerakan perlahan bayi. Keterujaan dapat rasa pergerakan bayi dalam rahim adalah satu momen yang akan mengembirakan anak. Walaupun ada sesetengah wanita hamil lambat rasa pergerakan ini, anda tak perlu bimbang. Pergerakan janin dalam rahim dipanggil quickening. Setiap ibu mempunyai masa yang berlainan untuk merasakan pergerakan ini. Bagi anda yang pertama kali hamil, pergerakan bayi boleh dirasakan pada usia 5 bulan. Walau…

Susah Cari Pakaian Sesuai? Ini Tip & ...
Soal berpakaian tidak boleh dipandang remeh walaupun ketika hamil. Selain perlu tampil berkeyakinan dan bergaya, keselesaan juga perlu diberi keutamaan. Pakaian yang biasa digunakan sudah tidak lagi sesuai. Kini, hanya pakaian yang besar dan longgar padan dengan anda. Bagi yang bekerja, soal pakaian lebih memeningkan. Setiap pagi, banyak masa dihabiskan semata-mata untuk menentukan pakaian mana yang ingin dipakai. • Pakailah pakaian yang buat anda rasa selesa dan bukan yang menyakitkan. • Janganlah menganggap anda perlu memakai pakaian hamil seawal usia…

Penjagaan Rapi Untuk Kekal Sihat & Be...
Ramai ibu hamil mengalami masalah seperti tidak boleh berdiri terlalu lama mahupun pigmentasi yang lebih teruk berbanding sebelum hamil. Jangan risau, ada cara untuk mengatasinya. 1. Untuk ibu hamil yang mengalami sakit kaki, seboleh-bolehnya elakkan daripada berdiri lama. Jika terpaksa, semasa berdiri gerak-gerakkanlah kaki dan jari-jari kaki agar darah dapat mengalir dengan sempurna tanpa sebarang rintangan. Dan semasa berbaring, tinggikan sedikit kaki daripada kepala. Cara ini dapat melancarkan peredaran darah seterusnya mengurangkan masalah yang dihadapi ini. Untuk pengetahuan anda, berkasut…

Ketahui Simptom Biasa Ibu Hamil, Tapi...
Hampir semua ibu hamil akan mengalami masalah yang sama. Ada yang tidak lagi mempunyai tenaga yang banyak untuk berjalan lebih lama dan lebih jauh dan ada yang mempunyai perubahan pada kulit. Ini simptom biasa yang akan dialami ibu-ibu hamil. Namun, jangan ambil mudah jika gusi berdarah kerana ia mungkin menjejaskan bayi dalam kandungan. 1. Vericose veins adalah masalah biasa bagi ibu hamil. Vericose veins terjadi akibat kegagalan darah yang berada di bahagian kaki untuk kembali ke jantung mengikut kadar biasa.…

Kandungan Semakin Membesar, Perubahan...
Setiap bahagian badan ibu akan mengalami perubahan semasa hamil. Pinggang ramping semakin menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Payudara semakin membesar, kira-kira dua kali ganda daripada biasa. Atas dasar inilah para ibu hamil perlu ambil berat tentangnya. Pastikan payu dara disokong sepenuhnya menggunakan coli yang sesuai. Ketika ini di sekitar puting payudara akan kelihatan beberapa benjolan kecil yang sebenarnya merupakan…

Kerap Terkencing Semasa Batuk, Bersin...
Senaman yang perlu buat ibu hamil ialah senaman lantai pelvik. Untuk pengetahuan anda lantai pelvik merupakan susunan otot-otot yang menyokong usus, pundi kencing dan rahim. Semasa hamil, otot-otot ini menjadi lembut dan mudah regang. Dan ketika itu, bayi anda semakin berat sehingga menekan otot ini ke bawah. Semua ini akan melemahkan otot dan menyebabkan anda rasa berat dan tidak selesa. Akibatnya, anda akan mudah terkencing semasa batuk, bersin atau ketawa. Untuk mengelakkan masalah ini, anda perlulah menguatkan lantai pelvik dengan…

Kerap Lapar, Diet Bagaimana Yang Ibu ...
Pada minggu ke-18 kehamilan, ibu perlu mengawal diet yang diambil. Oleh kerana ibu hamil kerap mengidam makanan tertentu ketika minggu kehamilan ini, cuba elakkan daripada makan terlalu kerap makanan pedas dan berempah. Ini kerana anda berisiko untuk mengalami sakit perut jika terlalu kerap makan makanan pedas kerana sistem penghadaman yang kurang efisien akibat perubahan hormone dalam badan. Elakkan daripada makan terlalu banyak makanan laut terutama yang belum dimasak. Ini kerana ada sesetengah makanan laut mengandungi asid beracun termasuk merkuri yang…

Apa Yang Akan Ibu Alami Pada Trimeste...
Melangkah ke trimester kedua bukan bermakna anda sudah terselamat daripada sebarang perubahan. Ketika ini bermulanya fasa pembesaran sebenar sama ada diri sendiri mahupun bayi dalam kandungan. Semuanya membesar, tanda regangan juga mula kelihatan pada sesetengah wanita. Tahi lalat yang ada mula membesar, pinggang mula melebar dan sesetengah wanita merasakan betapa berbezanya tubuh badannya sejak hamil. Rahim juga mula membesar hingga setinggi pusat anda. Kulit perut yang mengembang mula terasa gatal. Uri biasanya mencapai tempat kekalnya ketika trimester pertama dan rahim…

Kandungan Membesar Sakit Bahagian Pun...
Sakit pada bahagian punggung akan mula dirasai kebanyakan ibu hamil tatkala kehamilan berusia 18 minggu ke atas. Semakin besar kandungan, makin kerap rasanya. Adakalanya kesakitan ini boleh mengundang air mata! PENGEMBANGAN PELVIK Apakah faktor penyebabnya dan bagaimana untuk melegakan rasa sakit ini? Kadar denyutan jantung dan tekanan darah turut meningkat sehingga 30 peratus ketika hamil. Dan ketika itu, sejenis hormon yang dikenali sebagai relaxin mula dikeluarkan untuk membolehkan tulang pelvik mengembang. Atas sebab inilah, senaman perlu diteruskan walaupun anda hamil.…

Wanita Hamil Dengan Masalah Pelvik
Bayi mungkin akan susah untuk dilahirkan jika pelvik seseorang wanita mengandung bermasalah. Bagaimanapun, bukan semua wanita hamil menghadapi masalah pelvik, hanya segelintir sahaja yang mengalaminya iaitu: 1. Ketinggian kurang daripada 145 sentimeter. 2. Mengandung bagi kali kedua dan untuk kandungan pertama ia dilakukan secara pembedahan. 3. Kandungan songsang. PELVIK TIDAK NORMAL. Pelvik berkemungkinan besar mengalami keadaan tidak normal. Antaranya disebabkan oleh: 1. Penyakit pada tulang seperti tubercolosis atau osteomyelitis (jangkitan kuman pada tulang) 2. Trauma iaitu wanita yang mempunyai sejarah…

Bolehkah Ibu Hamil Makan Makanan Berl...
Wanita hamil mesti menjaga pengambilan makanannya sebaik mungkin supaya kesihatannya dan bayi sentiasa optimal. Namun, fasa mengidam mungkin membuatkan ibu teringin makan jenis makanan yang berlemak seperti daging kambing, ikan, pizza, dan sebagainya. Bolehkah ibu makan makanan berlemak waktu hamil? Ibu hamil mesti mengambil pelbagai makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, gandum, protein dan makanan yang mengandungi asid lemak untuk menyokong perkembangan bayinya. Adakah makanan berlemak tidak baik untuk dimakan waktu hamil? Sebenarnya tak salah pun ibu hamil makan…

Bolehkah Ibu Hamil Lakukan Apa Yang D...
Trimester kedua adalah waktu paling stabil ketika hamil. Anda semakin sihat, meskipun masih ada ketidakselesaan yang kecil namun rata-rata wanita hamil rasa bersemangat dan aktif. Jangan berlebihan dalam apa jua perkara kerana anda sedang hamil. Ada aktiviti yang perlu difikirkan beberapa kali sebelum melakukannnya dan ada aktiviti yang perlu dijauhi ketika ini. Beberapa aktiviti yang digalakkan atau tidak digalakkan untuk dilakukan oleh wanita hamil. * Mengangkat barang berat Tidak kira sama ada mengalihkan sebuah kotak, mengangkat beg membeli belah atau…

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Rangsa...
Pada minggu ke-19, berat badan ibu semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan bayi. Saiz perut ibu yang semakin membesar juga boleh menyebabkan mudah rasa pedih ulu hati. Ibu juga akan mula merasa tendangan pertama bayi dalam perut. Jangan terkejut kerana lama-kelamaan ibu akan seronok merasai nikmat tendangan dan pergerakan si kecil.…

Rahim ibu adalah persekitaran paling penting untuk merangsang perkembangan bayi. Aktiviti tidak pernah berhenti dan bayi anda tidak pernah terasing. Sentuhan, rasa, bau, dengar dan lihat, dan semua pengalaman kehidupan seorang manusia bermula dari dalam rahim. 1. Sentuhan dalam rahim Menurut kajian, sensitiviti sentuhan jelas kelihatan sebelum lapan minggu usia kehamilan. Mencecah 17 minggu, semua bahagian abdomen dan punggung semakin sensitif. Kulit fetus sangat mengagumkan, mengandungi beratus sel yang sangat sensitif pada kepanasan, sejuk, tekanan dan kesakitan. 2. Rasa dan…

Bolehkah Ibu Hamil Makan Sayur-Sayura...
Sayur-sayuran mengandungi serat, vitamin, dan mineral yang penting untuk kesihatan ibu sekaligus menyokong pertumbuhan bayi dalam rahim. Itulah sebabnya ibu hamil tidak boleh kekurangan pengambilan sayur-sayuran waktu hamil. Terdapat banyak cara untuk mengolah cara masakan sayur-sayuran. Anda boleh menikmatinya dengan cara tumis, rebus, dibuat sup atau dipanggang. Selain membuatkan tekstur sayur lebih empuk, memasak sayuran juga boleh mengubah kandungan tertentu di dalamnya sehingga menjadi lebih mudah dihadam. Namun, bagaimanakah dengan sayur mentah? Bolehkah ibu hamil makan sayur mentah? Selain menjaga…

Carta Kiraan Pergerakan Bayi Dalam Ka...
Kebanyakan bakal ibu tidak mengalami pergerakan janiin sehingga minggu ke-18 atau 20. Tetapi bagi ibu yang telah mempunyai anak, mereka akan lebih peka dan mungkin sudah mengesannya pada minggu ke-16. Ada pelbagai tanggapan tentang cara bayi bergerak seperti sentakan, denyutan atau tendangan yang tibatiba daripada beberapa bahagian. Jika yang anda alami itu berlaku selama dua atau tiga hari berturut-turut di bahagian yang sama, mungkin itu memang pergerakan janin. Setelah mengalami pergerakan pertama janin, anda lebih peka untuk mengalami pergerakan seterusnya…

Kawal Kuantiti Makanan Dapat Mengelak...
Apa yang akan anda alami pada minggu ke-20? Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Berat badan ibu mungkin naik dalam setengah kilo seminggu. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing. Masalah ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid…

Trimester Kedua, Makanan Yang Mama Wa...
Ibu hamil mesti mendapat khasiat makanan yang cukup pada trimester kedua seperti berikut. 1. Vitamin D Vitamin D diperlukan ibu pada kehamilan trimester kedua untuk membantu membentuk tulang dan gigi bayi yang sedang membesar. Keperluan vitamin D yang disarankan sepanjang kehamilan trimester kedua adalah 15 mcg sehari. Sebenarnya badan dapat menhasilkan vitamin D sendiri dari sinaran matahari. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan anda untuk berjemur di bawah sinaran matahari sekurang-kurangnya 5 hingga 15 minit untuk dua hingga tiga kali seminggu…

Persiapan Menyusukan Bayi- Apa Yang M...
Meskipun masih beberapa bulan sebelum anda bersalin, payudara sudah mula menghasilkan susu ibu. Seawal minggu ke-21 mungkin saluran susu pada payudara tersumbat dan menimbulkan gejala berupa benjolan keras, kemerahan, dan lembut ketika dada disentuh. Jangan risau kerana ia perkara normal yang berlaku di awal kehamilan terutama apabila usia kandungan sudah masuk enam bulan dan selepas kehamilan berakhir. Gunakan tuala hangat dan urut lembut payudara untuk melancarkan saluran susu. Pakar perubatan menyarankan ibu hamil mengelakkan daripada memakai bra berdawai bagi mengurangkan…

Pedih Ulu Hati, Insomnia, Ruam Dan Be...
Rasa sakit dan tidak selesa ketika hamil adalah perkara biasa. Semua itu terjadi akibat perubahan hormone. Tetapi ibu perlulah ambil berat terhadap beberapa simptomnya. Masuk sahaja minggu 21 kehamilan, ibu-ibu mula berhadapan dengan beberapa masalah kesihatan. Antara yang sering mengganggu ialah masalah pedih ulu hati, insomnia, ruam, bengkak-bengkak pada bahagian tertentu badan dan keletihan. PEDIH ULU HATI : Ibu hamil yang berhadapan dengan masalah pedih ulu hati akan rasa sakit kuat pada bahagian tengah dada. Masalah ini semakin kerap…

Masalah Kesihatan Yang Bakal Ibu Akan...
Masuk sahaja minggu ke-21 kehamilan, ibu-ibu mula berhadapan dengan beberapa masalah kesihatan. Antara yang sering mengganggu ialah masalah pedih ulu hati, insomnia, ruam, bengkak-bengkak pada bahagian tertentu badan dan keletihan. Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan…

Tiada Selera Ketika Hamil? Boleh Amal...
Ada sesetengah ibu hamil mempunyai masalah tiada selera makan. Sudah tentu ia tidak boleh dibiarkan kerana nutrisi makanan ibu penting untuk membekalkan khasiat kepada bayi dalam kandungan untuk membesar. Biasanya masalah tiada selera makan dihadapi oleh ibu yang mengalami mual dan muntah teruk pada trimester awal kehamilan akibat perubahan hormon dalam badan. Sekiranya ada yang berhadapan masalah ini anda boleh pilih jenis makanan berikut yang tetap dapat membekalkan tenaga dan khasiat kepada diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Yogurt Buah-buahan…

Kenapa Tidur Mengiring Baik Untuk Ibu...
Kedudukan tidur sepanjang hamil juga memberi kesan pada kesihatan bakal ibu. Tidur meniarap , terlentang atau mengiring ke kanan dikatakan kurang bagus untuk ibu hamil. Ramai pakar perubatan menyarankan mereka tidur mengiring ke sebelah kiri. Tidur mengiring ke sebelah kanan boleh menekan pembuluh vena cava inferior (IVC) yang berada di sebelah kanan tulang belakang. Pembuluh vena cava inferior bertanggung jawab untuk mengalirkan darah dari kaki kembali ke jantung. IVC yang tertekan membuat darah tidak boleh mengalir lancar sehingga…

Rehat Penting Untuk Ibu Hamil. Jom Te...
Tenang ketika berhadapan dengan masalah sangat penting. Oleh itu, lengkapkan diri dengan ilmu merehatkan badan. KETIKA hamil sangat penting untuk seseorang ibu itu sentiasa rasa tenang sama ada pada mental mahupun fizikal. Mengetahui cara untuk bertenang ada banyak kebaikannya terutama semasa berhadapan dengan proses kelahiran. REHAT UNTUK FIZIKAL Mulakan dengan membuatkan diri rasa selesa dan pastikan seluruh tubuh anda turut serta rasai keselesaan itu. Kemudian tumpukan perhatian anda pada satu-satu bahagian badan. Bermula dengan ibu jari kaki hinggalah…

Manfaat Jalan Kaki Semasa Hamil. Sala...
Rajin jalan kaki ketika hamil bukan hanya membantu mengekalkan kecergasan tetapi juga bagus untuk bayi dalam kandungan. 1.Mengurangkan masalah varicose vein Varicose vein muncul di bahagian kaki menyebabkan rasa sengal dan pedih terutama apabila sepanjang hari tersebut ibu melakukan banyak aktiviti atau berdiri terlalu lama. Rutin berjalan kaki sepanjang kehamilan membantu mengurangkan masalah pembengkakan yang terjadi akibat varicose vein, sehingga tidak kelihatan lagi pembuluh darah vena yang menonjol di kawasan betis. 2.Melancarkan penghadaman Jalan kaki termasuk senaman kardio yang…

Bahaya Preeklampsia Bagi Ibu Hamil Da...
Preeklampsia adalah keadaan yang berlaku pada kehamilan yang masuk minggu ke-20. Keadaan ini dikesan dengan dengan tingginya bacaan tekanan darah walaupun ibu hamil tersebut tidak mempunyai sejarah hipertensi. Preeklampsia adalah salah satu daripada punca kematian utama para ibu di negara-negara membangun. Ia turut memberi kesan pada perkembangan bayi dalam kandungan. Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi waktu hamil berisiko lebih tinggi untuk mengalami komplikasi kehamilan, kelahiran, dan ketika dalam pantang. Kesan praeklampsia juga mempengaruhi fungsi buah pinggang ibu. Selain itu,…

5 Tanda Preeklampsia Pada Ibu Hamil
Berikut antara tanda preeklampsia pada ibu hamil yang perlu diperhatikan: 1.Tekanan darah tinggi Tanda preeklampsia ini biasanya paling umum dan mudah dikesan. Keadaan ini dikesan dengan bacaan tekanan darah mencecah 140/90 bahkan lebih. Jika keadaan ini terjadi di minggu ke-20 kehamilan dan ibu tiada sejarah darah tinggi, maka kena buat pemeriksaan lanjut. 2.Adanya protein di dalam air kencing Proteinuria atau kewujudan protein di dalam air kencing juga biasanya menunjukkan keadaan preeklampsia. Ini kerana, preeklampsia boleh merosakkan buah pinggang yang berfungsi…

Mula Merasai Kehadiran Si Manja
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat. Ibu juga semakin kerap buang air kecil kerana rahim berada betul-betul di atas pundi kencing. Ada ibu hamil juga mungkin mengalami masalah gusi atau hidung berdarah. Untuk mengelakkannya pastikan ibu amalkan kebersihan yang betul ini disebabkan hormone ibu semakin aktif, gusi akan…

Betul Ke Demam Tinggi Membahayakan Bayi?
Demam ketika hamil mungkin hanyalah masalah biasa tetapi tidak boleh diremahkan apatah lagi jika ibu hamil mengalami demam tinggi. Bukan sebarangan ubat boleh dimakan ibu hamil. Apakah demam tinggi ketika hamil membahayakan bayi dalam kandungan? Demam ringan di bawah 38 darjah Celcius umumnya tidak menimbulkan kebimbangan dan biasanya tidak akan memberi kesan pada kehamilan. Namun, demam yang lebih tinggi dari itu boleh menjadi serius. Ibu mungkin akan merasa tidak selesa ketika demam, suhu badan tinggi, berpeluh, kadangkala menggigil, sakit kepala,…

Sukar Tidur Semasa Hamil? Ibu Hamil B...
Ramai ibu hamil kerap mengalami masalah sukar tidur dan ada yang perlu mengambil ubat. Bagaimanapun ia tidak disarankan kerana berpotensi meningkatkan risiko bahaya pada bayi. Sebaiknya cuba cara berikut untuk membantu meningkatkan kualiti tidur sepanjang hamil. 1.Jalani Rutin Tidur Yang Baik Cubalah rancang waktu tidur anda, dimulakan dengan membiasakan diri tidur pada waktu yang sama. Ibu boleh melakukan aktiviti lain yang dapat mencetuskan rasa mengantuk, misalnya mandi air hangat atau menikmati wangi aromaterapi. Ini dapat membantu anda meningkatkan kualiti…

Apa Itu Braxton Hicks? Jom Tengok!
Pada minggu ke-24 minggu ini, rahim ibu mungkin sudah mula berlatih kontraksi untuk melahirkan bayi. Kontraksi-kontraksi kecil akan mulai muncul kerana ‘melatih’ rahim supaya boleh memudahkan bayi keluar. Kontraksi ini disebut Braxton Hicks. Kontraksi tanpa rasa sakit ini umumnya akan terasa di bahagian atas rahim atau perut bahagian bawah dan pangkal paha. Kontraksi Braxton Hicks juga dikenali sebagai kontraksi palsu kerana sangat berbeza dengan kontraksi melahirkan yang sebenarnya. Kontraksi Braxton Hicks terjadi pada waktu yang sangat panjang dan sela masa…

Berat Badan Naik, Perubahan Besar Unt...
Berat badan ibu akan bertambah sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai dan selesa. Secara puratanya berat badan ibu akan naik antara tujuh ke lapan kilogram secara keseluruhan dengan purata berat badan asal. Tanda regangan atau stretch mark akan semakin jelas kelihatan pada perut dan payudara. Selain itu garis gelap yang dipanggil linea nigra antara pusat hingga kemaluan…

Bayi Makin Aktif Belajar Bernafas, Ib...
Pada minggu ke 25 juga bayi semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Malah pergerakkannya di dalam perut juga semakin bertambah aktif. Ketika ini ibu perbanyakkanlah bercakap dengan bayi. Hati semakin terasa gembira dan tenang bila dapat berkomunikasi dengan bayi. Teruskan. Bukan itu sahaja malah sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulangnya juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi…

Wajah Ibu Makin Berseri-Seri Di Mingg...
Perjalanan ibu hamil menjadi semakin indah bila memasuki usia 25 minggu. Ketika ini banyak perubahan yang bakal berlaku pada diri anda. Emosi makin stabil kerana perjalanan darah yang semakin lancar. Bukan itu sahaja, paling menarik pada minggu ini anda juga kelihatan lebih berseri-seri dari biasa. Muka semakin bercahaya malah kulit muka juga tidak mengalami sebarang masalah. Cantik sempurna. Semuanya kerana adanya peningkatan dalam peredaran darah di bawah kulit bakal ibu. Darah berjalan lebih lancar ke seluruh tubuh. Proses kerap ke…

Bersedia Proses Menyusukan Bayi, Inga...
Pada minggu ke 25, selain set minda untuk proses menyusu yang bakal berlangsung tidak lama lagi, bakal ibu juga sentiasa beringat bahawa susu yang bakal dikeluarkan sebenarnya mencukupi untuk bayi kita. Jangan stress bila susu tidak banyak. Bimbang susu tidak mencukupi buat bayi kita. Adakah cukup untuk menampung keperluan bayi ataupun tidak? Ketahuilah bahawa dengan pengurusan laktasi yang baik, pengeluaran susu ibu cukup untuk menampung keperluan bayi sehingga mereka berusia enam bulan. Oleh sebab itulah, WHO (Badan Kesihatan Dunia) dan…

Mula Set Minda Untuk Menyusu Bayi, Ma...
Pengalaman menyusukan si kecil buat pertama kalinya adalah detik pengalaman terindah dalam hidup ibu. Jadi awal-awal bakal ibu harus tetapkan pada minda untuk menyusukan anak. Sentiasa berfikiran positif untuk menempuh harinya. Menurut Journal Of The American Medical Association (Jama), bayi yang minum susu ibu akan memiliki IQ lebih tinggi berbanding bayi lain. Inilah masa yang sesuai untuk anda mula fikirkan tentang kaedah penyusuan buat bayi yang bakal lahir. Sama ada anda akan memberi anak minum susu badan ataupun formula, terpulanglah.…

Pilih Posisi Tepat Ketika Berbaring, ...
Minggu ke 26 dirasakan semakin mencabar dengan saiz perut yang semakin berat dan membesar. Bukan hanya saiz perut bahkan waktu tidur anda semakin terganggu malah tidak nyenyak. Pergerakan bayi yang cukup aktif di dalam perut membuatkan anda semakin tidak selesa untuk tidur tanpa diganggu. Malah ketika berbaring, anda semakin sukar untuk mengalihkan posisi. Anda sentiasa tercari-cari mana posisi yang paling selesa dan tepat tanpa sentiasa memikirkan bayi di dalam perut. Berbaring dalam posisi menelentang menjadi semakin sukar dan menegang. Anda…

Belajar Teknik Bersalin Dan Pernafasa...
Memasuki minggu ke 26, semakin banyak persediaan yang ibu perlu lakukan. Selain menyediakan mental dan fizikal, mempersiapkan diri dengan menambah ilmu pengetahuan mengenai kelahiran amatlah disarankan. Bersedia untuk berhadapan dengan proses kelahiran adalah perlu terutamanya bagi yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Salah satunyalah dengan mengikuti kelas antenatal yang sememangnya baik untuk menambah pelbagai ilmu mengenai selok belok kelahiran bayi. Inilah waktu yang sesuai untuk anda dan suami mulakan kelas keibubapaan. Kelas antenatal ini biasanya dijalankan di kebanyakan hospital…

Payudara Makin Kencang, Sedia Hasilka...
Perut anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai amatlah penting. Pilihlah saiz pakaian dalam yang lebih besar saiznya daripada biasa. Berikan keselesaan yang maksimum kepada anda untuk bergerak dengan bebas. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan…

Pilih Bersalin Di Mana? Anda Tentukan...
Sebelum bersalin, anda perlu memilih lokasi di mana anda mahu bersalin. Anda boleh memilih sama ada untuk bersalin di hospital kerajaan atau hospital swasta. Pilih seseorang yang boleh menemani anda ketika berada di dalam bilik bersalin. Mungkin suami, ibu, adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda rasakan senang dan mampu membantu dan menemani di saat anda perlukan. Anda boleh membuat pilihan kaedah bersalin. Pilihan ini bergantung kehendak dan kemampuan anda. Antara pilihan yang diberikan adalah kelahiran secara normal, pembedahan atau…

Kawal Makanan Bergula & Garam, Elak R...
Ketika memasuki trimester ketiga, banyak kemungkinan berlaku. Pertama anak mungkin dilahirkan ketika masih belum cukup bulan. Kedua, anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kencing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu: 1. Kawal makanan bergula, garam dan berkarbohidrat tinggi. Makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan pengambilan protein dan serat khususnya sayur-sayuran hijau. Diet yang betul ini dapat…

Sedia Keluarkan Kolostrum, Payudara M...
Pada minggu ke 28 kandungan, payudara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada pakaian dalam bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan. Bukan itu sahaja, bayi anda juga semakin membesar dengan baik. Malah bayi anda juga sudah cukup…

Plasenta Tidak Normal Undang Bahaya P...
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya. Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada ibu iaitu: #1: Uri melekat (retained placenta) Tanda dan risiko: a. Ketiadaan tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu. b. Pengalaman lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat. c. Pernah menjalani pembedahan Ceasarean sebelum ini. d. Pernah menjalani D&C. e.…

Plasenta Tertinggal? Ada Perkara Baka...
Plasenta yang tertinggal sememangnya amat merbahaya kepada ibu. Dapatkan informasi dan kenal pasti tanda-tanda masalah placenta atau uri yang masih tertinggal di dalam rahim. Tanda-Tanda Plasenta Sudah Lekang 1. Berlaku pendarahan secara tiba-tiba tetapi sekejap. 2. Tali pusat bayi semakin panjang. 3. Ibu akan berasa seperti kontraksi sekali lagi. 4. Bonjolan rahim/batu meriyam akan ketara. Apabila doktor mendapat tanda-tanda tersebut telah ada ia akan bertindak mengeluarkan plasenta dengan segera. Bersalin secara pembedahan Ceasarean – Doktor akan menggunakan cara MRP (Manual…

Placenta Bekalkan Nutrien, Turut Salu...
Plasenta atau uri merupakan unit penting yang menghubungkan sistem ibu dengan bayi di dalam kandungan. Dalam perubatan pula ia lebih dikenali sebagai Feto Placenta Unit. Plasenta terbentuk daripada proses persenyawaan yang berlaku pada telur dan sperma. Sebahagiannya membentuk janin dan sebahagian lagi membentuk unit plasenta. Ia bertanggungjawab membekalkan nutrien penting bagi bayi, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen – karbon dioksida, vitamin, glukosa dalam darah dan hormon-hormon yang diperlukan oleh bayi semasa dalam kandungan. Plasenta boleh menyalurkan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh…

Perut Mengeras Di Minggu Ke 29, Bayi ...
Pada minggu ke 29 ini, anda akan berasa pergerakan bayi yang lebih kerap dan aktif di dalam kandungan. Perut juga akan terasa mengeras dan meregang. Bayi juga akan mula mengeraskan badannya sekali sekala. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring. Jaga pemakanan dengan menu dan diet yang sihat dan lengkap nutrisinya supaya mampu membekalkan nutrisi yang sebaiknya kepada bayi di dalam kandungan. Biarkan bayi aktif dengan pemakanan yang tepat. Bayi anda di dalam kandungan juga…

Risiko Kencing Manis & Darah Tinggi D...
Satu hal yang cukup ditakuti adalah masalah kencing manis dan darah tinggi dihujung kehamilan. Kencing manis misalnya akan memudaratkan saiz dan kesihatan bayi di dalam kandungan. Manakala darah tinggi pula mengancam nyawa ibu hamil. Hati-hati. Ada perkara bakal ibu harus tahu mengenai dua perkara ini. Kencing manis (diabetes) Adalah penyakit biasa yang dihidapi oleh ibu hamil walaupun mereka sihat sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone meningkat dengan begitu tinggi sehingga kandungan gula dalam…

3 Masalah Pada Uri, Jangan Pandang Ri...
Salah satu risiko kehamilan dan masalah yang membahayakan ibu hamil adalah berkaitan masalah uri. Uri di bawah, terkeluar dan sebagainya amat merbahayakan ibu. Kenal pasti tiga masalah uri ini. Risiko bayi dilahirkan secara pembedahan adalah sangat tinggi. Masalah kedudukan plasenta atau uri (placenta praevia) Kadangkala berlaku kepada ibu hamil yang sudah mempunyai beberapa orang anak. Kedudukan uri berada di bawah selari dengan pintu rahim dan ia boleh menghalang proses kelahiran bayi. Apabila janin bergerak, uri akan tertekan dan menyebabkan kesakitan.…

Alami Anemia & Jangkitan Buah Pinggan...
Sekiranya anda didapati mengalami beberapa masalah kesihatan, anda perlu mendapatkan penjagaan khas. Jika masalah ini berlarutan sehingga usia kandungan memasuki minggu ke 40, anda mungkin mengalami komplikasi ketika bersalin. Jika anda disahkan mempunyai masalah, jangan terlalu risau kerana doktor akan membuat pemerhatian dan pemeriksaan yang kerap sepanjang kehamilan sehingga anda bersalin. Ujian imbasan atau ultrabunyi mungkin akan dibuat berulang kali untuk melihat keadaan kesihatan, kedudukan dan pergerakan bayi dalam perut. Turut diperhatikan pada waktu ini adalah kedudukan uri sama ada…

Bantu Tidur Lebih Nyenyak, 4 Tip Buat...
Diam tak diam anda sudahpun memasuki minggu ke 30 dengan jayanya. Bagi bakal ibu yang mengalami pelbagai masalah seperti sembelit dan sebagainya, ada baiknya anda gandakan aktiviti di siang hari supaya membantu proses pembuangan dengan jayanya. Pada minggu ke 30 juga, anda akan cepat merasa letih kerana keadaan perut yang semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan mudah merasa lelah. Kawal jalan yang lebih tepat. Jalan perlahan tidak mengapa, asalkan anda tidak cepat keletihan sepanjang hari. Dalam minggu-minggu ini,…

Tekanan Pada Perut Makin Kuat, Atasi ...
Sakit belakang khususnya pada bahagian pinggang adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada ibu hamil yang memasuki trimester ke tiga kehamilan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligamen atau otot yang mengikat tulang dan sendi. Ia turut terjadi akibat posisi yang kurang baik akibat perut yang semakin membesar. Biasanya, sakit ini tidak ada ubatnya. Dan masalah ini akan berakhir selepas bersalin. Panduan Kurangkan Sakit Belakang a. Jangan berdiri terlalu lama. Jika anda tidak dapat mengelakkan perkara ini, pastikan anda mempunyai masa…

Elak Naik Pesawat Di Hujung Kehamilan...
Memilih untuk travel dengan menaiki kapal terbang di saat akhir kehamilan bukanlah satu tindakan yang wajar dilakukan. Ketika kandungan memasuki minggu ke 30, anda tidak digalakkan berjalan jauh terutama jika perjalanan itu mengambil masa berjam-jam untuk sampai. Malah penerbangan yang panjang dan terlalu lama juga boleh memudaratkan ibu hamil. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, maka sebaik-baiknya anda membuat perancangan dan memulakan perjalanan pada trimester kedua sahaja berbanding dihujung kehamilan. Menaiki pesawat ke destinasi pilihan ketika usia kandungan melebihi…

Travel Di Hujung Kehamilan, Pilih Per...
Ketika kandungan memasuki minggu ke 30, anda tidak digalakkan berjalan jauh terutama jika perjalanan itu mengambil masa berjam-jam untuk sampai dan jalan yang digunakan tidak rata. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, maka sebaik-baiknya anda membuat perancangan untuk memulakan perjalanan. Banyak perkara yang perlu disediakan sebelum memulakan perjalanan anda. Namun sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda meneliti beberapa perkara seperti di bawah: Guna Kereta 1. Perjalanan menggunakan kereta adalah yang terbaik untuk anda kerana anda boleh berhenti di mana saja…

Bayi Lengkap Sempurna Pada Minggu Ke ...
Pada minggu ke 31 ini juga keadaan fizikal bayi anda juga lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula merasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Dan inilah yang membuatkan ibu semakin merasa tidak selesa dengan pergerakkannya yang kerap dan aktif. Berat bayi anda kini sudah pun menjangkau 1.4…

Cara Rehatkan Diri Paling Berkesan, T...
Jangan biarkan rasa tidak selesa ini mengganggu perjalanan kehamilan anda yang indah. Cuba sebaiknya untuk mengawal rasa tidak selesa ini dengan cara yang tepat. Keadaan tidak selesa ini boleh dikawal dengan merehatkan diri dengan banyak dan tepat. Mungkin sebahagian pilihan ini boleh anda ikuti untuk mendapatkan waktu rehat yang sebaiknya. Cara Rehatkan Diri 1. Mengendurkan badan Kendurkan badan dengan cara berbaring menggunakan beberapa biji bantal yang diletakkan di belakang sebagai menyokong tubuh dan perut. Letak juga bantal di bahagian bawah…

Gangguan Braxton Hicks, Awas Jangan T...
Minggu ke 31 membuatkan kehidupan anda semakin tidak selesa. Banyak gangguan dan rasa tidak selesa berlaku. Selain penat melampau, tidur yang terganggu dan payudara yang semakin menegang, kontraksi awal juga menjadi gangguan dan tanda tanya buat anda. Braxton Hicks Jangan sangka tidak akan berlaku kontraksi walaupun tarikh jangkaan bersalin 9 minggu lagi. Hal ini kerana, trimester ke tiga, anda sudah boleh merasa kontraksi awal (tidak terlalu sakit) secara beransur-ansur. Keadaan ini dinamakan sebagai kontraksi Braxton Hicks yang mana kontraksi berlaku…

Tubuh Makin Penat & Tidak Selesa, Pay...
Memasuki minggu ke 31 menjadikan anda semakin tidak selesa. Semakin membesar bayi dalam perut, rasa kurang selesa mulai bertambah. Bukan itu sahaja, hormon anda juga mungkin akan berubah. Pada minggu-minggu ini, antara rasa tidak selesa yang bakal anda alami adalah seperti berikut: 1. Bayi pada usia kandungan 31 minggu sudah semakin membesar. Bentuk sebegini akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas kerana bayi mulai menghimpit jantung dan paru-paru. Begitu juga pada buah pinggang dan pangkal rahim. Setiap pergerakan bayi sama ada…

Nikmati Hujung Kehamilan Dengan Gembi...
Masuk sahaja minggu ke 32 ini anda boleh menetapkan minda anda untuk bersalin pada tempoh waktu terdekat. Usia lapan bulan kehamilan adalah waktu yang cukup mendebarkan ibu hamil. Jika anda bekerja, mulakan cuti yang agak panjang sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. Elakkan bekerja lebih masa atau kerja keras di hujung minggu. Set kan minda anda untuk berehat sebanyak mungkin sebelum menghadapi bulan terakhir kehamilan. Tip santai yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:…

Posisi Bersalin, Anda Pilih Yang Mana?
Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di Malaysia, ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas. Namun terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi, sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut. 1. Duduk tegak Posisi ini adalah posisi popular di kalangan ibu hamil. Ia mudah. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan…

Bantu Diri Sendiri Ketika Kontraksi, ...
Persediaan menghadapi kontraksi memerlukan informasi yang lebih saat berdepan dengannya. Teknik pernafasan yang tepat antara yang disarankan saat berdepan dengan masalah kontraksi. Apa bakal ibu boleh lakukan adalah: 1. Terus bergerak ketika alami kontraksi. Selain dapat mengendalikan kesakitan dengan baik, cara ini dapat mengurangkan rasa gemuruh menanti kelahiran kelak. 2. Cuba berdiri setegak mungkin supaya kepala bayi berada tetap di atas serviks. Keadaan ini menjadikan kontraksi lebih kuat dan berkesan. 3. Tumpuan perlu juga diberikan kepada cara pernafasan. Caranya adalah…

Redakan Kontraksi Dengan Posisi Tepat...
Memasuki minggu ke 32, anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin. Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung. Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin. Tidak akan timbul masalah “tak tahu,” dan “tak bersedia.” Yang penting, persediaan awal ini boleh mengurangkan rasa gementar bila berada di bilik bersalin. Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari dan lebih. Oleh…

Rehat Secukupnya, Banyakkan Mendengar...
Apabila kandungan anda sudah mencapai 33 minggu, kurangkan aktiviti bersenam dan tidurlah secukupnya supaya badan bertenaga. Tidak ada salahnya jika anda mahu melakukan aktiviti fizikal, tetapi elakkan mengangkat bebanan yang berat. Pastikan tubuh sentiasa dehidrasi. Minumlah air sebanyak lapan ke sepuluh gelas setiap hari. Pada ketika ini, anda akan kerap berasa lapar. Makanlah secara kerap, tetapi jangan berlebihan supaya anda tidak berasa sesak nafas. Normal jika anda selalu merasa risau kerana mental sedang bersedia untuk memberi isyarat kepada tubuh bahawa…

Hormon Tak Stabil, Mungkin Ibu Kerap ...
Sepanjang kehamilan, bukan sahaja berlaku perubahan pada fizikal ibu hamil. Sebaliknya, keseluruhan kehidupan ibu hamil berubah termasuk emosinya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh. Perubahan tersebut membuatkan emosi ibu kadangkala terganggu. Ada masanya ibu berasa gembira, tenang dan bahagia. Tetapi, ada juga ketikanya ibu akan berasa sedih dan mengalami tekanan perasaan tanpa diketahui puncanya. Perasaan ini timbul kerana ibu hamil tidak boleh menerima atau memahami perubahan-perubahan yang berlaku. Misalnya, kebanyakan ibu hamil terkejut dengan perubahan fizikal mereka.…

Kuku Mungkin Jadi Rapuh, Perut Selalu...
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah. Anda juga lebih cenderung untuk merasa panas pada waktu ini. Bersabarlah sekiranya anda sukar untuk tidur bahkan ada masanya anda akan mengalami kekejangan kaki. Pedih ulu hati juga akan menjadi perkara biasa pada usia kandungan ini. Pun begitu, anda pasti seronok kerana pada ketika ini anda sudah…

Kena Banyak Minum Air Kosong Elak Dah...
Banyakkan berehat dan lakukan aktiviti yang anda minati pada ketika ini. Jika anda suka bersenam, buatlah mengikut kemampuan tubuh. Banyakkan pengambilan air kosong pada waktu siang bagi mengelakkan rasa haus ketika lewat malam. Sekiranya ada mengalami bintik-bintik merah pada peha, punggung dan perut, anda mungkin mengalami Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy (PUPPP). Banyak ibu hamil mengalami keadaan ini tetapi ia tidak merbahaya. Jika anda merasa tidak selesa, segeralah berjumpa doktor.

Pandangan Jadi Kabur, Tapi Bukan Masa...
Penglihatan mulai kabur kerana gangguan hormon. Penghasilan air mata yang semakin menurun akan menyebabkan iritasi pada mata serta ia menjadi kering terutamanya jika anda mengenakan kanta lekap. Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah rabun, mungkin anda akan merasa lebih selesa untuk memakai cermin mata dari kanta lekap. Seorang wanita yang tidak rabun ketika hamil (pada usia kandungan ini), berpotensi untuk mengalami masalah rabun dekat ataupun jauh. Masalah kabur penglihatan ini bukanlah sesuatu yang serius. Biasanya akan hilang selepas proses…

Rezeki Hamil Di Lewat Usia, Apakah Ri...
Sekiranya anda hamil ketika usia menjangkau 35 tahun ke atas, anda boleh digolongkan sebagai ibu hamil berisiko. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Oleh yang demikian, ujian dan pengawasan khusus perlu dilakukan sepanjang kehamilan. Salah satu ujian yang wajib ibu ambil adalah ujian amniocentesis. Ujian ini adalah untuk mengesan sebarang masalah atau kemungkinan berkaitan kelainan kromosom yang boleh berlaku pada janin. Proses amniocentesis melibatkan pengambilan sedikit contoh air ketuban dengan menggunakan jarum yang ditusuk pada perut ibu. Biasanya, ujian ini dilakukan pada…

Sudah Mula Rasai Kontraksi, Tapi Hany...
Ketika usia kandungan ini, anda mungkin akan mengalami kontraksi Braxton Hicks. Ketika mengalaminya, anda mungkin akan merasa ketat pada bahagian atas rahim kerana uterus mengetat dalam tempoh dua minit. Kontraksi ini boleh jadi menyakitkan ataupun sekadar ‘manja-manja’ dan masih boleh anda tahan lagi. Tidak seperti kontraksi sebenar, rasa sakitnya akan bertambah. Braxton Hicks pula hanya datang sesekali tanpa diduga. Ia boleh tercetus kerana dehidrasi, ibu yang aktif atau aktiviti seks. Minum banyak air kosong dan berubah posisi mungkin boleh…

Jadi Pelupa Dan Asyik Sakit Kepala, I...
Pastikan anda berada di ruangan yang selesa dan luas. Pada usia kandungan begini, anda akan sering diserang sakit kepala. Bukan masalah besar, tetapi mungkin anda akan mengalami masalah sering terlupa. Sebelum melahirkan, anda mungkin akan banyak terlupa. Memandangkan tubuh sudah bersedia untuk melahirkan, anda mungkin akan mengalami kontraksi Braxton Hicks. Perut terasa mengeras dan menimbulkan rasa kurang selesa. Semasa menggosok gigi, anda mungkin akan mendapati gusi anda berdarah. Untuk menguatkan gusi, amalkan pengambilan sumber vitamin C. Minum banyak air kosong…

Normal Jika Asyik 'Terkucil', Kepala ...
Bukan semata-mata kerana hormon, tetapi posisi kepala bayi yang sudah masuk ke laluan untuk bersalin. Kelahiran yang semakin hampir dan kedudukan kepala bayi yang semakin menghimpit pintu rahim menyebabkan anda kurang kawalan terhadap pundi kencing. Ketika anda terbatuk, terbersin mahupun ketawa, ia mungkin boleh menyebabkan anda ‘terkucil’. Untuk mengatasi masalah ini, amalkan senaman kegel. Ia dapat membantu untuk menguatkan otot-otot pelvik dan mengatasi masalah terkencing. Disarankan pada waktu ini untuk anda pakai panty liner.

Buat 'Checklist' Barang Untuk Ke Hosp...
PERSEDIAAN SAMBUT KELAHIRAN Bertenanglah! Anda sekarang sudah berada di penghujung jalan. Bila-bila masa sahaja anda mungkin perlu ke hospital. Jadi buatlah persiapan secukupnya. Sebulan sebelum tarikh jangkaan kelahiran, anda perlu sudah siap dengan pelbagai persediaan termasuk persediaan mental dan barang keperluan sebelum dan selepas melahirkan. Sebelum anda menyediakan pelbagai keperluan, pastikan jumlah barang yang perlu di sediakan agar tidak terlebih bekalan. BARANG KEPERLUAN SEBELUM BERSALIN Sediakan sebuah beg yang memuatkan beberapa barang keperluan milik anda. Antaranya: Kemeja T yang longgar…

Pakai Baju Yang Selesa, Elakkan Memak...
Elakkan daripada membeli pakaian hamil yang terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan rasa tidak selesa dan kulit gatal. Jika anda mempunyai suami yang berbadan besar daripada anda, pertimbangkan untuk meminjam kemeja mereka. Selain bergaya, ia sangat selesa dipakai ibu hamil. Fabrik yang sesuai untuk busana ibu hamil adalah material kapas dan likra. Fabrik ini boleh meregang dan sesuai dipakai sepanjang tempoh kehamilan. Kaki juga akan membengkak dan mungkin memerlukan anda membeli kasut dengan saiz yang lebih besar dari biasa. Elakkan…

Tak Boleh Banyak Ke Sana-Sini, Jangan...
Memandangkan perut semakin membesar, sebaiknya elakkan melakukan kerja berat. Pada ketika ini juga anda amat digalakkan untuk banyak berehat. Doktor akan menyarankan agar anda tidak banyak melancong pada usia kehamilan ini. Selain itu, anda juga tidak dibenarkan untuk ke luar negara menaiki kapal terbang. Sakit pinggul adalah normal pada ketika ini. Ketika duduk, sandarkan pinggul anda pada bantal. Elakkan duduk di kawasan yang keras tanpa lapik. Untuk melegakan kelenguhan, mandilah dengan air suam. Anda juga boleh melakukan beberapa latihan pelvik…

Air Ketuban 'Pecah', Petanda Pintu Ra...
Sepanjang kehamilan, kuantiti air ketuban akan meningkat. Apabila usia bayi mencecah 34 minggu, dianggarkan bahawa air ketuban mencapai 800 ml. Kemudian jumlahnya semakin berkurangan minggu berikutnya. Apabila usia kehamilan memasuki 40 minggu, kuantiti air menurun kepada 600 ml. Air ketuban ini kebanyakannya dari air kencing bayi itu sendiri. Air ini kemudian diminum atau ditelan oleh bayi. Air kencing yang ada dalam perut bayi itu tadi masuk ke dalam pengaliran darah dan dibawa ke buah pinggang. Seterusnya mengalir masuk ke pundi…

Perut Makin 'Penuh', Makan Pun Jadi T...
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. Jika anda merasa gatal pada kawasan sekitar perut, ia adalah perkara normal. Perut akan terasa seperti ‘penuh’ dan anda tidak mampu untuk menghabiskan makanan seperti dahulu. Sakit belakang semakin teruk dan mungkin mengalami masalah sembelit. Masalah keputihan semakin banyak (mungkin bercampur darah). Memandangkan bayi mulai turun, anda akan merasa kurang selesa pada…

Urutan Perineal Boleh Bantu Elakkan E...
Pastikan anda minum air secukupnya bagi mengekalkan cecair dalam badan. Selain itu, pada usia kehamilan ini anda sudah boleh memulakan urutan perineal sebagai persediaan untuk bersalin. Amalan ini dapat membantu untuk meregangkan perineum (kawasan kulit antara vagina dan rektum) bagi mengelakkan dari episiotomi dan koyakan. CARA MEMBUAT URUTAN PERINEAL:- Pastikan kuku pendek dan berada dalam keadaan yang bersih. Kemudian lincirkan ibu jari anda dan letakkan ke dalam vagina. Akhir sekali, tekan ke bawah ke arah rektum dan luncurkan ibu jari…

Bayi Pra Matang, Beri Sinar Bahagia D...
Tahniah! Ahli keluarga anda kian bertambah. Kehadiran cahaya mata baru pastinya mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang anda dan suami. Biarpun bayi anda dilahirkan awal dari jangkaan, tidak mengapa. Teknologi perubatan moden boleh membantu bayi anda agar dapat membesar sama seperti bayi yang lahir normal. Biasanya, bayi pramatang dilahirkan kurang daripada 37 minggu kehamilan. Bayi ini, perlu dirawat secara intensif di hospital. Ini kerana purata 60-70 peratus bayi pramatang meninggal dunia pada minggu kelahiran yang pertama. Mereka terdedah kepada risiko…

Kuatkan Mental Dan Fizikal, Ibu Sudah...
Di antara usia kandungan minggu 36 hingga 40, bayi sudah bersedia untuk keluar pada bila-bila masa. Kedudukan kepala bayi pun sudah terlalu rapat pada dinding rahim. Anda seharus sudah bercuti dan telah bersedia untuk melahirkan. Anda mungkin inginkan kehamilan anda cepat berakhir. Namun demikian, anda masih berasa resah tentang proses kelahiran dan kenyataan yang anda akan menjadi ibu. Bayi anda memenuhi semua ruang dalam rahim. Oleh itu ia lebih menendang dan menumbuk daripada mengubah kedudukan badannya. Jika dia dilahirkan sekarang,…

Bantu Cepatkan Kontraksi, Ada Beberap...
Setiap proses kelahiran, rasa sakit ketika kontraksi tidak dapat dielakkan. Bantuan perubatan dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh bakal ibu. Walaupun kesakitan ini digeruni dan diibaratkan sebagai satu bebanan, tetapi keadaan itu penting kerana setiap tingkat kesakitan itu menunjukkan bahawa masa untuk kelahiran sudah semakin hampir. Sekiranya anda tidak mampu untuk mengalami kesakitan setiap kontraksi, bolehlah cuba kaedah bantu diri sendiri. Jika anda masih tidak mampu menahan kesakitan, mintalah bantuan kepada doktor. Biasanya doktor akan memberi beberapa alternatif. EPIDURAL Epidural…

Hilangkan Rasa Gementar Dengan Coklat...
Jika anda mula merasai kekejangan pada bahagian perut, ia boleh jadi salah satu tanda yang anda sudah bersedia untuk bersalin. Kontraksi juga sudah mulai terasa, sekiranya rasa sakit itu melampau anda boleh segera ke hospital. Perhatikan juga jika anda sudah mulai merasai perut yang mengeras. Selain itu, mungkin anda akan terlihat ada tompokan coklat pada seluar dalam. Apa yang boleh anda buat adalah banyakkan berehat dan dapatkan tidur yang secukupnya bagi memastikan anda bersedia untuk bersalin. Sekiranya suami tiada di…

Tak Selera Makan, Ambil Oat Untuk Kek...
Jangan sesekali mengangkat benda berat. Pada waktu ini, anda digalakkan untuk banyak berjalan tetapi jangan buat kerja berat. Ketika tarikh bersalin semakin hampir, anda mungkin akan kerap berasa dahaga. Banyakkan pengambilan air kosong. Jika tidak berselera untuk makan, ambillah makanan yang kaya nutrisi dan mengenyangkan tanpa perlu dimakan banyak. Antaranya adalah oat atau roti bijirin penuh. Buatlah menu yang anda gemari dan makanlah sedikit tetapi secara kerap agar tubuh kekal bertenaga. Ketika ini, anda akan kerap berasa sejuk pada bahagian…

Awasi Simptom Praeklampsia. Lihat Jik...
Sekiranya masih belum bersalin dan turun tanda, inilah perubahan fizikal yang mungkin anda alami: Kaki dan buku lali membengkak. Tetapi jika bengkak keterlaluan dapat dilihat di tangan dan muka, sila rujuk kepada doktor. Hati-hati dengan simptom praeklampsia seperti sakit kepala, pandangan kabur, pening, muntah dan sakit pada bahagian abdomen. Segera ke hospital jika ada tanda-tanda ini. Payudara akan membengkak dan mengeluarkan kolostrum. Bahagian vagina pula akan rasa tidak selesa kerana bayi sudah semakin turun ke pelvis anda.

Sudah Boleh Mula Kira Kontraksi, Si C...
Pada minggu ini, doktor akan menetapkan tarikh temu janji lebih kerap untuk memantau kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Sesetengah doktor akan bertanyakan kepada ibu sekiranya terdapat kontraksi dan mereka akan membuat pemeriksaan bukaan servik untuk melihat sama ada ibu tersebut sudah bersedia untuk bersalin. Jika tidak, ibu akan dibenarkan pulang tetapi diminta untuk mengira atau mengenal pasti kontraksi yang dialami. Ibu dengan masalah kencing manis atau darah tinggi akan diberikan perhatian lebih dan keadaan kesihatan mereka akan dipantau secara…

Beg Hospital Perlu Sedia Dalam Kereta...
Seharusnya pada usia kandungan begini, anda telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan untuk bersalin pada bila-bila masa. Sediakan beg barangan keperluan ibu dan anak di dalam kereta. Pastikan buku merah juga sentiasa ada dengan anda untuk rujukan doktor sekiranya tiba waktu bersalin secara tiba-tiba. Lengkapkan diri dengan pengetahuan untuk bersalin dan banyakkan membuat senaman pernafasan. Keraplah menaiki tangga dan berjalan untuk membuka jalan dan menyediakan tubuh untuk bersalin. Barang kelengkapan iu yang harus ada untuk dibawa ke hospital adalah selipar,…

Jangan Sembarangan Makan Ubat Saat Me...
Menginjak usia kehamilan 39 minggu, anda akan merasa sukar untuk tidur. Kurang tidur akan menyebabkan anda letih dan menjadi tidak aktif. Pun begitu, jika ibu kurang tidur ia tidak akan mengganggu bayi dalam kandungan. Sekiranya anda penghidap migrain sebelum hamil, kemungkinan untuk mendapat sakit kepala dalam tempoh ini adalah tinggi. Jangan risau, anda boleh makan ubat paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit itu. Dapatkan nasihat daripada doktor dan dapatkan jumlah dos yang selamat untuk anda ambil. Jangan ambil ubat aspirin atau…

Ibu Jangan Rungsing, Banyak Cara Bole...
Bersyukurlah pada tahap pencapaian kualiti kesihatan di negara kita. Pencapaian ini telah berjaya mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi sewaktu melahirkan akibat komplikasi. Bukan semua ibu bertuah dapat melahirkan anak secara normal. Ramai yang mengalami masalah seperti bayi songsang, tulang pelviks tidak terbuka, masalah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau kelahiran lewat yang boleh menyebabkan bayi lemas dalam kandungan. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk mempermudah dan mempercepatkan proses kelahiran. Antaranya adalah seperti berikut: Episiotomi Guntingan kecil (perinium) pada…

Selesai Keluarkan Bayi, Doktor Akan P...
Lazimnya, ada beberapa pandangan pakar mengenai masa yang tepat untuk memotong tali pusat. Sesetengah doktor memotong tali pusat apabila denyutannya telah berhenti. Ada doktor yang menunggu sehingga darah beroksigen dipindahkan kepada bayi. Tali pusat di dalam salur peranakan ditarik perlahan-lahan untuk mengeluarkan. Jika selaput ketuban melekat atau tidak boleh menembusi rongga serviks, tali pusat akan dibelit-belit seperti tali dan ditarik keluar secara perlahan-lahan. Namun, ada juga doktor yang memotong tali pusat sejurus sahaja bayi dikeluarkan. Tali pusat yang sudah dipotong,…

Melahirkan Bayi Kali Pertama Mungkin ...
Tempoh masa melahirkan dibahagikan kepada tiga tahap. Jika bakal ibu belum pernah ada pengalaman bersalin, proses bersalin akan berlaku dalam jangka masa 12 hingga 16 jam. Manakala ibu yang sudah berpengalaman hanya mengambil masa kurang 12 jam. TAHAP PERTAMA Tahap pertama proses kelahiran bermula: Rasa sakit di bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks. Rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga pada bahagian bawah abdomen (rongga perut). Keadaan ini berlangsung dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah…

Permukaan Serviks Semakin Terbuka, Be...
Sepanjang proses kontraksi berlaku, geseran kepala bayi mulai menujah ke bawah. Serviks akan mula menipis dan permukaan serviks bertambah luas sehingga terbuka sepenuhnya. Peringkat pertama kelahiran berakhir apabila serviks terbuka sepenuhnya. Ibu yang pernah bersalin sering mengalami kerumitan air ketuban pecah terlebih dahulu kerana penipisan otot rahim. Sekiranya proses pembukaan serviks terhenti pada ukuran di bawah 6 sm, ini menandakan serviks mengalami masalah untuk membuka sepenuhnya. Sekiranya, serviks kelihatan edema atau lebam, ini adalah petanda buruk dan proses kelahiran alternatif…

Cirit Birit Jadi Petanda Anda Sudah M...
Sebagai ibu yang menanti untuk saat melahirkan, seharusnya anda bersedia daripada pelbagai sudut. Ada beberapa situasi yang perlu anda awasi dan fahami sebelum melahirkan. Perkara di bawah ini adalah simptom-simptom awal kelahiran: Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi mungkin berlaku secara tiba-tiba. Cirit birit dan diikuti dengan memulas pada bahagian perut. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu. Sakit seperti senggugut di bawah perut. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit. Kontraksi berlaku…